web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fiesta Candat Sotong Terengganu 2022 Semarak Pelancongan Negeri

Penganjuran Fiesta Candat Sotong Beautiful Terengganu 2022 terus mengukuhkan lagi nama Terengganu di persada antarabangsa.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 10:01AM

Ramai membuat tempahan bot untuk merasai sendiri pengalaman mencandat sotong di tengah lautan - Gambar hiasan oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran Fiesta Candat Sotong Beautiful Terengganu 2022 terus mengukuhkan lagi nama Terengganu di persada antarabangsa kerana program itu menawarkan konsep pelancongan berasaskan pengalaman unik terutama untuk pelancong luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Ariffin Deraman berkata program itu adalah satu jenama yang kuat kerana pernah diiktiraf sebagai Program Pelancongan Terbaik pada 2019 daripada Majlis Pelancongan Malaysia. 

"Ia adalah signature event (acara pengenalan) untuk negeri Terengganu yang setiap tahun dimasukkan dalam kalendar pelancongan dan kebudayaan negeri dan telah mempunyai peminat tersendiri. 

"Apabila tiba musim mencandat antara April hingga September, ramai membuat tempahan bot untuk merasai sendiri pengalaman mencandat sotong di tengah lautan sekali gus memberi impak ekonomi yang baik untuk penduduk Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan 300 peserta mencandat sotong di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Penganjuran selama tiga hari bermula semalam hingga esok diadakan di dua lokasi iaitu di Pusat Rekreasi Pulau Kekabu dan Jeti LKIM, Marang dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong.

Antaranya persembahan kebudayaan, silat dan gamelan, persembahan nyanyian jalanan (busking) lagu rakyat, permainan tradisional serta jualan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) oleh usahawan-usahawan tempatan. - Bernama

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden