Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Merdeka Booster' Tiup Semangat Petugas PKRC MAEPS 2.0

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 12:37PM

Sebanyak 500 kad beserta pen berbentuk pil bertulisan "vitamin pen" diikat pada pemegang pintu kenderaan dan cermin sisi motosikal petugas sebagai inisiatif 'Merdeka Booster' di kalangan petugas barisan hadapan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - "Be strong and take care of yourself. We love you,” (Tabahkan hati dan jaga diri anda. Kami sayangkan anda). Itu antara ungkapan peniup semangat yang tertera pada kad yang diberikan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sempena bulan kemerdekaan tahun ini.

Kad-kad dengan mesej peniup semangat berserta pen berbentuk pil tertulis ‘vitamin pen’ akan diikat pada pemegang pintu kenderaan dan cermin sisi motosikal petugas barisan hadapan secara rawak dalam bulan ini sebagai kejutan.

Inisiatif 'Merdeka Booster' oleh Unit Khidmat Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu bertujuan meningkatkan semangat dan kesejahteraan emosi dalam kalangan petugas barisan hadapan ketika menghadapi pandemik COVID-19 yang semakin mencabar.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Unit Psikologi Kaunseling JKNS Suraya Banu Sallehudin, motivasi dalam kalangan petugas barisan hadapan menurun kerana situasi yang tidak reda, malah ada yang hampir putus asa dan kecewa.

“Kejutan 'token of appreciation' adalah supaya mereka tahu masih ada yang sayang dan hargai pengorbanan mereka supaya dapat kekal kuat dan jaga diri untuk terus menjaga rakyat yang memerlukan," katanya kepada Bernama.

Suraya yang juga penyelaras MHPSS berkata kad dengan mesej "Be strong because things will get better. It may be stormy now, but it never rains forever" memberi kata-kata harapan kepada petugas bahawa keadaan akan pulih walaupun pada masa ini ia begitu mencabar dan di luar kawalan.

Menurut Suraya, petugas-petugas barisan hadapan yang telah menerima 'kejutan' berkenaan selepas habis waktu bertugas akan menghubungi MHPSS menerusi aplikasi WhatsApp memberikan maklum balas "rasa penat hilang", "rasa dihargai" dan "rasa disayangi".

"Kita rasa matlamat tercapai kerana rata-ratanya kembali bersemangat," katanya.

Pegawai Penyelaras Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Intan Rosmawannie Adlan antara penerima kad berkenaan berkata kejutan seumpama itu adalah sesuatu yang amat diperlukan buat masa ini kerana ia mampu menceria serta menaikkan semangat petugas barisan hadapan di PKRC MAEPS 2.0.

"Walaupun hadiah kecil namun ia amat bermakna kepada petugas barisan hadapan untuk membakar semangat mereka dalam situasi yang mencabar," kata petugas Pusat Media PKRC MAEPS 2.0, Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Norfarhana Mohd Zainal Abidin yang turut menerima kad kejutan itu. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian

Kisah Kita 9 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Minat dalam pembuatan kepok kubur dorong Aiman Hakim memilih kerjaya itu sebaik sahaja tamat persekolahan