Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Munduk Moding Plantation Nature Resort & Spa Lain Daripada Yang Lain

Munduk Moding Plantation (MMP) Nature Resort & Spa yang yang eksklusif dibina di dalam kawasan ladang kopi ini sangat mementingkan privasi kepada setiap tetamu.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 2:10PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

April lalu kerajaan Indonesia mengumumkan destinasi pelancongan popular Bali sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong luar negara. 

Biarpun begitu, bukan semua daerah yang terlibat, sebaliknya ia terhad kepada kawasan Sanur di Kota Denpasar, Ubud di daerah Gianyar, dan The Nusa Dua di daerah Badung.

Perkembangan ini sedikit sebanyak pasti menggembirakan pelancong, lebih-lebih lagi warga Malaysia yang sudah rindu untuk mengembara ke Pulau Dewata yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan juga ke keunikan budaya itu. 

Program vaksinasi negara yang sedang giat dijalankan ketika ini memberi harapan persempadanan negara mungkin bakal dibuka menginjak ke tahun 2022 nanti. 

Andai apa yang dicitakan terjadi, boleh anda merancang percutian ke daerah-daerah yang disebutkan tadi. Memang benar daerah ini kurang popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi ia juga tidak kurang hebatnya. 

Anda harus tahu, selain memiliki pantai yang indah-indah, Bali sebenarnya punya kehijauan alam yang mempesona.

Jika mahu bersatu dengan kehijauan alam, daerah Gianjar yang terletak di utara Bali adalah pilihan yang tepat. Di sana juga banyak hotel atau resort yang hebat-hebat untuk dijadikan lokasi persembunyian buat seketika.

Salah satu penginapan yang menjanjikan pengalaman mengagumkan ialah Munduk Moding Plantation (MMP) Nature Resort & Spa yang terletak berhampiran desa Munduk.

Menawarkan vila-vila percutian eksklusif, resort yang dibina di dalam kawasan ladang kopi ini sangat mementingkan privasi kepada setiap tetamu. 

Ada unit-unit yang turut dilengkapi kolam renang dan jakuzi persendirian bagi memberi peluang kepada tetamu untuk bermalas-malasan di kamar tanpa sebarang gangguan. Bahkan cuaca di sini juga dingin seperti di Cameron Highland. 

Menyingkap latar belakang pembinaan Munduk Moding Plantation Nature Resort & Spa, ia sebenarnya diilhamkan oleh seorang warga Eropah, Irene yang jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadi Bali selepas bercuti di pulau itu pada tahun 2007.  

Dengan bantuan seorang rakan yang juga merupakan penduduk tempatan, Gede Uliadnyana (Pengurus Besar resort ketika ini) mereka bekerjasama merealisasikan impian. 

Sebuah ladang kopi terbiar yang menyajikan pemandangan memukau diambil-alih setelah Irene mencagarkan rumahnya di Eropah. Dengan sokongan pelbagai pihak, resort ini mula beroperasi pada tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada Jun 2018.  

Untuk menjamin privasi dan memastikan setiap tetamu mendapat layanan secara individu, hanya sembilan villa dan tiga suite yang tersedia untuk disewa. Jika anda datang secara berkumpulan, anda boleh menyewa seluruh ladang, tetapi perlu buat tempahan awal.

Antara jenis-jenis villa yang tersedia ialah One Bedroom Pool Villa With Jacuzzi, Two Bedroom Pool Villa With Jacuzzi, dan Garden Suites. Setiap villa punya keistimewaan tersendiri di mana perekanya, Popo Danes, seorang arkitek Bali yang terkenal menggabungkan ciri-ciri seni bina Bali dan citarasa moden. 

Bintang utama resort ini sudah pastilah kolam renang infinitinya yang terpilih sebagai Kolam Renang Infiniti ketiga terbaik di dunia oleh Asia Spa. Sambil bersantai bolehlah menikmati pemandangan panorama bukit-bukit, pergunungan dan juga laut Jawa.  

 

Dekati dan pelajari keindahan alam dan budaya masyarakat

Sebagai bonus kepada tetamu yang menginap di resort ini, anda layak mengikuti ‘Program Pengalaman MMP’ yang ditawarkan oleh pihak resort. 

‘Program Pengalaman MMP’ adalah program aktiviti khusus yang tersedia dalam harga bilik dan ia direka bagi memastikan setiap tetamu membawa pulang pengalaman manis setelah pulang dari Munduk Moding Plantation Nature Resort & Spa.

Antara aktiviti yang tersedia ialah kelas memakai pakaian tradisional Bali, melawat ladang kopi, kelas bermain gamelan dan kelas membuat layang-layang. 

Bagi yang tidak betah tinggal di resort sepanjang masa, boleh juga gunakan kemudahan shuttle pergi dan balik untuk melawat beberapa tarikan popular di sekitar Bedugul, serta beberapa air terjun berdekatan. Jadi tepuk dada, tanya selera, aktiviti yang mana menjadi pilihan hati.

Berikut adalah beberapa tarikan yang boleh dilawati jika bercuti di Munduk Moding Plantation Nature Resort & Spa.

1) Pura Ulun Danu Bratan

Terletak di Tasik Bratan di pergunungan Bedugul, Pura Ulun Danu Bratan yang dibina pada tahun 1633 ini menawarkan pemandangan tasik dan gunung-ganang yang indah.

Untuk pengalaman lebih menyeronokkan, boleh juga menyewa bot laju yang tersedia. Caj masuk untuk pelancong luar negara ialah Rp50,000 untuk dewasa dan Rp25.000 untuk kanak-kanak. 

2) Pasar Candi Kuning

Tidak jauh dari Pura Ulun Danu, terdapat sebuah pasar tempatan yang dikenali sebagai pasar Candi Kuning. Di pasar ini anda boleh membeli produk-produk masyarakat tempatan seperti buah-buahan, makanan tradisional, pakaian dan juga ole-ole untuk dibawa pulang.

3) Kebun Raya Bali

Kebun Raya Bali ini adalah salah satu taman botani terbesar dan terluas di Bali. Keluasan Kebun Raya Bali ini mencapai 1575 hektar, dan terletak di ketinggian 1250-1450 di atas permukaan laut. Di sini anda boleh menghabiskan masa dengan berpiknik atau meninjau kehijauan alam yang mempesona. 

4) Danau Tamblingan 

Di Desa Munduk Singaraja terdapat sebuah danau atau tasik yang dikenali sebagai Danau Tamblingan. Danau ini merupakan hentian pertama bagi tetamu yang memilih shuttle untuk melawat beberapa air terjun berhampiran resort.

Di sekitar danau ini terdapat  pura yang biasa digunakan sebagai tempat upacara adat dan keagamaan. Percayalah pemandangan tasik ini sukar diungkapkan dengan kata-kata. Indah mempesona.

5) Trekking ke tiga buah air terjun

Terdapat tiga buah air terjun yang boleh dilawati di sekitar Desa Munduk iaitu Air Terjun Munduk, Air Terjun Labuhan Kebo dan Air Terjun Melanting. Air Terjun Munduk mesti dilawati kerana ia menjanjikan pemandangan yang cukup mengasyikan. 

Air Terjun Labuhan Kebo pula memberi peluang untuk mandi-manda kerana terdapat kawasan yang bagus untuk aktiviti ini. Laluan ke Air Terjun Labuhan Kebo lebih memenatkan kerana ia terletak agak jauh dari jalan masuk.  

Satu lagi air terjun yang ada di sekitar Desa Munduk ialah Air Terjun Melanting. Air terjun ini mempunyai ketinggian kira-kira 20 meter. Di sini anda juga boleh menghabiskan masa dengan mandi-manda dan berendam.

Suasana persekitaran di ketiga-tiga air terjun ini cukup menyegarkan dan sangat sesuai dijadikan tempat penghilang penat. Hamparan kebun kopi dan cengkih menjadi sajian mata sepanjang trek menuju ke kawasan air terjun. 

Terdapat caj masuk dikenakan untuk ke kawasan air terjun ini iaitu Rp10,000 untuk setiap satu. Jadi, jangan lupa bawa wang siap-siap.

Satu lagi fakta penting yang anda harus tahu ialah semua petugas resort MMP telah mendapat vaksin COVID-19 pada 1 dan 29 April 2021 lalu dan resortnya mempunyai protokol dan langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang ketat. 

Untuk maklumat lanjut tentang Munduk Moding Plantation Nature Resort & Spa, anda boleh melayari https://www.mundukmodingplantation.com/ - Getaran, 17 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

PEMILU 2024: KPU Umum Pengundian Tambahan Di 668 Pusat Pengundian

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 6 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 21 jam yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 11 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 2 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi