Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


2 OKU Bakal Cipta Nama Dalam MBOR, Berkayak Rentas Sungai Perak

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Oct 2021 4:44PM

Muhamad Shahrizal (kiri) dan Khairruddin bakal menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Dua belia orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan bakal mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) melalui misi Dayungan Duo Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, 5 Nov depan.

Muhamad Shahrizal Ismail, 24, dan Khairruddin Mazli 30, kedua-duanya bekerja sebagai tukang urut akan melakukan dayungan kayak merentasi Sungai Perak sejauh 20 kilometer bermula dari Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput dan berakhir di Jambatan Victoria, Kuala Kangsar.

Kedua-duanya giat menjalani latihan sejak sebulan lepas di bawah bimbingan pendayung solo negara, Nur Adilla Abu Hassan dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar, Yusnizan Md Yusof serta membabitkan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata inisiatif dan usaha dilakukan mereka dapat dijadikan kayu pengukur kepada individu kelainan upaya lain.

“Kerajaan negeri sentiasa memberikan tumpuan pembangunan kumpulan ini agar mereka juga boleh diterjemahkan sebagai sumber manusia yang menyumbang kepada pertumbuhan negeri.

“Justeru, kerajaan negeri memberi sokongan padu sepenuhnya agar misi dayungan ini dapat dicapai dengan jayanya,” katanya pada sidang media mengenai dayungan berkenaan di Kompleks Rakan Muda Kampar di sini hari ini.

Sementara itu, Khairruddin berkata pada mulanya dia berasa kekok untuk melakukan aktiviti berkayak kerana agak sukar untuk memegang pengayuh dan mendayung kayak.

Khairruddin yang juga anak keempat dari enam beradik itu berkata dia hilang upaya penglihatan sejak sepuluh tahun lepas akibat penyakit glaukoma. 

Muhamad Shahrizal pula berkata dia menjalani latihan bersama rakannya itu bermula 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

“Saya berasa berdebar menjelang hari misi dayungan tersebut tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik nanti,” kata anak sulung dari tujuh beradik yang cacat penglihatan sejak lahir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 5 hari yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kedai Motosikal Terbakar, Lelaki OKU Maut Terperangkap

3

Semasa 2 bulan yang lalu

7 Sekeluarga Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh OKU Intelektual - Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Dusun

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid