Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bakhtiar Talhah, Membantu Mereka Yang Terkesan Dengan HIV Dan AIDS

Masih ramai yang berfikir jika seseorang didapati HIV positif, hidupnya akan berakhir sekelip mata. Namun realitinya berbeza. Ramai yang mampu berjuang demi membantu mereka yang memerlukan.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 5:15PM

Bakhtiar Talhah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melawan stigma masyarakat bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika ia membabitkan perkara yang sering dianggap sensitif dan sukar diterima umum.

Namun ini tidak pernah menghalang Bakhtiar Talhah, seorang individu yang telah hidup dengan HIV selama 25 tahun, untuk terus berjuang dalam mendidik penduduk Malaysia dan membantu mereka yang terkesan dengan HIV serta AIDS.

“Saya mendapat tahu bahawa saya berstatus HIV positif sekitar tahun 1995, sewaktu masih bergelar mahasiswa semasa melanjutkan pengajian di luar negara. 

“Namun saya tidak mahu berdiam diri sahaja selepas itu. Saya ingin melakukan sesuatu untuk membantu mereka yang terkesan seperti saya. 

“Dari titik itu, saya sudah mula bekerjasama dengan komuniti tempatan yang terkesan, pelbagai badan bukan kerajaan serta ramai sukarelawan dari ajnas latar belakang.

“Kesemua pengalaman tersebut telah membentuk dan mengajar diri saya bahawa saya bukan sahaja dapat melakukan sesuatu yang positif untuk diri sendiri tetapi juga orang lain di sekeliling saya,” ulas Bakhtiar membuka bicara.

Sejak saat itu, beliau nekad ingin membantu memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang HIV serta AIDS dan cara-cara untuk membantu selain memperbaiki apa sahaja yang termampu berkaitan rawatan, penerimaan, perlindungan hak dan undang-undang serta pengurusan kemudahan untuk mereka yang terkesan dengan penyakit tersebut.

Mendapat pengajian tinggi dalam bidang bidang kimia dengan pengkhususan sains alam sekitar dari Universiti Princeton di New Jersey, Amerika Syarikat, beliau kemudian mendapatkan sijil diploma dalam bahasa dan kesusasteraan Perancis di Universiti Sorbonne di Paris, Perancis.  

Baru sahaja melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Roundtable On Sustainable Palm Oil (RSPO) pada Mei 2021, beliau kini sedang melanjutkan pengajian pasca siswazah dalam bidang Pembangunan Kelestarian di Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development.

Beliau juga mengurus firma penasihat atau konsultasinya sendiri yang mengkhusus dalam isu alam sekitar, sosial dan kerajaan. Firmanya banyak membantu syarikat-syarikat di Malaysia yang ingin meneroka hal ehwal kelestarian selain cara-cara bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan kerajaan.

Tidak ketinggalan, beliau juga tersenarai sebagai salah satu ahli lembaga pemegang Amanah Yayasan AIDS Malaysia sejak 2016 dan juga berperanan sebagi setiausaha kehormat yayasan tersebut.

Saat ditanya tidakkah dia takut atau gentar akan stigma masyarakat terhadap dirinya, Bakhtiar menjelaskan itulah sebahagian daripada cabaran yang membakar semangatnya untuk terus berjuang.

“Mungkin mula-mula dahulu, sewaktu masih bergelar mahasiswa saya ada rasa gusar dan takut seolah-olah di dahi saya ada cop ‘HIV Positif’ tapi kini, setelah jauh lebih matang menjangkau separuh abad, saya tidak lagi takut pada kecaman atau stigma itu.  

“Saya kini dikelilingi mereka yang bijak dan baik yang memberi saya kekuatan untuk terus memperjuangkan kepentingan komuniti ini.

“Malah dengan adanya komunikasi bersama orang yang datang dari pelbagai latar belakang seperti pakar perubatan, perundangan, wakil kerajaan dan seumpamanya, saya lebih terdorong untuk memberikan yang terbaik dan membantu mereka yang terkesan dengan HIV,” jelasnya lagi. 

Tambahnya lagi, cabaran terbesar untuk memperjuangkan suara mereka yang terkesan dengan HIV dan AIDS adalah masih lagi salah faham dan kurang pengetahuan tentang penyakit ini sendiri.

“Selain berdepan dengan sensitiviti agama, tekanan masyarakat dan stigma umum yang mengaitkan HIV dan AIDS sebagai penyakit yang dianggap kotor, mereka yang terkesan juga sering dikecam kerana dianggap wajar hidup dalam kondisi sedemikian sebagai balasan atas cara hidup masing-masing.

“Inilah yang paling menyedihkan kerana kurangnya pendidikan berkenaan isu tersebut. Walau bagaimanapun saya belum putus asa.

“Saya sendiri pernah menyaksikan mereka yang pada mulanya enggan memahami dan bekerjasama kemudian menjadi pejuang yang benar-benar ikhlas ingin membantu.

“Perubahan akan sentiasa memerlukan waktu namun itu bukan sebab untuk putus harapan. Saya harap perjuangan ini bukan lagi dilihat sebagai perjuangan badan bukan kerajaan atau Kementerian Kesihatan sahaja, semua kementerian boleh memainkan peranan.

“Malah badan-badan korporat mampu mengubah persepsi dengan lebih banyak pembabitan bersama,” jelasnya panjang lebar.

Beliau turut menekankan bahawa majoriti mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS zaman sekarang bukan lagi pengguna dadah seperti 10 tahun lalu, tetapi golongan muda di bawah 30 tahun yang kurang pengetahuan tentang cara HIV dan AIDS merebak dalam hubungan seksual. 

“Mereka ini hidup di zaman digital di mana semuanya di dalam talian. Jadi pihak yang ingin membantu haruslah bijak dalam menyusun langkah-langkah tertentu untuk menembusi jaringan generasi ini,” sarannya.

“Harapan saya untuk masa depan adalah supaya satu hari nanti HIV dan AIDS akan dilihat sama seperti penyakit lain seumpama hepatitis, kencing manis dan lain-lain.

“Sekiranya itu mampu dikecapi, tidaklah mereka yang terkesan takut untuk mendekati dan mencari maklumat, sekali gus mematikan stigma yang sedia ada.

“Saya turut berharap saya akan dapat melihat ubat yang boleh menyembuhkan HIV dan AIDS dalam jangka hayat saya ini. Jika COVID-19 boleh menemui vaksin kenapa tidak HIV dan AIDS? 

“Malah, sekarang ada banyak pembangunan dalam perawatan HIV serta AIDS sehingga ramai yang masih boleh hidup seperti biasa untuk tempoh waktu yang lama macam diri saya sendiri yang sudah 25 tahun HIV Positif.

“Ini semua berkat pakar perubatan yang menemui pelbagai inovasi untuk membantu mereka yang terkesan.

“Dengan itu saya sangat berharap lebih banyak penambahbaikan akan berlaku dalam perjuangan isu ini. 

“Semoga komuniti terbabit diberi perhatian dan semoga kita semua sedar yang setiap orang berhak menjadi gembira dan menyumbang kepada masyarakat,” katanya menutup bicara. - Getaran, 1 November 2021

Gambar: Ihsan Amanah Yayasan AIDS Malaysia dan Instagram Bakhtiar Talhah

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Barangan Keperluan: Kerajaan Sedaya Upaya Bantu Rakyat - PM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk Roy Dicari Bantu Siasatan Kes Rasuah SPRM

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 22 jam yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid