Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Bercuti Secara Maya Untuk Lepas Gian

Rindu melancong? Sudah pasti. Apa kata kita cuba melancong secara maya? Cukuplah untuk melepas rindu.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 10:44AM

Gambar: Frank Mckenna, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir setahun terkurung di dalam negara pasti membuatkan ramai kaki-kaki travel di luar sana tidak senang duduk dan tertunggu-tunggu bila sempadan negara akan dibuka. Dengan situasi pandemik yang tidak menentu ini, Perintah Kawalan Pergerakan pasti terus berlanjutan.

Jadi, apa solusi untuk kita menjenguk tempat-tempat menarik di luar negara? Dalam era digital ini segalanya mungkin, biarpun pengalaman dan kepuasannya pasti tidak sama. Daripada tiada, baiklah kita intai-intai untuk melepaskan gian. Nanti apabila dunia kembali pulih, boleh terbang ke destinasi pilihan!

Jom jelajah dunia dari ruang peribadi anda. 

Ikuti perjalanan maya ke seluruh Jepun

Hutan buluh. Gambar: Bady Abbas, Unsplash
Hutan buluh. Gambar: Bady Abbas, Unsplash

Ubat kerinduan berada di negara matahari terbit ini dengan menonton filem VR 360 darjah yang disediakan oleh Japan National Tourism Organization, yang akan membawa anda melawat ke seluruh Jepun.  Dari hutan buluh yang mempesona sehinggalah melihat pembuatan sushi. 

Sementara itu, siaran langsung Shibuya Crossing, yang terkenal di Tokyo memberi peluang untuk anda melihat sendiri keadaan normal di Jepun pada waktu tertentu. Mahu keluar dari Tokyo dan melihat kawasan lain? Anda tidak perlukan akses untuk menaiki keretapi laju, tetapi anda boleh melihat suapan langsung keretapi Tokyo, kemudian berpura-pura anda dibawa ke Kyoto untuk lawatan maya ke kuil-kuil kuno dan daerah Geisha, atau terus ke suapan langsung tab mandian panas di pergunungan yang penuhi dengan monyet salji.

Jelajah berpuluh-puluh Tapak Warisan Dunia

Sphinx. Gambar: Kevin et Laurienne, Unsplash
Sphinx. Gambar: Kevin et Laurienne, Unsplash

Kenapa tidak! Google Earth menawarkan lawatan maya 3D di 30 Tapak Warisan Dunia yang ikonik. Yang mana satu pilihan anda? Taj Mahal, Angkor Wat, Sphinx, Candi Borobudur dan Stonehenge? Semuanya ada. 

Pilih pengembaraan anda sendiri. Anda akan bermula dengan pandangan planet Bumi yang dikecilkan, di mana anda dapat klik mana-mana lokasi pilihan dan besarkan dari pandangan stesen angkasa ke pemandangan yang luar biasa. Atau, anda boleh skrol senarai laman web yang muncul di sebelah kanan skrin anda - yang pertama yang akan anda lihat ialah Piramid Khufu di Mesir. 

Terokai pantai terbaik di dunia

Pantai Myrtos. Gambar: Victor Malyushev, Unsplash
Pantai Myrtos. Gambar: Victor Malyushev, Unsplash

Bayangkan anda berada di Kepulauan Maldives ketika ini. Lautannya yang membiru dan pasir pantai yang putih berkerlipan sungguh mengasyikkan. Sehingga tiba saat kita dapat bersantai di tepian pantai, cukuplah andainya kita dapat membayangkan diri ini berada di sana melalui lawatan maya 360 darjah. 

Jadi bagaimana caranya? Tak susah, pergi ke laman Youtube, dan cari pantai-pantai idaman anda. Setiap pantai pasti menawarkan pemandangan yang menakjubkan yang mungkin membuat anda lupa bahawa anda sebenarnya tidak berada di sana. Antara yang boleh dilawati ialah South Beach, Miami, Florida, Amerika Syarikat, Cala Millor Beach Mallorca, Sepanyol, dan Myrtos Beach, Kefalonia, Greece.

Terokai keajaiban semula jadi di Chile

Gurun Atacama. Gambar: Bailey Hall, Unsplash
Gurun Atacama. Gambar: Bailey Hall, Unsplash

Muat turun Chile 360, aplikasi percuma yang akan membantu anda meneroka keajaiban dari Torres del Paine, Gurun Atacama hinggalah ke Pulau Paskah. Muzium Sejarah Nasional Chile juga menawarkan lawatan maya. 

Berita paling mengujakan, anda boleh menikmati lawatan maya Balai Cerap Eropah Selatan yang merupakan balai cerap astronomi terkenal di Santiago. Sekiranya anda mempunyai alat dengar VR, ada banyak pengalaman dunia yang terbuka untuk anda di sana, tetapi bagi yang mengaksesnya daripada telefon bimbit, anda harus beralih ke pautan ini dan pilih seleksi VR yang berikut - untuk pemandangan galaksi yang terang mempesona, mulakan dengan La Silla.

Ikuti perjalanan mengasyikan merentasi Switzerland

Switzerland. Gambar: Tim Trad , Unsplash
Switzerland. Gambar: Tim Trad , Unsplash

Cara ini cukup mudah, hanya skrol atau layari mana-mana akaun Instagram yang memuat naik foto atau video perjalanan ketika merentasi pergunungan Switzerland yang mempesona. 

Selain itu, anda juga boleh mengikuti lawatan virtual Grand Train Switzerland ini. Pemandangan di depan mata pasti memukau dan tidak mustahil anda mula membayangkan diri sedang menikmati kesegaran udara di kawasan pergunungan, bersantai di tepian pantai, menghirup secawan kopi di kafe pilihan serta mengikuti pelayaran menyeronokkan.

Terokai perairan pantai Ireland Utara

Gambar: K. Mitch Hodge, Unsplash
Gambar: K. Mitch Hodge, Unsplash

Giant's Causeway atau ‘Tambak Si Gergasi’ adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada kira-kira 40,000 tiang basalt bercantum terbentuk disebabkan suatu letusan rekahan gunung berapi purba. Ia terletak di Kaunti Antrim, pantai utara Ireland Utara, iaitu kira-kira tiga batu (4.8 km) timur laut dari bandar Bushmills.

Kawasan ini diisytiharkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1986 dan sebagai sebuah simpanan alam semula jadi kebangsaan pada tahun 1987 oleh Jabatan Persekitaran Ireland Utara. Ini menjadikannya tempat yang sempurna untuk tersesat selama beberapa jam. Bawa diri anda ke dalam dunia keajaiban ini dengan memulakan lawatan maya anda di Giant Port, kemudian teruskan perjalanan ke pantai heksagon di Grand Causeway.

Selamat bercuti! - Getaran, 4 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

2

Politik 8 bulan yang lalu

PRN: KPT Akan Kenal Pasti Kaedah Mudahkan Warga IPT Pulang Mengundi

3

Politik 10 bulan yang lalu

‘Jadi Wakil Rakyat, Cuti Ke Raya Kerja Tetap Macam Biasa’ – Dr Akmal

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Majikan Digesa Beri Cuti Tambahan Kepada Pekerja - KSM

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Jelajah 23 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi