Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pesta Liar Di Balai Polis, Ketua Balai Positif Ganja, Imej PDRM Tercalar Lagi

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 9:47AM

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini, negara digemparkan dengan berita seorang ketua balai polis berpangkat sub-inspektor yang ditahan bersama tiga anggotanya serta empat wanita awam ketika berpesta di sebuah bilik khas di balai polis yang diketuainya di daerah Kajang.

Selain arak, serbuan pasukan polis daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mendapati kesemua mereka sedang menari dan menyanyi karaoke di sebuah bilik gelap yang dipasang lampu berputar ala disko.

Lima botol disyaki air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota bersama seorang wanita yang ditahan, turut dirampas.

Ujian saringan ketua balai polis tersebut positif dadah jenis ganja. Suspek kini digantung tugas.

Apa yang nak dikatakan lagi apabila anggota polis terjebak dengan salah laku dan aktiviti jenayah di dalam balai polis sendiri?

Ini bukan hanya isu menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Pokoknya, ketua balai bersama konco-konconya berani berpesta liar dengan orang awam dan menyimpan air ketum, yang merupakan kesalahan di bawah Akta Racun 1952, di dalam sebuah balai polis.

Umpama 'kebal' kerana berselindung di dalam balai, tindakan anggota ini turut boleh menjejaskan sekuriti dan operasi pihak polis.

Antara persoalan yang wujud termasuk:

* Adakah bilik di balai polis tersebut telah digunakan untuk pesta arak dan karaoke sebelum ini?
* Berapa ramai orang awam yang telah berjaya masuk ke balai ini untuk berpesta, minum arak atau air ketum?
* Apakah latar-belakang orang awam ini? Adakah mereka diupah atau bekerja dengan mana-mana kumpulan atau sindiket jenayah?
* Adakah gerak-geri orang awam yang dibawa masuk ke balai ini boleh dikesan?
* Adakah kamera litar tutup (CCTV) dipasang di balai ini?

Umpama tidak serik, tindakan anggota-anggota ini telah mencalarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Adakah tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil pihak atasan PDRM mengenai kes ini atau sekadar mengambil tidakan tata-tertib keatas mereka ini?

Apa yang merisaukan ialah sejak akhir-akhir ini, kes rasuah, penyeludupan dadah, pembabitan dengan kumpulan kongsi gelap dan penyelewengan semakin sinonim dengan PDRM. 

Malang sekali kelibat mereka yang tidak bertanggungjawab ini sedikit sebanyak merosakkan lagi nama anggota polis yang telah menjalankan amanah dengan baik dan penuh berintegriti selama ini.

Usah biarkan imej PDRM terus hancur dimata umum. - Getaran, 23 Julai 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 9 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan