Berita Terkini

13 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Awas! 5 Kesan Pelancongan Terhadap Alam Sekitar

Pelancongan berlebihan, pencemaran pantai dan penebangan hutan antara kesan pelancongan ke atas alam sekitar.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 8:43AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut Tinjauan Trend Pelancongan Mampan Agoda, secara globalnya pada tahun lalu, mendedahkan pelancongan berlebihan serta pencemaran pantai merupakan dua punca utama kesan pelancongan ke atas alam sekitar. 

Ia diikuti dengan tiga kesan lain seperti aktiviti penebangan hutan untuk tujuan pelancongan, pembaziran tenaga (air dan elektrik) dan penggunaan plastik pakai-buang di tempat penginapan. 

“Kami mendapati melalui tinjauan ini, dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti memadamkan lampu dan penghawa dingin apabila keluar dari bilik hotel atau mengurangkan plastik pakai-buang telah menjadi amalan pelancong di serata dunia.”

“Pelancongan yang mampan harus diterajui oleh pihak kerajaan, selain tanggungjawab juga harus digalas oleh tingkah laku diri sendiri dan pelancong itu sendiri,” jelas John Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda

 

 

Pelancongan mampan dan mesra alam

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Agoda ini juga, amalan-amalan utama yang berkait rapat dengan pelancongan mesra alam ini ialah penggunaan sumber alam yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin dan hidro. 

Kedua, pengurangan penggunaan plastik pakai-buang. Ketiga, menjalankan program pemuliharaan hidupan liar serta menghasilkan jejak karbon yang rendah. Penggunaan kad kunci sensor dan produk pembersih semula jadi juga adalah amalan-amalan utama yang lainnya.

“Terdapat tafsiran berbeza tentang amalan pelancongan yang mampan. Ramai pelancong sekarang lebih bijak memperlihatkan minat mereka untuk memilih pelancongan mesra alam dengan mengunjungi tempat-tempat yang kurang dikenali ramai.”

“Tahun lalu, Agoda telah menyaksikan perubahan ketara dalam corak perjalanan dan pelancongan, apabila pelancong dan orang ramai mula menerokai lokasi-lokasi kurang dikenali semasa pergerakan mereka dihadkan di dalam negara sahaja.”

“Jika diuruskan dengan baik, trend ini bukan sahaja dapat membantu pengusaha hotel tempatan dan pelancongan domestik, malah dapat membantu dalam mengurangkan bebanan ke atas alam sekitar dek lebihan pelancong dalam satu-satu masa dan lokasi,” tambah John. 

 

COVID-19 memberi kesan negatif terhadap pelancongan mampan

Peningkatan minat untuk melancong dengan lebih mampan lebih ketara di kalangan responden dari Korea Selatan (35%), India (31%) dan Taiwan (31%). 

Namun berdasarkan perangkaan secara global, walaupun terdapat 25% responden mempunyai keinginan untuk melancong secara mampan, 35% responden pula mengakui keinginan mereka untuk melakukan pelancongan secara mampan, berkurangan. 

Pasaran pelancongan yang melaporkan kadar penurunan terbesar untuk pelancongan yang mampan dan mesra alam ini adalah negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia (56%), Thailand (51%) dan Filipina (50%). 

“Ini menimbulkan rasa khuatir apabila orang ramai melihat pelancongan mesra alam atau mampan sebagai sesuatu yang kurang penting pada hari ini, berbanding tempoh sebelum COVID-19 melanda dunia.”

“Saya berharap agar ia hanya merupakan satu kesan jangka pendek, yang didorong oleh keinginan orang ramai untuk keluar dan melancong dalam apa cara yang mereka mampu semasa di musim pandemik ini,” ujar John Brown. 

 

Kesimpulan tinjauan terhadap Malaysia

Khabar baiknya, lebih ramai rakyat Malaysia semakin prihatin terhadap kesan pelancongan ke atas alam sekitar akibat pelancongan berlebihan, diikuti oleh pencemaran pantai dan penebangan hutan demi membuka kawasan pelancongan yang baharu. 

Rakyat Malaysia percaya pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab yang paling besar pada kadar 27%, diikuti oleh pihak berkuasa pelancongan pada 25% dan diri mereka sendiri pada 16% untuk melakukan perubahan supaya menjadikan pelancongan lebih mampan. 

Rakyat Malaysia juga turut berikrar untuk sentiasa mencari penginapan mesra alam, menguruskan sisa buangan sendiri serta memadam lampu dan penghawa dingin apabila keluar dari bilik hotel masing-masing.

Pada tanggapan rakyat Malaysia, amalan-amalan yang membantu pelancongan mampan seperti penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, penggunaan kad kunci sensor dan lawatan ke destinasi pelancongan yang bukan berkepadatan tinggi.

Apabila ditanya tentang amalan mesra alam dan kemampanan, 40% memilih penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui, diikuti 36% penggunaan tenaga secara efisien dan rekaan bangunan atau perabot mesra alam pada kadar 29%.

Akhir sekali, rakyat Malaysia percaya langkah-langkah tambahan seperti mengurangkan penggunaan plastik serta memberikan insentif kewangan kepada pengusaha hotel mampu menjayakan pelancongan yang lebih bersifat mampan dan mesra alam ini. – Getaran, 17 Jun 2021

Semua gambar: Agoda Malaysia


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

Jelajah 5 bulan yang lalu

Warta Hutan Batu Kapur Sebagai HSK Cara Terbaik Kekal Kelestarian

4

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN