Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banat Sandwich: Berniaga Sambil Bantu Mahasiswa Cari Pendapatan Sampingan

Gah di media sosial dengan pasaran utama di Nilai dan Seremban, serta sekitar Bangi dan Shah Alam, Banat Sandwich bakal membuka sebuah kafe sandwic premium di Bandar Baru Nilai dalam masa terdekat.

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 8:02PM

Nurjihan Burhanuddin dan Fatin Wahidah Safiai mula menjual sandwic secara sambilan di kampus dengan modal hanya sekitar RM20 sehari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hati hendak, semua jadi.

Mula menjual sandwic secara sambilan di kampus dengan modal hanya sekitar RM20 sehari ketika bergelar pelajar tahun tiga di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dua sahabat - Fatin Nurjihan Burhanuddin dan Fatin Wahidah Safiai- kini boleh dianggap sebagai antara usahawan muda yang meningkat naik di negara ini.

Dalam tempoh lima tahun, Banat Sandwich Enterprise yang dikorporatkan oleh mereka pada 2017 dengan modal cuma RM1,000, semakin dikenali dalam kalangan penggemar snek itu dengan nilai jualan bulanan melebihi RM10,000. 

Gah di media sosial dengan pasaran utama di Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan serta sekitar Bangi dan Shah Alam, Selangor, dua wanita muda itu menetapkan matlamat baharu, iaitu membuka sebuah kafe sandwic premium di Bandar Baru Nilai dalam masa terdekat.

Menariknya, kedua-dua mereka yang merupakan lulusan sarjana muda daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, turut mempraktikkan dasar berkongsi laba dengan mahasiswa USIM - mengambil mereka yang berminat mencari pendapatan sampingan sebagai pekerja sambilan.

BERSUSAH-SUSAH DAHULU

Mengenang kembali jerih payah membangunkan produk Banat Sandwich hingga ke tahap sekarang, Fatin Nurjihan berkata idea untuk berniaga sandwic timbul selepas mendapati makanan itu menjadi antara pilihan utama mahasiswa bagi mengalas perut dalam kesibukan menjalani kehidupan harian sebagai pelajar.  

“Selain itu, Persatuan Pelajar USIM juga menyokong usaha pelajar yang ingin berniaga bagi mencari pendapatan sampingan. Di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah misalnya, pelajar yang ingin berniaga cuma perlu membayar sewa meja khas RM8 sebulan, jadi kami tidak sia-siakan peluang itu,” kongsinya dengan Bernama.

Menurut anak jati Terengganu itu, sejak awal perniagaan, sandwic yang mereka sediakan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan kerana harga yang murah iaitu RM1 sekeping.

“Kami mampu meraih keuntungan bulanan hingga RM400 yang kemudian kami kongsi sebagai upah dan juga dijadikan modal pusingan seterusnya,” jelasnya.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai sekarang tidak mudah kerana pada masa itu mereka masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar.

“Kami masih ingat, ketika kami masih lagi bergelar pelajar USIM, situasi amat sukar kerana kami perlu bangun seawal 4 pagi untuk menyiapkan roti sandwic sebelum dijual di fakulti kampus. 

“Selepas tamat pengajian pada 2017, kami beri sepenuh tumpuan kepada perniagaan dan menubuhkan Banat Sandwich Enterprise dengan modal yang kami kumpul semasa berniaga di kampus.

“Kini, kami menyewa dua buah rumah di sini sebagai kilang pemprosesan sandwic, mempunyai empat pekerja dalaman dan tujuh penghantar makanan, semuanya pelajar USIM,” ceritanya lagi.

Mengenai nama syarikatnya, Fatin Nurjihan berkata 'banat' adalah perkataan bahasa Arab bermaksud anak perempuan bagi mewakili semangat kaum hawa untuk mengecilkan dominasi lelaki dalam industri makanan.  

PELBAGAIKAN JENIS

Sementara itu, Fatin Wahidah berkata Banat Sandwich kini menawarkan pelbagai jenis sandwic dan antara yang popular ialah Chicken BBQ, Tunalicious, Hot Mackerel, Eggcellent dan Chicken Slice. 

Harga jualan pula pada kadar mampu beli iaitu RM43 hingga RM75 bagi kotak besar (24 keping campuran pelbagai jenis), manakala kotak kecil (empat keping campuran pelbagai jenis) berharga RM8 hingga RM14.  

Menurut wanita kelahiran Pulau Pinang itu, pada masa ini Banat Sandwich mampu menjual hingga 1,000 kotak sebulan dan ketika musim perayaan seperti Aidilfitri, jualan meningkat hingga 100 kotak sehari.

Bagi menjamin kualiti, Fatin Wahidah berkata kesemua produk Banat Sandwich menggunakan bahan mentah premium manakala perapan daging dan ayam adalah resipi olahan mereka sendiri. 

“Daging yang kita gunakan adalah daging import premium yang dibeli khas daripada pemborong yang kita kenali sejak dahulu, maka kita boleh jaga kualiti daging yang kita perlukan.

“Perlunya kita menjaga hubungan baik dengan pembekal bahan mentah supaya mereka dapat terus membekalkan barangan berkualiti tinggi pada harga yang tidak terlalu membebankan, biarpun kebanyakan harga bahan mentah semakin naik akhir-akhir ini. 

“Selain perlu terus menjaga kualiti produk menerusi prosedur operasi standard melibatkan pemilihan bahan mentah dan pembuatan roti sandwic, kita juga perlu berbuat baik kepada pekerja.

“Di Banat Sandwich, rata-rata pekerja kita adalah pelajar USIM. Kita usaha untuk membantu serta menawarkan peluang kerja yang baik, beramanah dan fleksibel supaya tidak membebankan tugas hakiki mereka sebagai pelajar,” jelasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

2

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

3

Semasa 7 bulan yang lalu

MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Terlibat Rangka Garis Panduan Konsert di IPT 

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRN: KPT Akan Kenal Pasti Kaedah Mudahkan Warga IPT Pulang Mengundi

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 11 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian