Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Afdlin, Altimet Jangan ‘Berpolitik’! Gunalah Pentas Politik Untuk Memperjuangkan Isu Seni

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 7:40PM

Afdlin Shauki (tengah) dan Altimet mengumumkan menyertai PKR pada satu majlis yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini. - Gambar fail

oleh

Zunar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan pelakon, produser Afdlin Shauki Aksan dan penyanyi Altimet menyertai PKR tentu sekali mengejutkan kerana tidak ramai orang seni yang secara terbuka berani menyertai pembangkang. Menyertai parti pemerintah, ramai.

Ini kerana memihak kepada pembangkang, apatah lagi menyokong manusia yang namanya Anwar Ibrahim mengundang risiko dari segala aspek kehidupan anda. Anda akan dikutuk, disindir, dihina dan kadang-kadang periuk nasi diterbalikkan.

Usah menyokong Anwar sekiranya anda mencari keuntungan materi atau kesenangan peribadi, kecuali jika anda mempunyai matlamat yang kuat dalam kehidupan.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

"Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin seperti dilapor media mengenai mengapa dia menyertai parti tersebut.

Kata-kata seperti itu biasa kita dengar, termasuk oleh para "katak".

Tetapi untuk mengetahui niat sebenar Afdlin  menyertai PKR, saya berada di depan laptop untuk ikuti secara live ucapan beliau dalam majlis "Temu Anwar" di sebuah hotel di Ampang 2 April lepas.  

Dalam ucapannya, Afdlin menyatakan selama ini dia banyak melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan sekarang beliau ingin menyumbang kepada orang ramai dan masyarakat, kerana itu dia memilih wadah politik.

Dan lebih penting, Afdlin menyatakan harapan ini dapat disandarkan kepada Anwar atas dua sebab: Pertama, kerana Anwar menghormati orang seni dan yang kedua kerana bekas TPM itu sentiasa meletakkan orang yang pakar dalam sesuatu bidang di tempat yang sesuai.  

Melalui ucapan itu, saya dapat rumuskan bahawa seniman prolifik ini mempunyai tujuan jelas, dan bukan kerana sifat taksub seperti yang didakwa oleh seorang pelawak yang tak faham terminoloji.

Afdlin dan Altimet bukanlah seniman pertama sertai pembangkang. Sebelum ini, ada juga beberapa seniman dan seniwati berbuat demikian, tetapi akhirnya tenggelam dibawa arus politik. Ini kerana ada kekeliaruan dalam peranan sebagai seniman dan ahli politik.

Justeru, ingin saya sampaikan pesan penting kepada Afdlin dan Altimet, iaitu: Jangan masuk parti untuk jadi ahli politik, tetapi kekal sebagai seniman yang menggunakan wadah politik untuk perjuang isu seni.

Isu dalam bidang seni sangat terpinggir kerana kebanyakan ahli-ahli poltik tidak mempunyai latar belakang penglibatan secara langsung dalam bidang seni secara pro. 

Kerana itu isu-isu dalam bidang seni jarang diketengahkan secara serius dan ia menghasilkan vacuum (ruang kosong) yang besar.  

Tiket PKR yang kamu sandang itu penting untuk mereformasikan undang-undang dan peraturan yang selama ini masih menjerut leher penggiat-penggiat seni, terutama seni penyiaran menyebabkan kreativiti tersekat.

Filem-filem di negara kita ditapis secara keras (dan kejam) oleh lembaga penapis, sehinggakan produser dan pengarah tidak berani membawa isu-isu penting dalam masyarakat atau kritikan terhadap pemerintah. Ini kerana ia bakal menerima risiko diharam atau dipotong.

Difahamkan juga, filem-filem atau drama yang melibatkan karektor anggota polis harus terlebih dulu mendapat kelulusan tambahan dari Bukit Aman.

Lihat pula dalam industri lagu, lagu-lagu yang bersifat kritikal biasanya tidak akan diterima oleh label-label besar. Dan sekiranya diterbitkan sendiri, tidak akan disiar oleh media arus perdana. Dan akhirnya hasil yang dihidangkan ialah yang bertema stereotype.  

Begitu juga isu hakcipta karya seni yang kabur dan penguatkuasaannya selalunya tidak memihak kepada para penggiat seni.  

Ini hanya dua contoh kecil dari sebuah senarai panjang yang turut juga melibat isu korupsi, kronisma dan pilih kasih dalam pembahagian kontrak dalam industri seni.

Kesannya, dari segi kualiti kandungan, hasil seni penyiaran kita ketinggalan jika dibanding dengan negara lain. Mereformasi undang-undang seperti ini adalah menjadi peranan baru Afdlin dan Altimet sesuai dengan parti pegangan politik mereka PKR, iaitu sebuah parti berakar tunjang reformasi.

Sekali lagi, kepada Afdlin dan Altimet, sekiranya anda berdua terpilih menjadi calon, silakan bawa isu seni sehingga ke dalam Dewan Rakyat. Dan sekiranya tidak dipilih menjadi calon, juga tidak mengapa. Teruskan gunakan wadah politik untuk membawa isu seni kerana  politik itu penting dalam reformasi seni! - Getaran, 11 April 2021

Zunar atau nama sebenarnya adalah Zulkiflee SM Anwar Ulhaque. Beliau terkenal sebagai pelukis kartun satira politik yang melukis isu-isu mengenai salah laku pemerintah, terutama melibatkan rasuah dan penyelewengan.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan