Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hari Malaysia, Tak Kenal Maka Tak Cinta

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 1:30PM

Gambar fail

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam, negara menyambut Hari Malaysia yang ke-58.

Walaupun pembentukan Malaysia merupakan detik bersejarah negara ini, Hari Malaysia hanya diisytiharkan cuti awam di seluruh negara 11 tahun lalu.

Harus diingat, Malaysia hanya terbentuk enam tahun setelah Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan.

Malaysia terbentuk selepas Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Malaya pada 16 September 1963. Perselisihan faham menyaksikan Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965.

Namun, sambutan Hari Kemerdekaan kurang mendapat perhatian dari warganegara di Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan sambutan Hari Malaysia, rakyat di Semenanjung kurang menghayati sambutan ini.

Jika Hari Merdeka pada 31 Ogos merupakan hari dimana kita memperjuangkan kemerdekaan dari British, Hari Malaysia adalah pembentukan negara yang kita kenali hari ini.

16 September adalah hari jadi negara berdaulat Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Malaya.

Pokoknya, ramai dalam kalangan warga Malaysia tidak mengetahui atau cukup memahami erti kemerdekaan pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.

Ini menyebabkan ramai di Semenanjung Malaysia merasakan bahawa Hari Merdeka adalah sambutan yang amat penting dan mereka di Sabah serta Sarawak pula lebih cenderung merayakan Hari Malaysia.

Ibarat satu negara, dua hari kebangsaan, ini tidak sepatutnya berlaku.

Kedua-dua tarikh keramat 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963 cukup bermakna dan mempunyai signifikasi yang tersendiri.

Walaupun anak-anak muda belajar tentang sejarah di sekolah, namun ianya hanya dilihat sebagai suatu subjek.

Kurang langkah diambil untuk memastikan mereka benar-benar memahami erti kata Merdeka dan pembentukan Malaysia.

Hasilnya, Hari Merdeka dan Hari Malaysia semakin dilihat sebagai hari di mana Jalur Gemilang dikibarkan dan ianya merupakan cuti umum. Itu sahaja.

Jika diikutkan hati, sambutan Hari Merdeka seharusnya disambut secara penuh tradisi dan gilang-gemilang untuk memperingati mereka yang telah berkorban untuk negara ini demi kemerdekaan.

Sambutan Hari Malaysia pula perlu disambut dengan penuh riang ria, seperti sambutan hari jadi, kerana ia merupakan tarikh lahirnya negara baharu di dunia.

Realiti atau sekadar angan-angan?

Tak kenal, maka tak cinta.

Selamat Hari Malaysia, kepada semua. - Getaran, 17 September 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan