Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gelanggang Ini Dibina Guna 20,000 Kasut Nike!

Shek Lei Grind Court diperbuat daripada dua puluh ribu pasang kasut Nike terpakai.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terletak di kawasan kejiranan Kwai Chung, Hong Kong - Shek Lei Grind Court dibina menggunakan 20,000 pasang kasut Nike terpakai. Gelanggang sukan serbaguna ini sangat istimewa kerana menggunakan pendekatan lestari untuk proses pembinaannya. 

Sejak 1992, Nike Hong Kong telah membangunkan program kelestarian global dengan tekad untuk mendepani perubahan iklim global dan masa hadapan sifar sisa buangan. Demikian, lahirlah projek Nike Grind untuk melitupi lantai gelanggang Shek Lei Grind Court ini.

Bahan-bahan yang digunakan bagi menjayakan Nike Grind ini adalah bahan-bahan kitar semula daripada kasut Nike terpakai seperti plastik, getah, tapak kasut, gentian, kulit, tekstil dan bendasing yang lain. 


Tujuan utama projek ini ialah bagi mentafsir semula potensi manusia untuk menjadikan dunia, khususnya Hong Kong sebagai sebuah lokasi mesra alam yang lebih baik. Mengangkat tema lestari, seniman terkenal, James Jarvis turut diundang bagi mencipta visual berwarna-warni.

Dilukiskan di atas permukaan gelanggang, James Jarvis senang melukis watak sfera istimewanya yang seolah-olah bermain bola keranjang di gelanggang ini. James meluaskan ekspresi artistiknya ke dimensi baharu, menghembuskan nafas istimewa untuk Shek Lei Grind Court. 

Nike Hong Kong turut bekerjasama dengan People’s Place - satu pertubuhan tempatan yang terkenal kerana usaha penghidupan semula sesuatu bangunan atau lokasi setempat - bagi menyuntik semangat dan tenaga baharu kepada masyarakat sekitar kejiranan Kwai Chung.

Sebelumnya, People’s Place pernah mengubah suai banyak pusat membeli-belah dan kawasan kesukanan tempatan dengan pendekatan kreatif agar ia memupuk rasa kekitaan dan semangat kejiranan. Projek-projek ini berjaya membangun menjadi hab baharu untuk masyarakat berlibur.


Projek lestari ini bukan sahaja menandakan kejayaan Nike Grind, malah merangkul semua nilai teras Nike, amnya. Dengan mengubah dan memberi kehidupan kedua kepada gelanggang lama ini, ia memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyerlahkan potensi mereka melalui sukan. 

Shek Lei Grind Court menyediakan platform kepada masyarakat Kwai Chung untuk menjadikan sukan sebagai tabiat harian mereka sambil boleh menghayati suasana kreatif dan naratif penceritaan lestari, menjadikannya pengalaman sukan yang lebih beremosi serta bertenaga. 

Projek Nike Grind ini menjadikan kempen Made To Play Nike suatu pendekatan yang berkesan. Bangunan Shek Lei telah terpilih kerana lokasi strategisnya dalam kawasan kejiranan miskin bandar yang dikelilingi lebih 10 buah sekolah rendah dan menengah. 

Kanak-kanak, remaja dan belia di kawasan ini mempunyai akses yang sangat terhad terhadap sukan kerana ruang yang padat dan kurangnya kawasan liburan setempat. Shek Lei Grind Court akan bertindak sebagai hab sukan yang dikhaskan untuk komuniti kurang berkemampuan ini. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

10 Cara Selamatkan Kasut Kesayangan Di Musim Hujan Dan Banjir

2

TARA 5 bulan yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran