Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pernah Diludah Kerana Agama, Suri Daman Terjun ke Dunia Fesyen Muslimah

Cekal, hijrah usahawan bernama Suri Daman bermatlamat besar dan bukan atas nama keuntungan semata-mata. Ikuti kisahnya.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 9:04PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Personaliti Getaran kali ini menampilkan seorang usahawan yang layak dicontohi. Seorang wanita yang punya misi dan visi dalam dunia fesyen Muslimah.

Benar, beliau tidaklah dikenali seperti sesetengah usahawan lain, namun usaha yang diperjuangkan oleh Suri Daman @ Suriyati Daman, 47, ini layak diberi pujian. 

Mengapa begitu? Kerana Pengasas Hegira (jenama tudung eksklusif) ini tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

Sebaliknya beliau mempunyai matlamat untuk membawa inovasi dan inspirasi kepada wanita Islam melalui rekaan tudung yang menjelmakan keunikan, serba boleh serta praktikal supaya Muslimah di luar sana dapat menonjolkan diri mereka yang terbaik setiap hari.

“Nama 'Hegira' itu sendiri diilhamkan daripada kemuliaan perkataan ‘Hijrah’ - memberi penghormatan kepada tanda sejarah penting dalam sejarah Islam apabila Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah.

“Jadi, intipati jenama ini menangkap semangat transformasi positif dan penambahbaikan yang sama melalui tudung yang direka bentuk secara kreatif, menggalakkan wanita untuk bersikap sederhana dan pada masa yang sama mampu menjadi diri mereka yang tulen,” ujar beliau.

Jom, ikuti temu bual Getaran bersama personaliti yang juga pemegang ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi dan Ekonomi ini.

1. Apa yang membuatkan Suri terjun ke dalam industri fesyen?

Selepas saya menamatkan ijazah saya di Amerika Syarikat, saya akhirnya bekerja dalam industri perisian selama beberapa tahun di sana.

Berada di sana selama 13 tahun memberi impak besar kepada pandangan saya tentang sesuatu.

Dalam beberapa tahun terakhir di sana, saya telah membeli sebuah rumah di Thousand Oaks, California (kira-kira 30 minit utara Los Angeles) dan ini adalah kawasan kejiranan tempat tinggal ramai selebriti Hollywood.

'Suasana' fesyen di sana sangat menarik, tidak seperti tempat lain di negara ini. Semua orang nampaknya begitu mementingkan gaya.

Berada dalam dunia korporat adalah mencabar bagi saya sebagai seorang pemakai hijab. Saya perlu menampilkan diri dalam gaya yang sesuai dengan alam korporat sambil berpegang teguh kepada identiti saya, terutamanya selepas tragedi 9/11.

Ia telah mencetuskan Islamofobia dan memburukkan persepsi penduduk di sana kepada penganut agama Islam. Saya secara peribadi ketika itu menghadapi bebanan Islamofobia.

Saya mendapati diri saya bergelut dengan identiti saya sebagai seorang Muslim.

Saya perlu mengimbangi iman dan menyesuaikan diri dengan gaya fesyen yang membolehkan saya menutup aurat namun pada masa yang sama tidak kelihatan terlalu tersendiri kerana ia akan mengundang perbuatan kebencian di khalayak ramai yang terpaksa saya tanggung. 

Saya telah diherdik, juga diganggu secara fizikal di tempat letak kereta oleh individu yang berfikiran tertutup dan jahil. Suatu ketika, saya juga diludah ketika menggunakan perkhidmatan kereta api. 

Oleh itu, apabila saya kembali ke Malaysia, saya rasa lepas bebas kerana wanita Islam di sini mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam menjalankan amalan hijab mereka.

Walau bagaimanapun, ketika itu saya menyedari tidak ada banyak pilihan di pasaran. Pilihan fesyen muslimah moden sangat terhad di Malaysia dan saya benar-benar percaya bahawa wanita di sini dahagakan sesuatu yang baru. 

Inilah yang memberi inspirasi kepada saya untuk terjun ke industri fesyen Muslimah ini.

Niat saya ketika itu adalah jelas, iaitu untuk menyediakan lebih banyak pilihan untuk wanita supaya mereka boleh menghiasi gaya peribadi mereka sambil bersederhana.

2. Hegira adalah inspirasi daripada perkataan hijrah, jadi apakah maksud hijrah bagi Suri?

Hijrah adalah perkataan yang begitu istimewa. Pertamanya kerana makna literalnya yang bersejarah mengenai penghijrahan Nabi yang kita kasihi, Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dan bagaimana ia telah membentuk semula sejarah dunia.

Secara peribadi, ia juga mempunyai istimewaan dalam hidup saya. 'Hegira' ialah perkataan Inggeris untuk hijrah. Bagi saya, perkataan hijrah melambangkan harapan di hati saya dan semoga di hati ramai orang juga, dalam perjalanan hidup mereka.

Hijrah adalah tentang transformasi positif. Berusaha ke arah tempat yang lebih baik, sama ada dalam kehidupan peribadi, dalam kerjaya, dalam perhubungan dan lain-lain.

Hijrah adalah perkataan yang memberi kuasa kerana ia menandakan perjalanan baharu serta lembaran baharu yang boleh kita pilih untuk diselami pada bila-bila masa. 

Sehingga hari ini, setiap hari adalah peluang untuk saya menjadi isteri yang lebih baik, ibu dan anak yang lebih baik, pemimpin yang lebih baik di tempat kerja dan orang yang lebih baik secara amnya.

Saya tahu ini adalah sesuatu yang diinginkan oleh setiap wanita, sama ada mereka menyatakannya atau tidak, kerana sebagai manusia, kebahagiaan kita datang dari kemajuan.

Saya membayangkan Hegira, di luar hijab, menjadi jenama yang menjadi sandaran wanita.

Hegira boleh membantu mereka dengan mencetuskan transformasi positif mereka sendiri supaya mereka terinspirasi untuk menjadi lebih kuat dan penuh harapan apabila mereka berasa lemah, lebih tabah apabila mereka hampir berputus asa dan jenama yang mereka boleh harapkan apabila memerlukan sokongan.

3. Apakah motivasi utama Suri untuk terus maju?

Apabila saya memulakan Hegira, saya telah berjanji kepada diri saya sendiri bahawa saya akan berpegang kepada beberapa prinsip panduan yang akan menjadi tonggak syarikat bergerak ke hadapan.

Salah satu tunjangnya adalah mewujudkan perniagaan yang boleh menyokong ekonomi tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada wanita Malaysia khususnya. 

Itulah sebabnya Hegira mempunyai kemudahan pembuatan sendiri yang menggaji rakyat Malaysia sebagai pengendalinya. 

Pada masa ini kami mempunyai lebih 35 pekerja dan kisah mereka benar-benar menjadi salah satu sumber tenaga saya untuk terus maju.

Ada kisah ibu tunggal menyara keluarga, ada juga isteri yang menggalas tanggungjawab ketika suami menganggur serta kisah wanita yang masih perlu menyara hidup untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

Pandemik menyaksikan banyak perniagaan runtuh dan musnah. Ketika itu keadaan terasa amat menghampakan, namun wajah-wajah ahli pasukan sayalah yang memberi saya semangat untuk meneruskan dan mengharungi saat-saat getir. 

Alhamdulillah dengan izin-Nya, kami bukan sahaja berjaya bertahan malah kami bangga kerana dapat mengekalkan pekerjaan semua orang dan sebenarnya bertambah besar dari segi saiz. 

Untuk itu kami sangat bersyukur dan lebih berazam untuk bergerak maju ke hadapan dan berkembang.

4. Bagaimanakah Hegira membantu wanita untuk kelihatan cantik sambil tetap mengikut syariah?

Salah satu fokus Hegira ialah inovasi, kecil dan besar. Perubahan kecil dalam reka bentuk boleh menjadikan kehidupan wanita lebih mudah. 

Kami suka mereka bentuk rekaan praktikal yang boleh menjimatkan masa, namun meningkatkan penampilan wanita dan keyakinan mereka.

Itulah sebabnya kami menghabiskan banyak masa untuk mereka bentuk ‘Slip-On’ kami yang merupakan penjimat masa.

Satu lagi panduan yang saya ada untuk Hegira ialah kami hanya mereka dan menggayakan tudung di bawah dada. 

Kami suka melihat wanita cantik berfesyen sederhana. Pada masa yang sama wanita-wanita ini tahu bahawa tudung pilihan mereka menambahkan kepercayaan diri mereka untuk mengharungi hari demi hari.

5. Apakah visi Suri untuk jenama ini?

Visi saya adalah untuk menjadi sedekat mungkin dengan kehidupan wanita, menemani mereka mengharungi kehidupan yang mencabar. 

Kami akan terus mereka bentuk tudung, pakaian dan produk lain yang boleh memudahkan kehidupan wanita-wanita ini. 

Lebih penting lagi, sesuai dengan slogan kami ‘Ubah Nasib Anda’, kami berharap Hegira melalui produk dan kisahnya dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk memiliki kisah hijrah peribadi serta mampu menentukan nasib mereka sendiri.

Kami juga merancang untuk menjadikan Hegira lebih mudah diakses oleh pelanggan kami dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh Malaysia mulai tahun ini dan seterusnya. 

Doa saya adalah agar Hegira dapat menjadi kekuatan positif untuk wanita dengan cara kita sendiri, insya-Allah.

6. Dengar kata sempena raya tahun ini, Hegira ada lancarkan kempen istimewa. Boleh Suri jelaskan?

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Hegira melancarkan satu kempen bagi meraikan pelanggan setia dan juga pelanggan baru dengan kempen #HasratRaya.

Melalui kempen ini, pelanggan boleh berkongsi hasrat raya mereka dan berpeluang memenangi wang tunai tambahan. Saya mahu berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama pelanggan yang memberi sokongan. Mereka yang berminat bolehlah lawati laman sesawang ini. - Getaran, 24 April 2022

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lelaki 'Bertudung' Rakam Video Dalam Tandas Wanita Diberkas

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Kembali Dikritik Peminat 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 21 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian