Berita Terkini

1 jam yang lalu: ‪5,139 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan‬ 1 jam yang lalu: PAS dan Bersatu akan sertai PRN Johor sebagai Perikatan Nasional (PN) - Pengerusi PN 3 jam yang lalu: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin yang meninggal dunia semalam - Istana Negara 7 jam yang lalu: 12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam termasuk 1 BID, jumlah korban 31,952 7 jam yang lalu: Lelaki yang cuba memasuki rumah Taylor Swift ditahan di Manhattan

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Artist-Artis Yang Menempa Nama Melalui TikTok

Berikut adalah lapan artis yang berjaya mencuri perhatian orang ramai di TikTok pada tahun 2021.

Muzik Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 5:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ramai pernah mendengar lagu mereka melalui beberapa video TikTok yang pernah tular di laman sosial.

Ya, memang betul radio dan rancangan MTV pernah memegang kuasa untuk menentukan muzik mana yang akan mendaki tangga carta suatu ketika dahulu. Namun, semua itu berubah dengan adanya media sosial. 

Sama ada lagu baharu atau lagu lama yang muncul semula, tahun ini menunjukkan kuasa TikTok dalam menaikkan nama para pemuzik dan mempromosikan karya mereka.

Walaupun mempunyai ‘dunia’ tersendiri, TikTok telah membuktikan bahawa ia hanya mengambil masa 15 saat untuk mengubah nasib seorang pemuzik jika lagu mereka menjadi viral.  

Malah ramai pemuzik menjadi terkenal apabila lagu mereka menjadi audio TikTok yang trending. Berikut adalah lapan artis yang berjaya mencuri perhatian orang ramai di TikTok tahun ini.

 

1. Conan Grey

Penyanyi ini mula mencipta nama apabila lagunya ‘Maniac’ dan ‘Heather’ dijadikan runut bunyi sebuah trend di TikTok. Selain itu, ramai juga yang berbagi kesedihan dalam berkongsi interpretasi kedua lagu ini.

Ada juga yang mencari siapakah ‘Heather’ yang dimaksudkan dalam lagu tersebut sehingga tercetus sebuah kontroversi.

Conan adalah antara beberapa pemuzik bertuah yang berpeluang melebarkan sayapnya dalam industri muzik melalui platform ini.

 

2. Olivia Rodrigo

Sejak pelancaran single sulungnya, ‘Drivers License’ pada Januari lalu, single tersebut telah menempatkan Olivia dalam senarai artis terbaik generasi ini.

Menurut laporan majalah Insider, lagu tersebut menjadi ‘lagu obsesi’ ramai pengguna TikTok kerana kisah di sebalik liriknya. 

Ramai pengguna juga menggunakan lagu ini sebagai lagu latar untuk beberapa koreografi dan ada juga yang merakamkan diri mereka dalam senario seperti berbaring di atas tanah, dalam hujan dan sebagainya untuk melambangkan kepedihan hati.

 

3. Trevor Daniel

Singlenya ‘Falling’ adalah antara lagu yang meraih populariti melalui cabaran TikTok.

Walaupun pada asalnya dikeluarkan beberapa tahun lalu, kemunculan semula lagu ini telah menarik peminat baharu dari seluruh pelosok dunia buat penyanyi ini.

Selain itu, ia membolehkan Trevor untuk membuat penampilan pertama di pelbagai carta muzik Billboard.

 

4. Megan Thee Stallion

Tahukah anda, single hitnya berjudul ‘Savage’, dicipta untuk memperkasakan kaum wanita?

Meskipun sudah bertapak dalam lapangan muzik sejak tahun 2017, Megan mula mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini apabila lagunya digunakan sebagai lagu latar sebuah cabaran tarian.

 

5. Lyle Kam

Pada mulanya, Lyle bukanlah seorang artis terkenal, sebaliknya seorang penulis muzik. Penulis juga terjumpa video TikTok Lyle di halaman ‘For You’. Video itu membincangkan kisah cintanya yang gagal.

"Pada awal karier saya, saya hanya mempunyai 500 tontonan setiap video. Tetapi sekarang, video saya sudah mencecah ribuan tontonan. Kejayaan saya menunjukkan keupayaan TikTok sebagai medium yang mengetengahkan bakat-bakat baharu.

"Single saya ‘Unlove’ yang juga dikeluarkan tahun lepas sudah menerima 3 juta penstriman di Spotify. 

 

6. Ricky Montgomery

Dengan lebih 6 juta tontonan di YouTube, lagu berjudul ‘Mr. Loverman’ kini semakin popular dalam kalangan generasi Z dan millennial.

Lagu tersebut telah dimainkan lebih 100,000 kali di TikTok dan merupakan audio paling banyak digunakan di platform tersebut.

Kejayaan lagu ini telah membuka jalan kepada pemuzik indie ini untuk melangkah masuk ke dalam arena arus perdana.  

 

7. Lewis Capaldi

‘Bruises’ dan ‘Someone You Loved’ adalah dua lagu yang sering didengarkan TikTok. Walaupun Lewis sudah pun menempa nama di industri muzik sebelum ini, namun single ‘Someone You Loved’ sudah melepasi populariti karya sebelumnya dengan 383 juta tontonan secara global.

Ini membuktikan bahawa TikTok telah meningkatkan tahap kemasyhuran Lewis secara drastik.

 

8. Arizona Zervas

Nasib orang memang tidak ada yang tahu. Meskipun merupakan seorang pemuzik independent, penyanyi ini berjaya menembusi daftar Billboard Hot 100 bagi singlenya berjudul ‘Roxanne’.

Mungkin lagunya ini terlihat seperti muncul begitu sahaja, namun kariernya ini sudah lama bermula. Walaupun single pertamanya ‘Don’t Hit My Line’ dikeluarkan pada tahun 2016, ia tidak mendapat sambutan yang hangat seperti lagu rancak ini.

‘Roxanne’ kini telah memperoleh lebih 162 juta tontonan di YouTube dan telah dipaparkan dalam 10 juta video di TikTok secara global.

Sama ada anda ingin berkongsi bakat atau minat terhadap sesuatu hobi, kami yakin platform ini menjadi ruang yang mampu menjelmakan impian anda. - Getaran, 29 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 minggu yang lalu

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan Kasar RM48.02 Bilion Bagi 9 Bulan Pertama 2021

2

TARA 4 minggu yang lalu

5 Video TikTok Tular Di Malaysia Sepanjang 2021

3

Indie 4 minggu yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Senarai Video Muzik Indie Menarik Tahun 2021

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Kejayaan Manis Yang Dilakar Industri Kreatif Hiburan

Sorotan

1

12 Kematian Baharu COVID-19, 1 BID

2

Syed Saddiq Sahkan Muda Tanding PRN Johor

3

Peralihan Fasa Endemik, Bersediakah Kita?

4

Zulin Aziz Selamat Bertunang Dengan Farhan Norzaini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Zulin Aziz Selamat Bertunang Dengan Farhan Norzaini

oleh Helmi Anuar

Indie 1 hari yang lalu

‘Seru’ Kisah Perih Hidup Kota Versi Spooky Wet Dreams

‘Seru’ ibarat seperti satu cerpen yang disulam muzik latar. Lagunya tidak konvensional namun relevan.

oleh Sara Mack Lubis

Selebriti 22 jam yang lalu

Hukuman Seungri Dikurangkan, Hanya Setahun Setengah Dalam Penjara

Berbanding sebelum ini, hakim memutuskan Seungri menerima hukuman iaitu penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak 1.15 juta Won iaitu sekitar RM3.9 juta.

oleh Wafa Aula

Selebriti 20 jam yang lalu

Ziha Tidak Tergugat Dengan BBNU, Tampil Dengan Lagu Pop Tradisional 

oleh Ellyna Ali