web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Artis Paling Banyak Distrim Di Joox

Bagi 10 Lagu Yang Paling Banyak Distrim pada 2021, tangga 'Top 3' ditempati oleh At My Worst’ (Pink Sweat$), ‘Mimpi’ (Haqiem Rusli) dan ‘Adakah Mimpi’ (Reedzwann).

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 9:18AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehidupan rakyat Malaysia nampaknya telah mula kembali normal seperti sedia kala. Ini dibuktikan apabila mereka sudah mampu meluangkan lebih banyak masa menikmati muzik dan hiburan selepas pulang dari bekerja ataupun pada hujung minggu.

Dalam kajian yang dilakukan Joox, waktu perdana bagi pendengar mendengar muzik di platform muzik itu telah dirakamkan pada jam 5 petang pada hari bekerja dan jam 11 pagi pada hujung minggu.

Bukan itu sahaja, populariti kumpulan K-Pop, BTS dan Blackpink menjadi lebih ketara di tahun ini melalui masa penstriman yang terkumpul daripada lagu-lagu mereka, yang telah mencapai lebih 19 juta kali!

Gambar Fail
Gambar Fail

Bagi 10 Lagu Yang Paling Banyak Distrim pada 2021, lagu ‘At My Worst’ yang dipopularkan Pink Sweat$ menduduki tempat pertama, lagu ‘Mimpi’ (Haqiem Rusli) tersenarai di tangga kedua manakala, ‘Adakah Mimpi’ (Reedzwann) pula berada di tempat ketiga. 

Selain daripada 10 Lagu Paling Banyak Distrim pada tahun 2021, laporan tahunan Joox juga mendedahkan penyanyi yang paling banyak distrim tahun ini!

Alan Walker menduduki tempat ketiga dalam kategori Artis Paling Banyak Distrim, sekali gus membuktikan popularitinya di Malaysia, manakala, fenomena K-Pop terus mendominasi di Malaysia apabila kumpulan K-Pop, BTS dan Blackpink mengungguli tempat pertama dan kedua.

Namun, Artis Lokal Paling Banyak Distrim adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang masih mengekalkan kedudukannya sebagai penyanyi nombor satu negara, diikuti dengan Naim Daniel dan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz.

Gambar: Instagram @ctdk
Gambar: Instagram @ctdk

Sementara itu, Joox Rooms iaitu fitur baharu yang dilancarkan tahun ini memberi peluang kepada pengguna untuk bersembang beramai-ramai dan secara langsung menerusi audio dan video, sambil bermain permainan dan berkongsi lagu kegemaran mereka daripada pustaka muzik besar Joox. 

Bahkan, di Joox Rooms juga, artis-artis terkemuka berpeluang membuat kemunculan secara mengejut dengan berinteraksi bersama pengguna sewaktu mereka membincangkan artis kesayangan mereka!

Tidak hairanlah mengapa, Joox Rooms berjaya menarik lebih daripada 287,000 tontonan dan pengguna Malaysia telah membuka Rooms yang berjaya menarik lebih daripada 48,000 tontonan. 

Selain itu, Joox Rooms telah mengumpul lebih daripada 5,000 orang pada acara kemuncak pemberian hadiah oleh Isa Isarb.

Lebih daripada 14,000 pengguna menyertai Rooms yang mempunyai tontonan tertinggi dan ini telah membuktikan bahawa Joox Rooms telah menjadi pilihan platform baharu untuk pengguna mengadakan perhimpunan dalam talian. 

Aktiviti dalam talian dan luar talian Joox yang berbeza yang ditawarkan kepada  pengguna pada tahun ini telah memberi peluang kepada para peminat untuk berinteraksi dengan idola mereka. 

Acara dalam talian seperti pelancaran single baharu oleh Alan Walker, serta siaran langsung eksklusif konsert dalam talian Ed Sheeran untuk albumnya, '=' memberikan pengalaman eksklusif untuk pencinta muzik pop antarabangsa yang menggunakan Joox.

 
Ed Sheeran’s Concert on JOOX! (8pm, 13 Nov 2021)

Don’t forget to catch our Artist of the Month Ed Sheeran live & exclusive on JOOX for ‘=‘ Album Release Concert tomorrow (November 13) at 8pm. RSVP Now: https://open.joox.com/s/rd?k=ZJmRn #JOOX #JOOXMY #JOOXMusic #EdSheeran

Posted by JOOX Malaysia on Friday, November 12, 2021

Sepanjang tahun ini juga, Joox  telah menyiarkan secara eksklusif pelbagai rancangan muzik popular, termasuklah 2021 Melon Muzik Awards (MMA) dan 2021 Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan program K-Pop, Idol Station Musim 2 yang dihasilkan Joox sendiri.

Joox juga sentiasa menghasilkan kandungan eksklusif di bawah projek Joox Originals dan Joox First yang bertujuan untuk menyokong industri muzik tempatan serta menunjukkan komitmen Joox kepada Malaysia!

Platform yang memiliki 40 juta lagu dalam pustakanya di seluruh dunia ini juga berazam untuk sentiasa membawakan pengalaman muzik dan hiburan kepada pengguna pada tahun 2022 menerusi pelbagai acara dan program muzik yang menarik. - Getaran, 29 Disember 2021

 

10 Lagu Paling Banyak Distrim:

Top 1: At My Worst – Pink Sweat$

Top 2: Mimpi - Haqiem Rusli

Top 3: Adakah Ini Mimpi - Reedzwann

Top 4: Here's Your Perfect - Jamie Miller

Top 5: Know Me Too Well - New Hope Club

Top 6: Reckless - Madison Beer

Top 7: On The Ground - Rose @ BLACKPINK

Top 8: Teman - Iman Troye

Top 9: Semalam - Aina Abdul

Top 10: You Broke Me First - Tate McRae

 

Top Lagu Lokal 2021:

Top 1: Mimpi - Haqiem Rusli

Top 2: Adakah Ini Mimpi - Reedzwann

Top 3: Teman - Iman Troye

Top 4: Semalam - Aina Abdul

Top 5: Purnama - Naim Daniel

 

3 Artis Paling Banyak Distrim: 

•    Top 1: BTS

•    Top 2: BLACKPINK

•    Top 3: Alan Walker

 

3 Artis Lokal Paling Banyak Distrim: 

•    Top 1: Datuk Seri Siti Nurhaliza

•    Top 2: Naim Daniel

•    Top 3: Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz

 

3 Artis Cina Paling Banyak Distrim: 

•    Top 1: Jay Chou

•    Top 2: G.E.M.

•    Top 3: JJ Lin

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN