Berita Terkini

3 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gelandangan Yang Juga Peserta Hijrah Warrior Ditawar Pekerjaan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 11:02AM

Peserta 'Hijrah Warrior' membersihkan kawasan tanaman di kebun menerusi projek kebun bandar di Pusat Transformasi Anjung Kelana. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Aidilfitri tahun ini membuka lebaran baharu untuk gelandangan yang menjadi peserta Program Kebun Bandar ‘Hijrah Warrior’ apabila ada dalam kalangan mereka ditawarkan pekerjaan di ladang ternakan dan pertanian di sebuah ladang di Janda Baik, Pahang selepas lebaran ini.

Abdul Jalil Abdullah, 51, menganggap ia ibarat satu sinar baharu dan bersyukur dengan peluang yang diberikan itu dan berharap ia akan menjadi titik mula penghijrahan dirinya selepas lebih dua tahun bergelar insan gelandangan. 

“Alhamdulillah hasil bantuan sokongan sosial dan ilmu serta latihan asas pertanian yang dipelajari melalui Program Kebun Bandar Hijrah Warrior di Pusat Transformasi Anjung Kelana, Taman Desa sejak lebih dua bulan lalu, ada pihak yang sudi menawarkan kami pekerjaan.

“Program cetusan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa ini banyak memberi kemahiran dan pengetahuan pertanian kepada golongan gelandangan sekali gus membantu kami untuk membaiki kualiti kehidupan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Mengimbas kembali, Abdul Jalil yang berasal dari Pulau Pinang berkata beliau tiba di ibu negara pada tahun 2019 dengan harapan untuk mencari pekerjaan dengan bayaran gaji yang lebih setimpal bagi menampung keluarganya.

Bagaimanapun, lelaki itu terpaksa membuat keputusan untuk berhenti selepas enam bulan bekerja kerana majikan tidak membayar gaji menyebabkannya tidak dapat membayar rumah sewa dan menampung kehidupan sehingga terpaksa merempat di jalanan.

Demi meneruskan kehidupan, beliau terpaksa mengutip botol plastik dan tin kosong yang hasilnya cukup-cukup untuk membeli makanan untuk mengalas perut.

Menceritakan tentang sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Abdul Jalil berkata hati mana yang tidak terusik apabila terpaksa menyambut raya jauh dari sisi keluarga, namun mujurlah ada NGO dan rakan gelandangan yang senasib membantu menceriakan suasana.

Seorang lagi gelandangan yang ditawarkan bekerja di tempat sama, Mohd Faizal Abdullah, 37, berkata beliau terpaksa hidup seperti gelandangan sejak setahun lalu kerana keluarganya sudah tidak lagi menerimanya setelah dirinya memeluk agama Islam.

Sama seperti Abdul Jalil, beliau juga menjadi gelandangan selepas berhenti kerja kerana tidak dibayar gaji oleh majikan dan usahanya untuk mencari pekerjaan menemui jalan buntu ekoran keadaan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun Aidilfitri baru-baru ini cukup bermakna buat dirinya apabila dimaklumkan dia mendapat tawaran kerja di Janda Baik bersama Abdul Jalil dan berharap hidupnya akan menjadi lebih baik selepas ini. - Bernama

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM