Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Alibaba, JD, Catat Jualan Hingga RM580.46 Bilion Pada 11.11

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 5:27PM

Pekerja di gudang JD.com di Beijing memindahkan barang-barang untuk penghantaran pada Festival Jualan Sehari yang diadakan setiap 11 November. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gergasi e-dagang China, Alibaba merekodkan jualan tertinggi pada Festival 'Jualan Sehari', sekali gus memberikan rangsangan yang amat diperlukan selepas berdepan dengan tahun 'sukar' susulan tindakan keras kerajaan China.

Syarikat itu memaklumkan, sebanyak RM351.86 bilion telah dibelanjakan oleh pengguna di China pada '11.11', meskipun kempen jualan lebih rendah berikutan tekanan daripada kerajaan yang mengkehendaki agar promosi jualan yang agresif dikurangkan.

Jika digabungkan jumlah jualan dengan pesaingnya, JD.com, kedua-dua platform tersebut memperolehi pendapatan RM580.46 bilion, menyamai KDNK banyak negara dan ini juga merupakan satu rekod.

Ia merupakan peningkatan kira-kira satu perlima berbanding tahun lepas.

Alibaba dan JD.com melaporkan jualan kukuh untuk barang-barang seperti peralatan elektrik, elektronik, bekalan untuk binatang peliharaan, kosmetik dan barang penjagaan peribadi lain.

Saham JD.com juga meningkat lebih empat peratus di Hong Kong pada Jumaat, namun Alibaba jatuh lebih satu peratus.

Jualan sehari pada tarikh 11.11 ini bermula lebih sedekad lalu dan diadakan selama 24 jam pada setiap tarikh 11 November.

Bagaimanapun pemain industri telah melanjutkan tempoh promosi jualan mulai 1 hingga 11 November, dengan kebanyakan platform menawarkan diskaun dan pra jualan lebih awal.

Festival beli belah ini, kini telah mengecilkan `Black Friday' Amerika Syarikat dan ia menjadi pengukur kepada sentimen pengguna dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Bimbang syarikat berkenaan menjadi terlalu berkuasa dan menyalahguna dominasi pasaran, kerajaan China telah memperketatkan peraturan secara dramatik.

Kempen berkenaan telah membimbangkan pelabur selain memotong berbilion dolar daripada modal pasaran Alibaba hingga menyaksikan harga sahamnya menjunam kira-kira 30 peratus tahun ini. Begitu juga dengan JD, Tencent dan pemain utama lain.

Dalam e-dagang, tumpuan spesifik diberikan kerajaan terhadap dakwaan penyalahgunaan data pengguna dan amalan perniagaan monopoli oleh platform e-dagang seperti larangan menjual produk sama di platform pesaing.

Bagaimanapun, trend jualan pengguna yang semakin meningkat juga berkemungkinan dialu-alukan secara senyap oleh kerajaan, yang sedang bergerak untuk mewujudkan ekonomi yang dipacu pengguna yang lebih moden, mengurangkan kepenggantungan tradisional pada sektor pembuatan, eksport dan pelaburan kerajaan. - AFP

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly

Sukan 1 hari yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah