Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shuib Sepahtu Lancar 'Tinggalkan Aku' Untuk Mengenang Siti Sarah 

Dalam video muzik 'Tinggalkan Diriku' Shuib selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah sebelum bidadari syurganya itu ‘ditidurkan’ dan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 8:19PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin masih dirasai pelawak yang kini bergelar usahawan, Shuib Sepahtu. Ia meninggalkan kesan mendalam dan teramat sukar untuk dilaluinya. 

Seluruh jiwa raganya terasa rasa sepi dan kosong. Yang tinggal hanyalah memori-memori  indah bersama Siti Sarah sebelum isterinya itu pergi menyahut seruan Ilahi buat selama-lamanya. 

“Enam hari selepas pemergian Siti Sarah, saya mendengar semula rakaman lagu 'Tinggalkan Diriku' yang sempat dirakamkan arwah ketika menjayakan sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala macam perasaan bercampur baur datang sewaktu  mendengarkan semula lagu ini. 

“Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan dia sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

“Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang,” kata bapa kepada empat anak ini.

Rentetan daripada itu, Shuib telah mengabadikan lagu 'Tinggalkan Diriku' ciptaan Aidit Alfian ke dalam sebuah video muzik (MV) sebagai tanda cinta kepada bidadari syurganya itu. 

Sebagai info, lagu ini dirakamkan pada 2002 dan diterbitkan pada 2003 melalui album Mimpi Pun Sama.  

“Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat kepadanya dan memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’ sebelum detik-detik pemergiannya itu. 

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak,” kata Shuib lagi.

'Tinggalkan Diriku' sudah pun  berada di semua platform digital mulai hari dan video muziknya pula disiarkan melalui YouTube Shuib Channel. 

Gambar: Indigital Music 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 11 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 3 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar