web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mendebarkan! Pasangan Manakah Bakal Juara ‘Lagu Cinta Kita’?

Juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM50,000.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 5:13PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pentas akhir Lagu Cinta Kita yang bakal berlangsung Ahad ini menyaksikan persaingan sengit antara empat pasangan bagi merebut gelaran juara. 

Pasangan yang berjaya mara ke pentas akhir Lagu Cinta Kita'musim ketiga ialah Achik dan Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul), Hariz dan Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie), Pasya dan Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dan Syafeek dan Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) manakala Malhamka dan Yuveena (Ikhmal Hamka dan Yuveena Gunainthran) telah tersingkir. 

Di pentas akhir ini, peserta dikehendaki mempersembahkan dua lagu iaitu sebuah lagu saduran dan sebuah lagu baharu. Ini merupakan kali pertama para finalis program ini memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio Hot FM pada minggu ini.

Video muzik bagi keempat-empat lagu ini dapat disaksikan di Youtube TV3Malaysia Official pada Ahad nanti.

Pentas akhir 'Lagu Cinta Kita' musim ketiga akan menyaksikan Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan di samping juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Selain itu, nantikan juga persembahan menarik daripada Aina Abdul bersama-sama Hael Husaini.

Juara 'Lagu Cinta Kita' kali ini bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 manakala tempat kedua RM30,000, ketiga (RM20,000) dan keempat (RM15,000).

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad ini, jam 9 hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia Official.

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Hon Jian-Haikal Ungguli Orleans Masters 2024

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Hasrat, Ciptaan Dan Dendangan Amir Jahari Dinobat Juara AJL38

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN