Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perwira Naga dan Hantu Puntianak (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Feb 2021 9:00AM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

18 September 2015

Selepas subuh aku turun ke padang. Di waktu ini puntianak puntianak semua tidak berani menerpa askar-askar aku. Perwira-perwira aku. Perwira yang bertunggangkan naga-naga sakti dari dunia bunian purba.

Kenapa? Kerana cahaya matahari sudah cukup untuk membakar kulit puntianak-puntianak durjana itu semua.

Sudah bertahun-tahun kampung-kampung di Kalimantan ini dibelenggu hantu puntianak. Banyak yang telah terkorban. Ada juga orang-orang kampung ini yang tiada jalan lain melainkan memuja hantu ini dan memberi korban anak-anak muda yang darahnya masih lemak dan manis.

Aku tidak rela. Aku harus hancurkan puntianak durjana ini semua. "Ayuh! Tenteraku! Terbanglah engkau bersama naga-nagamu. Hari ini, kita berperang untuk maruah kita. Kita ke sarang puntianak!!”

300 orang tentera aku itu seorang demi seorang menadah tangan berdoa dan untuk setiap mereka, cahaya dari tadahan tangan keluar memancar ke langit menjelma menjadi naga yang bercahaya. Tentera-tenteraku menunggang naga berpusing-pusing menunggu ketua mereka untuk memulakan perjalanan.

Aku menadah tangan sambil berdoa, "Dengan amanah yang diturunkan kepada aku, aku, keturunan Perwira Naga, bersumpah untuk menunaikan janji nenek moyangku untuk menjaga umat manusia dari dibelenggu kaum penghisap darah. Wahai naga saktiku, jelmalah engkau....”

Cahaya putih terpancar keluar dari tanganku memancar ke langit menjelma menjadi Penghulu Naga Sakti yang bercahaya. "Tuan Penghulu Perwira Naga, Tuan Hamba Penghulu Naga Sakti Bunian Purba sedia berkhidmat untuk Tuan.”

Aku cuma tersenyum dan berkata, "Hari ini kita saling bekerja lagi untuk janji purba sesama kita", sambil melompat ke atas Penghulu Naga Sakti. "Wahai Sang Berapi Yang Purba, penghulu segala naga sakti, ayuh berikan isyarat kepada kesemua naga-nagamu untuk minggir ke hutan puntianak. Askar-askarku akan berjuang bersama naga-nagamu.”

Sang Berapi Yang Purba mengeluarkan bunyi perit yang amat kuat dari mulutnya lalu menerpa ke langit yang kini sudah kebiruan menuju ke arah kegelapan yang bertentangan dengan matahari terbit, yakni, ke arah hutang puntianak. Kesemua 300 naga dengan tunggangan oleh askar perwira nagaku sama-sama terbang mengikut aku, penghulu mereka, dan Penghulu Naga Sakti.

Bermulalah peperangan yang melibatkan askar-askar aku mengheret kaum puntianak keluar dari gua-gua di hutan untuk naga-naga purba membakar puntianak-puntianak ini sehingga hancur menjadi debu. Setiap tahun tentera-tenteraku bersama naga-naga sakti berbakti membunuh hantu-hantu ini tetapi setiap tahun masih banyak lagi hantu-hantu ini menjelma. Mungkin ada lagi gua-gua yang belum kami jumpai ataupun puntianak ini semua sudah jumpa tempat persembunyian yang lebih efektif.

Apa-apa hal, peperangan ini amat memedihkan kerana ianya harus dilakukan dengan api dari naga purba yang sezaman dengan darah keturunan puntinanak ini. Dengan tidak dapat dielakkan, api naga yang teramat panas ini sudah tentu membakar sekali hutan-hutan di mana puntianak-puntianak ini semua dibakar.

Keesokan harinya surat khabar mengeluarkan headline "MUSIM JEREBU BERMULA LAGI".

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Dr Zamri Dan Pontianak Kebaya Merah (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

2

Kolum 2 tahun yang lalu

YAB, Saya Tuntut Hak Saya (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Hadiah Untuk Boboi (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Mencari Octopus Di Bulan (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright