web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Your Loss’ Jenamakan Shalma Eliana Sebagai Yana

‘Your Loss’ menceritakan tentang sesuatu yang dapat difahami ramai orang kerana ia memberi fokus kepada tema pengkhianatan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 6:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun baru menyelinap masuk industri muzik tempatan sejak beberapa tahun ini, Shalma Eliana sentiasa mencuri perhatian dengan imejnya yang menarik serta gaya muziknya yang luar biasa.

Mempertaruhkan bunyi yang lebih segar untuk dunia muzik tempatan dan serantau, dia kembali dengan sebuah lagi karya berjudul ‘Your Loss’ dan ia turut memberi peluang untuk dirinya menjenamakan semula nama pentasnya menjadi Yana.

“Saya anggap ‘Your Loss’ sebagai permulaan kerjaya saya. Permulaan yang baharu, kerana lagu ini ditulis sepenuhnya oleh saya sendiri. Saya tidak pernah yakin untuk berkongsi karya nukilan sendiri dengan pendengar umum sebelum ini. 

“Lagipun, lagu ini ditulis di tempat yang paling murni dan tulen iaitu di rumah saya sendiri. Dan di rumah, semua orang memanggil saya Yana. Oleh kerana itu Yana adalah diri saya yang sejati. Sebab itu, saya memilih nama Yana,” jelasnya

“‘Your Loss’ menceritakan tentang sesuatu yang dapat difahami ramai orang kerana ia memberi fokus kepada tema pengkhianatan. 

“Ia juga mengingatkan kepada kita bahawa pengkhianatan tidak seharusnya menjadi punca kegagalan seseorang dan kita tidak harus merasa rugi jika ada yang gagal menghargai diri kita.

“Karya ini turut mengingatkan semua orang untuk menjadi versi terbaik diri masing-masing dan kehidupan ini sebenarnya adalah satu proses pembelajaran,” tambahnya.

Berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini yang lebih menjurus kepada irama rancak dan tarian, ‘Your Loss’ adalah sebuah balada pop yang sarat dengan mainan emosi.

“Saya masih ingat saat saya pulang ke rumah dengan pelbagai emosi dan terus menulis lagu ini, kemudian menyanyikannya dengan serta-merta. 

“Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ia lagu yang tak dijangka. Terjadi begitu sahaja,” jelas Yana. 

Yana juga menambah bahawa dia mengambil masa untuk merakam lagu ini dan dibantu Izzy, Shae serta Imar sepanjang proses rakamannya dilakukan.

“Walaupun ini kali pertama bekerja dengan mereka, saya benar-benar menikmati proses tersebut. Kami semua mempunyai visi yang sama sewaktu fasa perancangan dan segalanya tersusun dengan baik. 

“Semua orang tahu apa yang saya mahukan. Secara keseluruhan, sangat senang untuk bekerja dengan mereka yang komited dan memahami diri kita,” tambahnya lagi. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Kejujuran Penting Dalam Hubungan, Jaclyn Victor Luahkan Perasaan 'Perempuan' Dalam Lagu 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

“Walaupun Hati Disakiti, Anda Perlu Berkompromi Untuk Keamanan Anda Sendiri “- Yana 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Klangit Bikin 'Pusing'!

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Saya Mengaku Silap, Kita Hamba Yang Lemah” - Aweera

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN