Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Meremang! Di Sebalik Lagu ‘Negaraku’ Versi Orkestra Pertama Malaysia

Tak kiralah kru belakang tabir, artis, ahli muzik dan pasukan koir, semuanya berkongsi perasaan yang sama semasa menyanyikan lagu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 5:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada sebuah perasaan yang tak boleh dijelaskan bila bercakap tentang lagu kebangsaan kita, ‘Negaraku’. Tidak hanya liriknya yang mudah diingati, namun melodinya juga seakan-akan memiliki kesaktian tersendiri apabila ia begitu syahdu dan mengundang sebak jika ia dinyanyikan beramai-ramai. 

Ingatkah anda pada tahun 2006, stesen televisyen NTV7 pada waktu itu ada menayangkan lagu ‘Negaraku’ dengan versi orkestra yang ke udara setiap hari? 

Ia begitu memukau, dengan paduan suara barisan artis ternama negara iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Vince Chong, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Hazami dan Reshmonu. 

Tambah gah lagi, ia diiringi kira-kira 40 anggota koir dan orkestra Malaysian Philharmonic Orchestra sekali gus menjadikannya lagu ‘Negaraku’ pertama yang dinyanyikan sedemikian rupa dalam negara.

Sempena hari kemerdekaan ini, Getaran cuba menggali dan mencari siapakah yang memulakan idea bernas ini. 

Rupa-rupanya ia adalah idea daripada Kamarul Zamli Ramly yang pada waktu itu ingin menghasilkan sebuah kempen untuk NTV7 bagi menyemarakkan rasa cinta kepada negara. 

 

Fakta menarik tentang ‘Negaraku’

Apa yang menarik, Kamarul yang pada waktu itu merupakan Pengurus Produksi Bahagian Hiburan berbincang dengan rakan sepasukan untuk menjenamakan kembali lagu ‘Negaraku’ dengan versi lebih syahdu. 

Proses perbincangan ini pun sebenarnya sudah sangat muhibah apabila ia melibatkan rakan sepasukannya yang terdiri daripada pelbagai bangsa. 

“Sebenarnya, ada tiga versi lagu ‘Negaraku’ yang kami keluarkan secara berperingkat. Ia dimulakan dengan versi acapella, kemudian versi muzik dan akhirnya versi yang dicintai ramai iaitu berserta koir penuh. 

“Rakaman melibatkan dua bahagian. Yang pertama di dalam Dewan Filharmonik Petronas. Kedua, kru kami mengelilingi Malaysia untuk merakam beberapa babak sebagai insert video ‘Negaraku’,” ceritanya yang juga merupakan pengarah kepada projek lagu ‘Negaraku’ ini pada tahun 2006. 

Dewan Filharmonik Petronas. Gambar: Suriaklcc.com.my
Dewan Filharmonik Petronas. Gambar: Suriaklcc.com.my

Sepanjang mengusahakan projek ini, Kamarul belajar beberapa fakta menarik mengenai lagu ‘Negaraku’. 

Rupanya key nyanyian lagu ‘Negaraku’ ini dicipta berdasarkan kepada suara lelaki. Jadi, penyanyi perempuan akan menggunakan suara soprano sepanjang rakaman lagu ini. 

Bukan itu sahaja, jika Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong mencemar duli untuk hadir ke majlis-majlis, rangkap, “Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, raja kita selamat bertakhta,” akan diulang dua kali. 

Jika tidak, atau nyanyian dihasilkan untuk rakaman stesen TV, ia hanya dinyanyikan sekali sahaja. 

“Apa yang lucunya, fakta itu dikongsikan oleh konduktor muzik orkestra pada waktu itu yang merupakan warganegara Jerman,” tawa Kamarul mengimbau detik-detik membahagiakan itu.

 

Kekangan bajet

Semasa Getaran berbual lebih lanjut bersama Shariman Zainal Abidin yang pada waktu itu merupakan Pengurus Besar Penyiaran NTV7, semua orang yang terlibat dalam projek itu memang benar-benar hadir untuk menyanyikan lagu itu demi negara. 

“Pada waktu itu, dengan bajet yang ketat, para artis, ahli muzik dan pasukan koir tidaklah dibayar mahal tetapi mereka sukarela datang dan benar-benar nak nyanyikan lagu tersebut kerana semangat mereka yang begitu cintakan negara.

“Segala solekan dan busana yang dipakai, semua adalah hasil usaha mereka sendiri,” ceritanya.

 

Meremang, sebak

Semasa menghubungi Vince yang juga merupakan salah seorang artis dalam projek itu, Vince mengakui sebak dan meremang semasa rakaman yang diadakan secara langsung itu.

Vince Chong. Gambar Fail Getaran
Vince Chong. Gambar Fail Getaran

“Lagu ‘Negaraku’ kita semua dah tahu dan sudah biasa dinyanyikan semasa sekolah. Tapi bila nyanyi di dalam dewan dengan iringan orkestra, saya rasa sangat terharu dan bangga.

“Saya meremang dan berusaha untuk kawal tangisan,” ceritanya yang juga pelantun lagu ‘Andai Kau Mengerti’.

Turut berkongsi perasaan yang sama ialah Syafinaz Selamat yang pada waktu itu mengakui proses rakaman berjalan sangat lancar. 

Datuk Syafinaz Selamat. Gambar: Instagram @datuksyafinazofficial
Datuk Syafinaz Selamat. Gambar: Instagram @datuksyafinazofficial

“Sebenarnya, ada sesuatu yang menarik tentang lagu ‘Negaraku’. Apalagi kalau ia dinyanyikan dengan rentak perlahan.

“Secara tiba-tiba ia menerbitkan rasa sebak dan bangga kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Ditambah pula dengan iringan daripada orkestra terbaik negara, sudah tentu hasilnya sangat menyentuh hati,” ceritanya. 

Meskipun sudah jarang lagu-lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan di corong radio atau di televisyen, versi rakaman NTV7 ini adalah yang paling diingati, tidak hanya dari aspek persembahan video dan penghasilan lagu. 

Malah ia memperlihatkan sesuatu yang lebih bermakna iaitu semangat perpaduan semua yang terlibat dalam projek ini. Ia sebuah hadiah kepada negara dan seluruh anak bangsa. - Getaran, 31 Ogos 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 23 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 8 minit yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran