Berita Terkini

22 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenangan Lalu Mengusik Jiwa, Hafidz Tubuh Kelab Digimon

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 11:10AM

Muhammad Hafidz menunjukkan salah satu ‘Digivice’ yang dimilikinya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mereka yang meniti zaman kanak-kanak pada era 1990-an pasti menyedari kewujudan permainan popular dari Jepun iaitu Digimon.

Ia amat menggamit memori, malah nostalgia ditinggalkan begitu dekat di hati, apatah lagi Digimon amat popular di seluruh dunia.

Populariti Digimon dianggap sebaris dengan permainan dari jenama lain seperti Gameboy, Tamiya dan kad Yugi-Oh.

Menggunakan peranti elektronik dikenali sebagai ‘Digivice’, Digimon memerlukan pemain memelihara raksasa digital mereka dengan baik, dan memperoleh ganjaran tertentu.

Serentak dengan zaman yang semakin global, populariti Digimon lenyap ditelan arus kemodenan, apatah lagi apabila pelbagai permainan canggih mula membanjiri pasaran.

Namin begitu, kelompok pencinta Digimon masih bertapak di negara ini, malah mereka masih aktif dengan pelbagai aktiviti.

Kehadiran mereka dinaungi kelab Digi-Destined Malaysia (DDM) yang dipelopori Muhammad Hafidz Selamat.

Sesuai peranan, anak muda berusia 30 tahun itu adalah pencinta tegar Digimon dan minat tersebut menjadi pendorong kepadanya untuk menubuhkan kelab berkenaan.

Antara ahli kelab DDM sewaktu Pertandingan Digimon Grand Prix yang diadakan setiap tahun namun telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.
Antara ahli kelab DDM sewaktu Pertandingan Digimon Grand Prix yang diadakan setiap tahun namun telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.

“Objektif utama penubuhan kelab ini di laman sosial Facebook adalah mengumpulkan kembali peminat permainan raksasa elektronik ini di serata tanah air.

“Awal penubuhan, kami bermula dengan hanya empat ahli pada 2015 tetapi kini ia sudah menjangkau kepada 10,000 orang,” katanya kepada Getaran, sambil tersenyum bangga.

Menurutnya, ramai anak muda yang lahir era 1990-an masih mengumpul permainan digital itu namun majoriti tidak memiliki saluran sesuai untuk berkongsi minat berkenaan.

“Atas faktor itu, DDM ditubuhkan dan kekal aktif hingga hari ini,” katanya.

Jika ada yang beranggapan permainan itu hanya satu pembaziran, Muhammad Hafidz tegas menafikan.

DDM katanya, menyemai semangat perpaduan, toleransi dan bertimbang rasa, sesuai dengan keahlian berbilang kaum yang dimiliki.

“DDM membuka ruang untuk kami saling berkongsi dan bersahabat, tanpa sebarang sentimen perkauman atau keagamaan yang boleh menyinggung sensitiviti.

“Di sini, kami belajar erti saling menghormati dan merendah diri tanpa sebarang prejudis,” katanya.

Sebahagian daripada koleksi Digimon ahli DDM.
Sebahagian daripada koleksi Digimon ahli DDM.

Beliau yang juga pemilik agensi periklanan menegaskan, permainan tersebut seakan mengeratkan lagi persahabatan ahli tanpa mengira kaum.

“Latar belakang yang pelbagai juga menjadikan aktiviti bermain Digimon bukan sekadar hobi, namun tempat untuk menjadi rujukan perkara lain dalam kehidupan.

“Filem animasi Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna di pawagam pada 2020 menjadikan permainan digital ini kembali sebagai satu fenomena di seluruh dunia, sekali gus menjadikan keahlian DDM semakin bertambah,” katanya.

Muhammad Hafidz yang juga anak jati Kuala Lumpur berkata, mereka mengadakan sesi perjumpaan sekurang-sekurangnya sekali dalam sebulan bagi merapatkan ukhwah sesama ahli.

“Setiap kali ‘gathering’, masing-masing akan membawa Digivice (permainan Digimon) bersama. Kemudian ahli kelab boleh bertarung antara satu sama lain apabila Digimon kepunyaan mereka mencapai tempoh kematangan.

“Berpaksikan pada minat yang mendalam mengenai Digimon, kami amat akrab dan jujur saya katakan, sudah diibaratkan seperti sebuah keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran pada peringkat pertama penubuhan, Muhammad Hafidz berkata, mereka berdepan kesukaran untuk mengumpulkan lebih ramai ahli kelab.

“Pada mulanya yang hadir dalam perjumpaan pun tidaklah ramai, hanya 10 orang. Begitupun, angka ini makin meningkat berikutan ramai ahli kelab yang mendedahkan kewujudan DDM kepada orang ramai melalui media sosial.

“Tahun 2020 adalah tahun yang sangat sukar dan mencabar kepada semua ahli. Sebelum ini, kami sering berjumpa untuk bermain Digimon, namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, kami tidak dapat melaksanakan aktiviti seperti kebiasaannya,” katanya.

Muhammad Hafidz (kiri) bersama ahli Digimon akan berkumpul di hujung minggu namun ia tertangguh sejak negara dikenakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19.
Muhammad Hafidz (kiri) bersama ahli Digimon akan berkumpul di hujung minggu namun ia tertangguh sejak negara dikenakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19.

Jelasnya, pertarungan sesama Digimon tidak boleh dilakukan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ia memerlukan sentuhan sesama gajet untuk mengaktifkan isyarat.

“Walau sedih, semua ahli kelab hobi Digimon menyokong tindakan kerajaan dalam menjalankan perintah kawalan pergerakan bagi menyekat penyebaran wabak COVID-19.

“Pada awal April 2020, DDM juga telah melancarkan Kempen Kita Semua Pejuang dalam kalangan ahli sebagai tanda sokongan kepada barisan hadapan,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan kelab dalam masa terdekat, mantan Pegawai Eksekutif Komunikasi Korporat Koperasi Kakitangan Petronas (KOPETRO) itu berkata, pihaknya telah beberapa kali membuat perancangan untuk menganjurkan pertandingan persahabatan namun terpaksa ditunda berikutan faktor kewangan.

“DDM sudah menganjurkan pertandingan Digimon Grand Prix Nationals Tournament peringkat kebangsaan sebanyak empat kali dan ia mendapat sambutan hangat dari ramai pemain seluruh negara.

“Kerana itulah kami memerlukan sokongan kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mengiktiraf DDM sebagai kelab yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

“DDM akan cuba sedaya upaya dalam merealisasikan impian ahli kelab untuk mengadakan pertandingan Digimon di peringkat antarabangsa,” katanya. - Getaran, 30 April 2022

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan