Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mahkamah Algeria Kekalkan Hukuman Penjara Buat Dua Bekas Perdana Menteri

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 4:35PM

Sellal (kiri) dan Ouyahia disabitkan bersalah melakukan rasuah pada Disember 2019. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALGIERS: Mahkamah di Algeria mengekalkan hukuman penjara kepada dua bekas perdana menteri, kata sumber kehakiman pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah mengekalkan hukuman penjara 15 tahun kepada Ahmed Ouyahia dan Abdelmalek Sellal pula dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, kedua-duanya pernah berkhidmat di bawah bekas presiden Abdelaziz Bouteflika.

Sebelum ini pada Disember 2019 kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah melakukan rasuah dalam  kempen pilihan raya Bouteflika.

Pada Jun 2020 mereka juga dijatuhi hukuman 12 tahun penjara atas tuduhan pengubahan wang haram.

Selain itu, pada 1 Julai  kedua-dua bekas pemimpin tersebut menerima hukuman  penjara 12 tahun atas kesalahan melakukan penyelewengan dalam tender awam utama.

Ouyahia berkhidmat selama empat penggal di bawah Bouteflika sementara Sellal berkhidmat dua penggal.

Sementara itu mahkamah mengurangkan hukuman kepada bekas Menteri Tenaga Youcef Yousfi dari lima tahun kepada tiga tahun.

Mahkamah turut membebaskan bekas Menteri Pelancongan Yamina Zerhouni, yang sebelum ini dijatuhi hukuman dua tahun penjara.

Semua tuduhan itu berkaitan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Bouteflika meletak jawatan pada 2 April 2019 selepas menerima tekanan daripada protes besar-besaran terhadap pemerintahannya selama 20 tahun. – Bernama, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Diperintah Bela Diri Terima Rasuah RM1.77 Juta

4

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Nafi Dakwaan Kerajaan Perpaduan Longgar Dalam Permasalahan Rasuah

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Sukan 3 jam yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Luar Negara 5 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar