Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 2 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


COVID: 1,000 Muflis Di Jepun, Industri Restoran Paling Terjejas Teruk

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 11:38AM

Seorang pekerja restoran menyusun kerusi di daerah Shibuya, Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Industri restoran di Jepun antara paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19 menyaksikan kira-kira 1,000 restoran alami kerugian, lapor Jiji Press.

Menurut data dikeluarkan firma penyelidikan, Tokyo Shoko Research Ltd. sebuah penginapan di wilayah Aichi yang menangguhkan operasinya sejak Februari tahun lalu, menjadi perniagaan pertama yang gulung tikar. 

Pada Jun 104 kes muflis dilaporkan, kemudian pada bulan Julai dan Ogos terdapat penurunan sebelum ia kekal melebihi 100 sejak September.

Kemerosotan industri restoran menyebabkan 46 pemborong makanan dan minuman selain 31 pembuat makanan turut muflis. Sebanyak 62 buah hotel turut mengalami kegagalan.

Sementara itu, data Kementerian Buruh menunjukkan jumlah pekerja industri restoran  yang dipecat atau kontraknya tidak diperbaharui melebihi 10,000, di kedudukan kedua selepas industri pembuatan.

Kerajaan berusaha memastikan perniagaan kekal dapat bertahan dan pekerja tidak diberhentikan melalui pelbagai inisiatif seperti pinjaman tanpa faedah dan cagaran serta subsidi penyesuaian pekerjaan.

"Tetapi mungkin terdapat peningkatan kegagalan dalam kalangan perniagaan kecil terutama yang kehabisan sumber untuk meneruskan perniagaan tanpa ada tanda-tanda pemulihan," kata seorang pegawai di Tokyo Shoko Research.

Banyak perniagaan merungut kerana kerajaan pusat dan negeri dikatakan gagal mengambil langkah pencegahan COVID-19 yang benar-benar berkesan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

17 Kematian, 1,737 Kes Baharu Direkodkan

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Jepun Catat 250,403 Kes Baharu COVID-19, Tertinggi Dalam Tempoh 24 jam

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Import Ayam Beku Bersifat Sementara Bagi Stabilkan Harga Di Peringkat Runcit

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penurunan Keberkesanan Vaksin Mungkin Punca Kes Meningkat Di Sarawak - Khairy

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

Semasa 1 hari yang lalu

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

oleh Terence Fernandez

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

Semasa 14 jam yang lalu

Bertenang, Bazar Ramadan Bukan Pesta Makanan - Pakar

oleh Maithilli Kalaiselvan