Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Doktor Thailand Desak Tangguh Pembukaan Semula Phuket

Di bawah rancangan 'Phuket Sandbox', pelancong asing yang telah divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 12:55PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Doktor terkemuka di Thailand hari ini mendesak kerajaan menangguhkan pembukaan semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari, mulai 1 Julai.

Dekan Fakulti Perubatan Hospital Siriraj Universiti Mahidol, Prof Dr Prasit Watanapa berkata kadar vaksinasi yang rendah serta kemungkinan varian baharu akan dibawa masuk ke negara ini yang boleh menimbulkan ancaman baharu.

"Kuarantin dua minggu perlu dilakukan.

"Vaksin tidak berkesan terhadap semua varian. Ya sekarang tidak ada, tetapi kemungkinan akan muncul varian baharu yang tidak dapat dikawal.

"Jika langkah-langkah untuk sekatan kawasan dan mengawal penularan tidak selari dengan vaksinasi dan orang ramai anggap semuanya akan baik hanya kerana telah divaksin, saya fikir ia berbahaya.

"Jika ada penularan baharu di Phuket, saya fikir ia akan memburukkan lagi ekonomi," katanya seperti dipetik oleh Thai PBS.

Di bawah rancangan 'Phuket Sandbox', pelancong asing yang telah divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari. Namun, mereka harus tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum pergi ke wilayah lain dalam negara.

Setakat 15 Jun, sejumlah 6.78 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 1.83 juta telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, Thailand meningkatkan usaha dalam memerangi COVID-19 di kilang-kilang ketika berlakunya lonjakan jangkitan. Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata pada masa ini terdapat 64,038 kilang di negara ini.

Menurut beliau, sejak gelombang ketiga pandemik COVID-19 dikesan pada April, kes COVID-19 turut dilaporkan di kilang-kilang yang mengeluarkan pelbagai produk di 27 wilayah.

Oleh itu, katanya, Kementerian Perindustrian dan Jabatan Kesihatan akan melakukan pemeriksaan di kilang-kilang besar terutama kilang makanan.

"Organisasi pentadbiran tempatan dan gabenor wilayah mesti melakukan pemeriksaan untuk memastikan kilang-kilang ini mematuhi sepenuhnya peraturan kawalan penyakit untuk mencegah penularan COVID-19.

"Pegawai akan memberi nasihat kepada kilang-kilang yang didapati kurang mematuhi langkah kawalan penyakit,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat tiga kluster baharu telah dikesan di Samut Prakan, di pinggir Bangkok dengan kes COVID-19 yang disahkan dilaporkan di tiga kilang.

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatat 2,331 kes baharu COVID-19 dan 40 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara kepada 204,595 dan 1,525 kematian.

Daripada kes baharu, 2,302 adalah jangkitan tempatan termasuk 462 melalui pengesanan kes aktif,dan 29 kes import termasuk 12 yang masuk secara haram ke negara ini.

Beliau berkata kematian baharu melibatkan 24 lelaki dan 16 wanita berusia antara 34 hingga 90 tahun, termasuk 20 di Bangkok, Nakhon Pathom (lima), Ayutthaya (empat), masing-masing dua di Chon Buri, Pathum Thani dan Samut Prakan dan masing-masing satu di Phetchaburi, Ratchaburi, Nakhon Sawan, Phatthalung dan Surat Thani. - Bernama

Semua gambar: Gambar Fail

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

 'Hero Stone' Didedikasi Untuk Mereka Yang Terkorban Ketika Pembinaan Keretapi Maut 

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Tuah Tahun Naga, Liek Hou Juara Dunia Kali Kali Kelapan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran