Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mencipta Mata Pencarian Menerusi Minat Berkebun

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 10:38AM

Zarini menghasilkan keratan buluh yang digunakan sebagai pancang untuk tanaman pokok di halaman rumah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zarini Jaafar, 41 tahun, tidak sangka bahawa minatnya dalam berkebun telah menghasilkan produknya yang paling laris setakat ini - iaitu keratan buluh yang digunakan sebagai pancang untuk tanaman pokok di halaman rumah.

Sebelum ini, beliau menjual produk kecantikan secara atas talian pada tahun 2009 di media sosial selepas berhenti bekerja di bank untuk bekerja dari rumah. Beliau menetap di Selangor pada ketika itu.

Pada tahun 2017, Zarini menghasilkan jenama tersendiri bernama Darina, yang mengeluarkan pelbagai barangan termasuk skrub mandian dan losyen wangi. Pada tahun 2019 pula, beliau berpindah ke Kelantan dan perniagaannya berkembang hingga mengeluarkan pes masakan yang disahkan halal, serta dihasilkan oleh penduduk kampung di negeri itu. Usaha ini cukup berjaya dan membuahkan hasil kepada usahawan tersebut yang membuka pejabat di Kelantan dan Selangor.

“Suami saya merupakan seorang bekas penjawat awam dan dia memilih untuk bersara awal, jadi kami berpindah ke Kelantan untuk mengembangkan lagi jenama Darina di sini,” kata Zarini.

Namun, apabila pandemik melanda, banyak cabaran timbul buat Zarini dan perniagaan luar taliannya yang didorong oleh jenama Darina.

“Bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac 2020, semuanya tidak dapat beroperasi. Saya terpaksa menutup kedai luar talian saya. Kami menerima pembeli yang berkurangan melalui saluran media sosial, dan stokis saya juga tidak dapat menjana jualan dengan pelanggan kami,” ulasnya.

Ekoran itu, beliau memutuskan untuk menumpukan perkembangan dan jualan produk di kedai Darina House di Shopee. Pada masa yang sama, beliau tercetus idea untuk mengembangkan minat dalam berkebun hingga ke platform Shopee.

Zarini merupakan pengasas jenama Darina.
Zarini merupakan pengasas jenama Darina.

“Saya sendiri selama ini memang menggunakan keratan buluh ini sebagai pancang untuk tanaman pokok saya di rumah. Pada suatu hari, saya memutuskan untuk menambah buluh pancang ini sebagai produk jualan di kedai Shopee saya, selain daripada produk Darina. Setakat 15 Disember 2021, saya telah menjual 15,489 set - dengan setiap set mengandungi 25 batang buluh, menjadikannya 387,225 batang buluh yang sudah terjual,” kata Zarini.

Beliau menambah bahawa buluh pancang itu sendiri telah menjana jualan lebih daripada RM50,000 pada tahun 2020, dan meningkat kepada lebih RM130,000 pada tahun ini.

Zarini, 41, berpindah dari Selangor ke Kelantan dan kini menjual buluh pancang untuk pekebun di seluruh negara.
Zarini, 41, berpindah dari Selangor ke Kelantan dan kini menjual buluh pancang untuk pekebun di seluruh negara.

Zarini juga berkongsi bahawa jualan tertingginya adalah pada bulan Jun dan Ogos tahun ini, seiring dengan musim Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha.

“Selain buluh pancang, saya juga menjual serunding ayam, serunding daging dan serunding ikan. Sebanyak 2,351 pek serunding telah terjual setakat ini,” tambahnya.

Bagi menghasilkan produk keluarannya, Zarini mengupah penduduk kampung di negeri Kelantan khususnya dari sekitar Pasir Mas dan Tumpat. Mereka tidak dapat bekerja akibat lockdown. Mereka terpaksa berhenti merawat paip, membaiki rumah dan bekerja di bengkel buat sementara waktu.

Pada masa ini, terdapat 20 orang penduduk kampung yang membantunya.

“Ramai penduduk kampung terlibat dalam penghasilan buluh pancang ini dan juga serunding. Walaupun semasa banjir, mereka akan membantu saya mengangkut buluh itu dan menghantarnya kepada kami menaiki bot. Komitmen mereka terhadap tugas ini benar-benar memberi inspirasi,” katanya sambil berkata bahawa hasil jualan di Shopee akan dikongsi sesama mereka.

Penduduk kampung membantu perniagaan Zarini dan mengharungi banjir demi mengumpul buluh dan memprosesnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan.
Penduduk kampung membantu perniagaan Zarini dan mengharungi banjir demi mengumpul buluh dan memprosesnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan.

Ketika ditanya mengenai ciri yang digunakannya di Shopee untuk membantu mempromosikan kedainya, Zarini berkata bahawa beliau masih fokus pada penggunaan Shopee Ads setakat ini.

Zarini berkata platform itu juga telah memberinya banyak peluang untuk memperoleh pendapatan dan mempromosikan jenamanya, bermula dengan pautan Seller Affiliate.

“Pada masa yang sama, saya kini telah menjadi penjual Bintang selama tiga bulan, dan baru-baru ini dilantik sebagai Shopee Affiliate Ambassador. Saya amat berterima kasih atas semua ini, kerana dengan menjadi duta, ia membolehkan saya membantu mempromosikan produk penjual lain juga serta memperoleh insentif.”

Mengulas mengenai jualan 12.12 yang telah disempurnakan baru-baru ini, Zarini berkata jualannya adalah baik dan beliau sudah pun mempunyai rancangan besar untuk tahun depan.

“Saya ingin membuka kilang tahun depan supaya dapat meningkatkan pengeluaran buluh pancang. Terdapat juga banyak produk lain yang saya ingin masukkan dalam katalog saya supaya lebih ramai orang dapat membeli dari kedai saya. Pada masa yang sama, saya berhasrat untuk fokus pada pes masakan Darina demi membantu dan menyokong pekerja kilang di kampung-kampung di sini,” katanya.

Rakyat Malaysia yang ingin membeli buluh pancang boleh mengunjungi kedai Zarini, dan pada masa yang sama menyokong penjual tempatan lain di platform tersebut pada 1.1 Jualan Tahun Baru ini yang berlangsung dari sekarang hingga 1 Januari 2022.

Kempen ini bakal membantu para pembeli menyambut kedatangan tahun 2022 dengan menikmati harga terendah dan tawaran terbaik. Kunjungi 1.1 Jualan Tahun Baru Shopee dengan melayari https://shopee.com.my/m/1-1. - Getaran, 28 Disember 2021

Artikel ini dibawakan dengan kerjasama Shopee.

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

2

TARA 5 bulan yang lalu

Pusat Pengagihan DDR SPX Express, ‘Point’ Penting Sebelum Barang Shopee Anda Diterima

3

Gaya 7 bulan yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Usahawan 8 bulan yang lalu

Anak Tempatan Raih Rating 4.9, Produk ‘Home Based’ Catat 20,000 Pengikut

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 18 jam yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid