Berita Terkini

19 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fateh Watches Tampil Jam Tangan Mewah Mampu Milik, Kualiti Premium

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 11:24AM

Zainal Ali menghabiskan masa selama dua tahun bagi menyelami ilmu pembuatan jam tangan terkemuka di Geneva, Switzerland. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menyentuh kisah di sebalik pembuatan jam tangan, ramai menganggap aksesori itu mempunyai ketulenan, kualiti dan ‘kemewahan’ tinggi sekiranya dihasilkan pengeluar atau pereka terkemuka negara luar.

Anggapan itu membuatkan segelintir individu sanggup melabur sehingga ribuan, malah puluhan atau ratusan ribu untuk membeli seutas jam tangan idaman hasil keluaran syarikat antarabangsa.

Justeru, bagi menawarkan pelbagai pilihan jam tangan dengan standard sama kepada penggemar aksesori itu, tetapi pada harga mampu milik, pembuat jam tangan profesional negara, Zainal Ali, tekad menubuhkan Fateh Watches sejak hampir lima tahun lalu.

Berbekalkan minat mendalam dan pengalaman luas selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam industri pembuatan jam tangan bersama syarikat bertaraf antarabangsa, beliau mahu menyumbang segala ilmu serta kepakaran dimiliki menerusi jenama sendiri.

Zainal Ali
Zainal Ali

Malah, dalam tempoh terbabit, beliau menghabiskan masa selama dua tahun bagi menyelami ilmu pembuatan jam tangan terkemuka di Geneva, Switzerland, sebelum diterima bekerja di syarikat penghasilan produk terbabit di Malaysia selama 28 tahun, bermula 1974 sehingga 2002.

Pengalaman luas dimilikinya berhasil menarik perhatian syarikat pembuatan jam tangan antarabangsa untuk menawarkan pekerjaan kepada Zainal, termasuk di Switzerland, China dan Taiwan.

Zainal Ali berpeluang membuat rekaan untuk pelbagai jenama mewah, antaranya Tag Heuer, Tissot serta Fossil.
Zainal Ali berpeluang membuat rekaan untuk pelbagai jenama mewah, antaranya Tag Heuer, Tissot serta Fossil.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang itu sebelum bersara pada 2015, beliau bukan sahaja berperanan sebagai pembuat jam, pengurus pengeluaran dan pengurus kualiti, malah berpeluang membuat rekaan untuk pelbagai jenama mewah, antaranya Tag Heuer, Tissot serta Fossil.

“Selepas bersara, saya fikir jika selama ini hanya menghasilkan jam tangan untuk syarikat lain, mengapa tidak sekarang  mencipta produk ini menerusi perniagaan sendiri.

“Pada 2017, saya menubuhkan Fateh Watches dan ketika itu saya menghasilkan rekaan jam tangan dinamakan Discovery untuk memudahkan umat Islam yang mengerjakan haji atau umrah mengetahui waktu sebenar di Malaysia dan Makkah,” katanya yang meminati jam sejak kecil kerana keunikan rekaan aksesori berkenaan.

Zainal berkata, Fateh Watches adalah syarikat pertama mengeluarkan rekaan jam tangan unik mempunyai dua waktu itu, apabila menunjukkan arah biasa jam dan arah lawan jam.

“Sambutan diterima untuk jam berkenaan menggalakkan kerana boleh juga digunakan ketika pemakai menjelajah ke luar negara. Kemudian saya menghasilkan rekaan Ladies Pearl khusus untuk wanita yang menampilkan mutiara dan batu zikron, diikuti rekaan Hagia.

“Terbaharu, pada Sabtu lalu, Fateh Watches melancarkan jam tangan automatik edisi terhad bagi menepati permintaan pasaran dan pelanggan. Ini adalah jam automatik pertama kali diperkenalkan syarikat kami,” katanya.

Muhammad Fitry bersama Zainal menunjukkan antara koleksi Fateh Watches.
Muhammad Fitry bersama Zainal menunjukkan antara koleksi Fateh Watches.

Ditanya cabaran dihadapi sebagai pembuat jam tempatan, terutama apabila kerjaya itu jarang diceburi kaum Melayu, Zainal berkata pada peringkat awal beliau berdepan diskriminasi segelintir pelanggan yang kurang yakin dengan kualiti jam tangan dihasilkannya.

Namun, sikap ditunjukkan itu tidak melemahkan semangat beliau dan berjaya diatasi dengan menerangkan kepada mereka pengalaman dimilikinya dalam industri pembuatan jam, sehingga akhirnya berjaya mengukuhkan tapak perniagaan, termasuk menerima kerjasama serta sokongan daripada Malakat.

“Sehingga kini, Fateh Watches bukan sahaja berjaya mengeluarkan 50 rekaan dan kira-kira 2,000 unit jam tangan menerusi hasil kerja tangan saya sendiri, tetapi turut mempunyai pelanggan setia serta menerima tempahan ‘custom made’ daripada individu, syarikat serta penganjur acara khas.

“Lebih membanggakan apabila jam tangan dihasilkan Fateh Watches turut dibeli dan digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun,” katanya.

Mengulas mengenai keperluan untuk memiliki pelapis kerjaya itu, Zainal mengatakan bidang berkenaan sememangnya memerlukan pembabitan orang muda untuk menampilkan idea rekaan lebih terkini dan unik, selain mampu menempatkan Malaysia sebagai antara pengeluar jam tangan berkualiti dunia.

Pelanggan sedang melihat jam yang dipamerkan di butik Fateh Watches.
Pelanggan sedang melihat jam yang dipamerkan di butik Fateh Watches.

“Kerjaya ini juga banyak tarikannya, apabila pembuat berpeluang mencurahkan idea kreatif di atas seutas jam tangan, ditambah rasa puas hati apabila melihat aksesori itu berjaya dihasilkan dengan sempurna dan membolehkan pelanggan mendapatkan rekaan diingini,” katanya.

Berkongsi tarikan jam tangan dihasilkan syarikatnya, Zainal berkata, pelanggan akan memperoleh nilai eksklusif untuk rekaan dan warna dibeli mereka itu apabila hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad.

“Harga ditetapkan bagi jam tangan dikeluarkan Fateh Watches adalah berpatutan dan berbaloi dengan kualiti serta kehalusan seni ditampilkan, iaitu antara RM400 hingga RM550.

“Koleksi kami menggunakan tiga jenis tali jam, iaitu keluli tahan karat, ‘rubber’ dan kulit, cermin anti calar, komponen berkualiti malah setiap satu dihasilkan dengan ketelitian yang amat tinggi dan beberapa kelebihan lain,” katanya yang kini bertindak sebagai penasihat syarikat selepas anaknya, Muhammad Fitry, 27, mengambil alih pengurusan dan aspek rekaan produk.

Muhammad Fitry
Muhammad Fitry

Sementara itu, Muhammad Fitry ketika keputusannya untuk mewarisi perniagaan berkenaan berkata, semuanya disebabkan pendedahan diterima sejak kecil mengenai bidang itu, sehingga akhirnya membuatkan beliau jatuh cinta dan memilih untuk terbabit secara serius.

Jelasnya, walaupun menggenggam Ijazah Sarjana Muda Seni dan Rekaan (Dengan Kepujian) (Rekaan Industrial) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah berkerja sebagai pereka di sebuah organisasi, beliau tidak kesal meletakkan jawatan itu demi berbakti serta memenuhi harapan bapa untuk melihat legasi perniagaan keluarga diperkukuhkan.

Muhammad Fitry berkata, harapannya ialah memperkukuhkan jenama Fateh Watches di dalam dan luar negara supaya masyarakat menyedari, ada rakyat tempatan yang memiliki kepakaran untuk mengeluarkan jam tangan kualiti mewah sendiri.

“Saya juga mahu serap sebanyak mana ilmu ayah saya ada sebab tidak ada individu dan Bumiputera di Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun, pernah menyumbang tenaga sebagai kakitangan syarikat pembuatan jam tangan jenama besar,” katanya yang turut mempunyai pelanggan dari negara luar, seperti Singapura, Ivory Coast, Bahrain serta Kuwait.

Muhammad Fitry (kiri) mengambil alih pengurusan dan rekaan produk daripada bapanya Zainal Ali.
Muhammad Fitry (kiri) mengambil alih pengurusan dan rekaan produk daripada bapanya Zainal Ali.

Pada masa sama, Muhammad Fitry berkata, pembabitannya dalam industri jam juga adalah bagi mendedahkan masyarakat dengan ilmu berkaitan jam tangan agar mereka mampu membuat pilihan lebih tepat.

Ada individu, katanya, membeli jam tangan murah hanya disebabkan rekaan cantik, tetapi tidak tahu bahawa pemilihan jam tangan perlu meliputi seni, kualiti, nama, pencipta atau pembuat jam berkenaan.

Di sebalik rekaan cantik, individu perlu mengetahui pemakaian jam tangan menunjukkan identiti atau keterampilan diri, harus bersesuaian dengan majlis dihadiri, malah setiap jam ada cerita tersendiri.

“Pelanggan yang mahu membeli atau melihat secara fizikal kesemua koleksi jam tangan Fateh Watches boleh berkunjung ke kedai kami yang terletak di dalam premis Anak Jantan di Malakat Mall, Cyberjaya.

“Individu yang berada di luar kawasan atau mahu membeli secara dalam talian, boleh melihat dan memilih produk kami menerusi laman sesawang di alamat www.fatehwatches.com atau Facebook, Instagram, Lazada, Shopee serta eBay melalui penjual sah kami,” katanya.

Muhammad Fitry berkata, sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan di Facebook dan Instagram syarikat yang dikendalikan secara aktif. - Getaran, 24 November 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 1 tahun yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 1 tahun yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan