Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


DNB Harus Sambut Baik Penelitian PM Terhadap Pelancaran 5Gnya

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Inisiatif 5G negara yang bertujuan untuk membawa telefon bimbit ke peringkat seterusnya, tidak pernah jauh daripada kontroversi. Sepanjang lebih setahun lalu, Digital Nasional Bhd (DNB) menjadi isu politik diperdebatkan susulan minat beberapa pihak yang cuba mengungguli atau mempolitikkan projek itu.

Wujud pandangan bahawa pendekatan diambil DNB, iaitu syarikat tujuan khas (SPV) untuk pelancaran 5G adalah salah. DNB mencadangkan rangkaian yang akan menyaksikan penyedia perkhidmatan telekomunikasi melanggan akses, sebaliknya syarikat telekomunikasi mahu menyediakan infrastruktur mereka sendiri.

Malah, pada awal penubuhannya, ramai ahli politik kerajaan dan pembangkang menunjukkan pendirian menentang inisiatif DNB. Ia adalah beberapa nama besar politik, termasuk Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan ‘penentangan’ berterusan oleh syarikat telekomunikasi yang meninggalkan pembangunan 5G ketika ia sedang diusahakan. Ia termasuk tindakan seorang timbalan menteri yang berani menentang dan ‘melawan’ menterinya dan kerajaan untuk menolak rancangan DNB.

Bagaimanapun, kerajaan kemudian menerimanya dan lama kelamaan pihak yang membangkang juga semakin berkurangan. Syarikat telekomunikasi turut ditawarkan kepentingan dalam DNB dan ada antaranya merancang untuk menerima. Semua syarikat telekomunikasi, kecuali satu, sedang melancarkan perkhidmatan 5G mereka sekarang dan menegaskan menyokong pendekatan liputan DNB itu kerana ia akan mempercepatkan penggunaan teknologi mereka, tambahan banyak negara jiran sudah menawarkan perkhidmatan 5G selama lebih setahun.

Pada masa sama, syarikat terbabit percaya bahawa 5G akan menambah baik perkhidmatan mudah alih sedia ada yang kini dianggap sebagai lemah, termasuk apabila cuba membuat panggilan selular ketika waktu sibuk.

Setelah membahaskan inisiatif 5G di Parlimen tahun lalu, sudah tentu Anwar yang kini Perdana Menteri dan kerajaan baharunya, ingin melihat projek itu dan peranan DNB dalam melaksanakannya. Ini membuatkan sebilangan penentang DNB agak teruja, malah ada dalam kalangan mereka yang mencadangkan untuk keseluruhan projek itu dibaik pulih, jadi mungkin mereka perlu bertenang dan menyerahkan kepada Perdana Menteri menjalankan tugasnya.

Saya rasa DNB akan mengalu-alukan dan harus gembira kerana Anwar yang juga Menteri Kewangan serta akan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap projek itu, mempunyai minat mendalam berhubung usaha terbabit.

Jika benar apa diperkatakan pegawai DNB bahawa semuanya berada di landasan betul, iaitu daripada pelantikan penyedia teknologi sehinggalah pemberian kontrak kepada vendor yang memasang menara telekomunikasi dan memasang talian gentian optik, maka sepatutnya mereka berbesar hati diberi peluang untuk memberi penerangan.

Minat Anwar dalam projek itu juga membolehkan beliau mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan semasa infrastruktur telekomunikasi, peranan syarikat telekomunikasi, DNB dan pengawal selia, seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi Digital. - Getaran, 14 Disember 2022                

Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa adalah penggiat bidang kewartawanan dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam industri media, selain kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di PETRA News.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart