Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tarikan Seni Bina Selangor, Ini 5 Bangunan Unik Yang Boleh Dilawati

Memang bukan ini masanya untuk melancong, tetapi simpanlah senarai ini untuk kegunaan masa depan. Ini buat anda, pencinta seni bina dan bangunan unik.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 2:49PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nanti dulu, sekarang bukan masanya untuk ke sana sini. Sesuai dengan #ImagineNowExperienceSoon yang diperkenalkan oleh Tourism Selangor, bangunan-bangunan ini setia menanti kehadiran anda di masa hadapan.

Untuk warga Selangor dan Kuala Lumpur, mungkin ada di antara bangunan ini pernah dilawati sebelum ini. Namun, sebaliknya untuk penduduk negeri-negeri lain. Kebanyakan bangunan yang dibina adalah diilhamkan daripada warisan dan kepercayaan masyarakat tempatan. 

Jom semak, lima seni bina unik dan menarik yang disenaraikan oleh Tourism Selangor ini:

1) Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang terletak di Bandar Diraja Klang ini dahulunya dikenali sebagai Bangunan Sultan Suleiman Shah. Sekali pandang, mungkin tiada keistimewaan pada seni bina luaran galeri ini, namun jika anda tahu tentang sejarah, seni bina galeri sebenarnya amat mengagumkan. 

Seni bina luarannya, serta dalamannya kaya dengan elemen sejarah dan warisan Kesultanan Selangor sejak tahun 1766. Dibina megah pada tahun 1909, ia mempunyai reka bentuk kolonial yang dibina oleh arkitek Inggeris, Arthur B. Hubback. 

Galeri ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan dibuka kepada umum pada 1 November 2007. 

Kredit foto: @discoverselangor

2) Istana Bandar, Banting

Istana Bandar yang juga dikenali sebagai Istana Alaeddin ini dibina pada tahun 1899 dan didirikan berdekatan dengan Masjid Bandar, kira-kira 15 kilometer dari Pekan Banting. Istana Bandar mempunyai struktur dua tingkat yang merangkumi pelbagai bilik termasuk kolam mandi Diraja, Balai Rong Seri, kamar santap Diraja dan lain-lain lagi. 

Hampir keseluruhan struktur istana ini diperbuat daripada batu-bata dan mortar kapur. Selain itu, tangga dan pintunya diperbuat daripada kayu cengal. Tambah menarik, istana ini menampilkan seni bina Islam dari India dan Timur Tengah yang memfokuskan elemen ukiran dan teknik pahat. 

Kredit foto : Facebook Istana Bandar

3) Kuil Wat Chetawan, Petaling Jaya

Wat Chetawan sebenar cukup terkenal di kalangan pengikut agama Buddha. Terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya, kuil ini dirasmikan oleh Raja Bhumibol Adulyadej pada tahun 1957. Struktur seni binanya mempunyai unsur-unsur pengaruh Kerajaan Siam pada era tersebut. 

Kuil ini siap dibina pada tahun 1962, dihiasi dengan jubin kaca berwarna dan mempunyai atap bertingkat yang dikelilingi chor fahs, melambangkan seni bina kuil Buddha yang menakjubkan. Sehingga kini, Wat Chetawan masih menjadi salah satu kuil yang cukup menarik untuk dikunjungi! 

Kredit foto : Twitter Tourism Selangor 

4) Dashbox Hotel, Cyberjaya

Sebelum pandemik bermula, Dashbox Hotel, Cyberjaya ini bagaikan pisang goreng panas. Jika ingin menginap di hotel popular ini anda perlu buat tempahan awal. Bukan seminggu dua in advanced, tetapi sebulan atau lebih, bergantung kepada tarikh yang diinginkan.  

Menjanjikan dekorasi bilik dan persekitaran yang moden dan unik, Dashbox Hotel, Cyberjaya berjaya menambat hati ramai pengembara. Dari jauh lagi anda akan dapat lihat struktur arnab berwarna hijau bersaiz gergasi yang menjadi lambang utama hotel ini. 

Hotel ini menawarkan bilik pelbagai konsep dengan kebanyakannya berhadapan dengan fasiliti kolam renang. Pada sebelah malam, anda juga boleh menikmati pemandangan indah apabila persekitaran hotel dilimpahi dengan cahaya lampu.

Kredit foto : @dashboxcyberjaya

5) Movenpick Hotel and Convention Centre, KLIA

Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA mempunyai struktur seni bina yang luar biasa. Ia dibina khas bagi mencerminkan keunikan budaya Malaysia.

Menerapkan elemen seni bina Islam, bahagian luar hotel ini mempunyai corak yang melambangkan seni geometri Islam dan tulisan Kufic, iaitu kaligrafi Islam terawal yang digunakan dalam kitab suci Al-Quran. 

Selain itu, terdapat sebuah taman berkeluasan 7.2 hektar yang menjanjikan persekitaran menghijau dan menenangkan. Pasti anda akan mengutip pengalaman menarik apabila menginap di sini.  

Kredit foto : @movenpickhotelklia

Apabila pergerakan dalam negara sudah tidak lagi terbatas, boleh merancang perjalanan anda dengan menyelitkan destinasi yang tersenarai di atas. 

Bagaimanapun, adalah diingatkan supaya sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka setiap masa, serta gunakan pembasmi kuman secara kerap. 

Jangan lupa mendaftar melalui aplikasi mudah alih ‘SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat’ atau MySejahtera.

Untuk informasi lanjut tentang tempat-tempat menarik di Selangor, anda boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Politik 1 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki