Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fajinah, Nelayan Wanita Kental Membelah Lautan

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 3:38PM

Semasa beliau kecil, Fajinah kerap mengikuti ayahnya ke laut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN : Wanita zaman sekarang boleh buat apa sahaja yang kaum lelaki mampu lakukan, termasuk membelah badai demi sesuap rezeki.

Buat seorang nelayan wanita, Fajinah Jaafar, 60, tiada apa yang lebih membahagiakan beliau selain dari menangkap ikan dan mengemudi bot tuanya.

“Ramai yang ingat ini kerja lelaki. Boleh kira dengan jari berapa saja nelayan wanita yang ada. Saya yakin, tak lebih dari sepuluh orang dalam negeri ini.

“Saya pilih kerjaya ini sebab jiwa saya memang di laut. Apa pun yang saya lakukan, saya mesti pulang ke laut,” kata Fajinah yang membesar dalam keluarga seramai sepuluh adik-beradik.

Semasa beliau kecil, Fajinah kerap mengikuti ayahnya ke laut. Tiada lagi pekerjaan yang mampu memberinya kepuasan yang beliau rasa ketika berada di laut.

“Saya pernah bekerja di beberapa syarikat multinasional dan pernah dinaikkan pangkat menjadi penyelia tapi apabila bos mahu meletakkan saya di bahagian pengurusan, saya tolak. Saya tak mahu terlalu terikat dengan mana-mana syarikat.

“Jadi, saya berkeputusan untuk pulang ke laut dan mencipta kehidupan yang saya impikan selama ini,” katanya.

Setiap pagi, Fajinah akan berlabuh ke laut antara pukul 4:30 atau 5:00 pagi. Waktu pulangnya tidak menentu.

“Laut, angin dan pasang surut akan menentukan berapa lama saya boleh berada di lautan. Bekerja di lautan susah dan merbahaya, tambahan pula, ia tidak menjanjikan sebarang tangkapan. Jika jiwa saya tidak gemarkan laut, saya takkan boleh buat kerja ini.

“Ada banyak yang boleh mencederakan atau membunuh kita di laut, seperti obor-obor, ular laut dan ikan yang beracun,” kata Fajinah.

Tiada lagi pekerjaan yang mampu memberi Fajinah kepuasan yang beliau rasa ketika berada di laut.
Tiada lagi pekerjaan yang mampu memberi Fajinah kepuasan yang beliau rasa ketika berada di laut.

Beliau yang juga seorang ibu tunggal, kerap membawa kedua anak-anaknya ke lautan semasa cuti sekolah. Apabila sesi persekolahan bersambung, mereka akan dijaga oleh pengasuh mereka.

Semasa musim angin kencang, Fajinah tidak akan ke laut dan untuk menyara keluarganya, beliau akan bekerja sebagai pemandu lori ataupun pemandu mesin forklift.

Beliau juga memegang lesen untuk mengendalikan kren.

“Selalunya saya keluar seorang saja. Tapi saya kalau kalau pergi menangkap ikan di laut dalam, saya akan bawa seorang lagi kru.

“Dulu saya tangkap ikan besar kemudiannya saya beralih kepada udang pula.

“Tapi saya sudah tua sekarang. Saya hanya menangkap ikan belanak yang lazimnya berada tidak jauh dari persisiran pantai. Senang. Nak tarik jala pun tak sakit belakang sebab ikan itu ringan,” kata Fajinah.

Sekilo ikan belanak dijual pada harga RM4. Fajinah tidak berasa kekok menjadi nelayan wanita kerana katanya, pekerjaan tersebut memberinya kebebasan.

“Ianya hidup yang saya hasilkan untuk diri saya.

“Tapi ini tak bermaksud saya tak mahu mempelajari ilmu-ilmu lain,” jelasnya.

Semasa berkerja di kilang, Fajinah berjaya mempelajari Bahasa Inggeris dan Hokkien, malah, beliau juga mampu menyapa dan bersembang dengan jiran berbangsa Cina di perkampungan nelayan di Kuala Sungai, menggunakan Bahasa Hokkien. - Getaran, 8 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 12 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian