Berita Terkini

20 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Persiapan Asas Untuk Mendaki Gunung Dan Bukit

Mungkin ada yang berminat atau tertarik dengan aktiviti mendaki tapi tidak pernah mencubanya. Di sini kami kongsikan beberapa tip dan persediaan yang wajar dilakukan jika ingin mendaki bukit dan gunung.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 8:43AM

Gambar: Eric Sanman, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mendaki adalah aktiviti yang digemari ramai. Sama ada secara individu atau berkumpulan, keseronokan aktiviti ini boleh menjadi ‘ketagihan’ bagi sesetengah orang. 

Mungkin ada yang berminat atau tertarik dengan aktiviti ini tapi tidak pernah mencubanya.

Di sini kami kongsikan beberapa tip dan persediaan yang wajar dilakukan jika ingin mendaki bukit dan gunung.

 

Persiapan fizikal

Kebanyakan ekspedisi mendaki gunung dimulakan dengan perancangan awal dan persiapan barangan asas.

Bukan sahaja dari segi tarikh dan masa, latihan ringan seperti berjoging perlu dilakukan sebelum mendaki supaya anda mempunyai stamina dan tidak tewas semasa mendaki gunung. 

Dari segi persiapan, barangan asas yang anda perlu bawa ialah, kit pertolongan kecemasan, lampu suluh, kasut untuk mendaki, baju hujan, makanan dan minuman serta khemah bagi yang bermalam. 

Kepada yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian, anda disarankan untuk melakukannya secara berkumpulan bagi memudahkan perjalanan.

Kebiasaannya, sebelum mendaki taklimat akan diberikan oleh ketua pendaki berkenaan gunung atau bukit yang bakal ditempuh.

Langkah keselamatan dan keadaan laluan akan diterangkan bagi memberikan gambaran awal sebelum mendaki. Seterusnya, senaman untuk memanaskan badan wajib dilaksanakan bagi mengelakkan kekejangan otot.

 

Kelengkapan asas

Antara yang harus disediakan adalah plastik sebagai pembungkus barangan kecil seperti telefon bimbit bagi mengelakkan daripada basah terkena air hujan dan sebagainya. 

Bagi yang sudah berusia, gunakan batang kayu keras atau tongkat khas mendaki sebagai sokongan kaki semasa mendaki.

Anda digalakkan memakai pembalut sokongan lutut dan siku bagi mengaktifkan langkah dan mengelakkan kecederaan sendi.

Disarankan juga untuk membawa makanan dan minuman pemberi tenaga seperti Power Bar, Redbull dan lain-lain bagi mengekalkan momentum pergerakan. 

Setibanya di puncak, lazimnya ketua ekspedisi akan menunggu semua ahli kumpulan untuk sampai ke puncak dan berkumpul serta membuat kiraan ahli kumpulan.

Seterusnya aktiviti bergambar adalah satu kewajiban untuk menyimpan kenangan bersama.

 

Perkara yang harus dilakukan semasa turun dari puncak

Berdasarkan pengalaman penulis semasa mendaki Gunung Nuang di Pahang, apabila sampai ke puncak sekitar jam 10.00 pagi, kami akan menikmati pemandangan dan menikmati sarapan di puncak gunung tersebut. 

Penulis di puncak Gunung Nuang. Gambar: Izwan Ramlan
Penulis di puncak Gunung Nuang. Gambar: Izwan Ramlan

Sebelum bergerak untuk kembali ke titik permulaan, setiap individu akan membuat pemeriksaan barang sebelum bertolak.

Sisa sampah akan dibungkus dan dibawa bersama sehingga ke bawah untuk dibuang. Jangan sesekali meninggalkan sampah di puncak demi kelestarian serta kebersihan alam sekitar.

Suka untuk diingatkan semasa turun, pendaki perlu berhati-hati kerana kecederaan dan kemalangan sering berlaku semasa turun kerana melangkah terlalu laju dan hilang kawalan kaki. 

Selepas tiba di kawasan penamat, kiraan anggota dibuat semula sehingga cukup dan sekali lagi senam ringan di lakukan bagi mengelak kekejangan otot selepas tamat ekspedisi.

Jelas di sini bahawa aktiviti mendaki gunung atau bukit ini sangat menarik untuk disertai. Sambil bersenam, anda boleh menikmati suasana alam semula jadi. Tunggu apa lagi? Selamat mendaki! - Getaran, 25 November 2021

Gambar: FB Mustapa Lakawa, kecuali tertera

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

Pelbagai destinasi menarik, berlatarkan keindahan alam semulajadi hinggalah pengembaraan taman tema yang mendebarkan boleh dijadikan pilihan

oleh Rahayu MN

Gaya 21 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY