Berita Terkini

2 jam yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 2 jam yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 2 jam yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 2 jam yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 2 jam yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Kharul Azman, Dari Pelayan Kini Jadi Pemilik Kiosk CheeseU

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 8:53AM

Kiosk jenama CheeseU yang diusahakan Kharul Azman terletak di Putrajaya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menimba pengalaman selama tujuh tahun di kafe CheeseU di Kota Tinggi, Johor daripada sebagai pelayan hingga bergelar pengurus, Kharul Azman A. Karim kini adalah pemilik kiosk jenama CheeseU yang pertama.

Anak nelayan yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu, Kharul Azman, 30, nekad untuk mengusahakan kiosk CheeseU di Presint 2 di sini sejak 22 Jan lepas kerana minatnya yang mendalam untuk berniaga, ditambah dengan pengalamannya yang mengenali setiap hidangan CheeseU.

“Lepas Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), saya melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian perniagaan di Kolej Cosmopoint. Saya memang berazam untuk menjalankan perniagaan, kerana mahu mengubah nasib keluarga dan syukur Alhamdullillah, saya dapat merealisasikan impian saya,” kata anak keempat daripada lima adik-beradik itu kepada Bernama, baru-baru ini.

Kharul Azman berkata bekas, majikannya Thomas Ang yang juga pengasas CheeseU merupakan individu penting yang tidak putus-putus memberikan khidmat nasihat dan bantuan kewangan, untuk beliau memulakan perniagaan.

Kiosk CheeseU beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam, menyajikan produk utama iaitu kek keju, serta hidangan lain seperti nasi lemak, 'chicken chop', sandwich, kopi dan teh.

Kharul Azman juga adalah peserta Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, yang dirangka oleh Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj), Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan agensi lain berkaitan dengan pembangunan usahawan.

Kharul Azman yang menggajikan tiga pekerja di kiosk itu berkata, pendapatan yang diterima agak lumayan dan ramai pengunjung mula mengenali operasi kiosk itu.

“Pembeli boleh bawa pulang, atau makan di sini. PPj turut berbesar hati menyediakan meja dan kerusi bersebelahan kiosk saya ini, terima kasih saya ucapkan,” katanya.

CheeseU kini mempunyai empat kafe, tiga di Johor, satu di Bangi, Selangor dan satu dapur pusat di Kluang, Johor. Kiosk CheeseU di Presint 2 adalah kiosk pertama di bawah jenama CheeseU.

Sementara itu, Ang berkata francais CheeseU merupakan francais mampu milik dengan modal serendah RM100,000 dan mereka yang berminat memulakan francais tersebut, akan diberi khidmat nasihat dan bimbingan.

Ang mensasarkan untuk membuka antara 10 hingga 20 kiosk CheeseU tahun ini termasuk di stesen minyak. - Bernama 

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

3

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis