Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kasihan Anak Era Pandemik

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 12:05PM

Kanak-kanak pada zaman pandemik ini tidak dapat melalui zaman persekolahan secara normal sebaliknya hanya mengikuti kelas menerusi dalam talian menyebabkan perkembangan sosial mereka terjejas. - Gambar hiasan

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Si kecil di rumah sering bertanya bila dunia akan kembali normal kerana mahu keluar seperti sediakala.

Berumur empat setengah tahun, dia sering menyatakan hasratnya ingin mengikuti latihan bola sepak dengan rakan sebaya, pergi ke kedai buku dan juga makan aiskrim di kafe kegemarannya.

Namun, ibunya hanya mampu berkata tidak pasti lagi kerana kes harian masih tinggi dan buat masa ini masih tidak selamat untuk keluar rumah. 

Hakikatnya, setakat ini, tidak ada vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Yang pasti, gaya hidup dan kehidupan kanak-kanak akan cukup terganggu untuk beberapa tahun akan datang.

Bukan sahaja kekurangan aktiviti fizikal, tetapi perkembangan sosial mereka sudah pun terjejas kerana kurang berinteraksi dengan rakan sebaya.

Walaupun pembelajaran secara maya memberi perlindungan dari COVID-19, tetapi ia tidak mampu memberi 'hands-on learning experience' untuk mereka.

Pokoknya, tanpa kelas fizikal, kanak-kanak tidak dapat belajar melalui pengalaman. Dan ini, pada penulis, amatlah tragis.

Kanak-kanak yang masuk ke sekolah selepas pandemik melanda, tidak dapat bertegur sapa, bertukar pendapat ataupun mendorong satu sama lain, apatah lagi bergurau senda kerana belajar dari rumah.

Jumlah kanak-kanak kecil yang dijangkiti COVID-19 di negara ini semakin meningkat.

Di Kelantan, pesakit COVID-19 dalam kalangan bayi berusia antara 28 hari hingga 12 tahun meningkat antara 25 hingga 30 peratus dalam tempoh dua minggu ini.

Pada Mei 25, dilaporkan hampir 48,261 kanak-kanak di negara ini dijangkiti COVID-19 dan 6,290 adalah mereka berusia 18 bulan dan ke bawah.

Kanak-kanak juga terjejas dengan kematian orang tercinta akibat COVID-19.  

Menurut satu kajian oleh US Centres for Disease Control and Prevention’s Covid-19 Response Team yang bermula dari 1 Mac 2020 hingga 30 April 2021,  dianggarkan sejumlah 1.5 juta kanak-kanak di lebih 21 negara telah kehilangan ibu bapa atau datuk dan nenek akibat pandemik ini. 

Varian terbaru COVID-19 iaitu Varian Lambda yang dilaporkan di negara asing telah membimbangkan pakar kesihatan kerana varian yang jarang ditemui itu mungkin kebal kepada vaksin.

Tatkala pihak kerajaan berkata akan membuat pertimbangan untuk melonggarkan SOP kepada mereka yang telah divaksin penuh, sebagai ibu bohonglah jika saya katakan perkara ini tidak merungsingkan saya.

Kelonggaran ini sudah pasi akan memberi orang ramai yang telah divaksin sedikit kebebasan yang mampu mengubah gaya hidup mereka sekarang ini.

Namun, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak di rumah, peranan yang dimainkan haruslah berlipat ganda.

Bukan mudah untuk mencari 'a fine balance between protecting lives and livelihood', lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak kecil.

Hai, apalah nasib kanak-kanak kecil di zaman pandemik ini.

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

 

Sorotan

1

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

2

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

4

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

5

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis