Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


8 Lokasi Menarik di Sabak Bernam Selain Sawah Padi

Sabak Bernam terkenal dengan pemandangan sawah padi tetapi tahukah anda terdapat banyak lokasi menarik lain di daerah ini? Siapa bilang Sabak Bernam membosankan?

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 2:30PM

Gambar: Instagram @narztraveldiary

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daerah Sabak Bernam terletak di bahagian barat laut Selangor. Terdapat tiga pekan utama iaitu Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam. Rata-rata masyarakat di daerah ini terdiri daripada kaum Melayu berketurunan Jawa, Banjar, Kampar dan Bugis. 

Istimewanya Sabak Bernam ialah pemandangan sawah padi yang menghijau seluas saujana mata memandang. Ya, negeri Selangor juga mempunyai jelapang padi! Ia menawarkan pemandangan yang indah nan mengasyikkan.

Namun, Sabak Bernam tidak hanya terkenal dengan sawah padi semata-mata. Terdapat banyak lagi lokasi menarik boleh anda lawati. Jadi, rancanglah perjalanan anda ke daerah ini selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

#1 Sarapan pagi di Restoran Kuala Kurau

Restoran Kuala Kurau yang terletak di Sungai Besar sangat terkenal dan sering menjadi pilihan penduduk setempat. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis juadah seperti mi kari, cucur udang, char kuey teow dan banyak lagi. 

Pastikan anda mencuba cucur udang di sini kerana ia merupakan menu paling popular dan rasanya cukup enak! 

#2 Pelajari cara pemprosesan padi di Galeri Padi

Galeri Padi atau Paddy Gallery adalah kilang memproses padi yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di Sekinchan. 

Ia merupakan satu-satunya kilang beras yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk melihat sendiri bagaimana pemprosesan padi berjalan. Eloklah anda singgah ke kilang ini untuk memahami dan melihat cara pemprosesan padi dengan teknik masa kini. 

Selain itu, jangan lupa untuk mendapatkan bertih beras yang dimasak dan disediakan segar untuk pengunjung. Ia rangup dan sedap dimakan begitu sahaja.

#3 Lawati Muzium Sabak Bernam

Masuk percuma, jangan lepaskan peluang mempelajari sejarah warisan industri pertanian dan perikanan masyarakat Sabak Bernam. 

Muzium Sabak Bernam ini mempamerkan aktiviti-aktiviti penduduk awal di daerah ini. Terdapat pelbagai arca, replika, infografik dan barangan tradisional yang digunakan dalam industri pertanian, khususnya dalam sektor penanaman padi. 

#4 Singgah ke Ah Ma House

Ah Ma House adalah sebuah rumah kampung tradisional yang penuh dengan barangan antik seperti telefon, televisyen dan kerusi rotan yang membawa anda mengimbau kembali masa lampau. 

Selain itu, anda juga boleh membeli dan melihat cara membuat kuih kapit secara langsung. Kuih kapit ialah makanan tradisional yang sangat terkenal di sini. 

#5 Makan Tengahari di Restoran Lembah Bernam

Setelah penat seharian melihat keindahan sawah padi, pasti perut pun terasa lapar. Singgahlah ke Restoran Lembah Bernam yang sangat terkenal dengan keunikan menunya. 

Restoran ini menawarkan seleksi makanan yang berkonsepkan eksotik dan sukar didapati seperti masakan berasaskan daging landak, rusa dan kijang. Masakan di sini lebih kepada selera ala kampung dan menu Jawa. 

#6 Singgah ke Mango Orchards, Sungai Limau

Terletak kira-kira 6km dari Pekan Sungai Besar, ladang yang diusahakan oleh penduduk tempatan ini menawarkan mangga dalam pelbagai saiz. Menariknya, anda boleh terus membeli dengan cara memetik buah segar di ladang.

Pokok mangga yang ditaman di ladang ini menghasilkan buah yang sangat manis dan lazat. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman dan keenakan mangga di sini!

#7 Bersantai di Coconut Farms, Sekinchan

Terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Sekinchan, nikmatilah kesegaran air kelapa asli. Anda juga boleh mencuba coconut shake dan agar-agar kelapa yang turut dijual di sini. 

Menghindari bahang matahari, ladang kelapa ini sangat sesuai untuk anda bersantai di bawah pokok kelapa sambil menikmati air kelapa segar. 

Terdapat juga lokasi fotografi menarik di sini. Selain itu, anda juga boleh membeli biskut kelapa untuk dibawa pulang. 

#8 Bersiar-siar di Padang Redang, Sekinchan

Pantai Redang terletak tidak jauh dari Pekan Sekinchan. Singgah sebentar untuk menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan keindahan pemandangan pantai. 

Menariknya, pohon-pohon besar di sekitar pantai ini digantung dengan ribuan reben merah yang dikenali sebagai Sekinchan Wishing Tree. Hilangkan lelah dan dahaga dengan membeli minuman serta makanan ringan yang boleh dibeli di gerai-gerai berhampiran.

Layari Tourism Selangor untuk maklumat lanjut. – Getaran, 29 Julai 2021

Semua gambar: Tourism Selangor

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 21 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah