Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tak Pernah Jenuh Di Ipoh

Tak mengapa pasang angan-angan dulu. Usai semuanya, moh kita ke Ipoh?

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Jan 2021 2:38PM

Gambar oleh Shah Shamshiri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 masih lagi menghantui kehidupan kita ketika ini. Namun ramai pakar yakin bahawa, tidak lama lagi wabak ini bakal dibendung dan kita akan bebas untuk berjalan-jalan dan mengembara semula.

Mungkin kita belum boleh terus ke luar negara tapi percutian tempatan merupakan sesuatu yang tidak mustahil selepas berlalunya pandemik ini. Barangkali ramai rakyat Malaysia terlupa dan tidak menyedari bahawa negara kita sebenarnya sebuah negara yang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik. Selain bandar-bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka, serta pulau-pulau indah seumpama Langkawi dan Perhentian, Semenanjung Malaysia mempunyai banyak lagi kota yang unik.

Antara kota yang kini mula menjadi perhatian ramai adalah bandar Ipoh di negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh merupakan ibu negeri Perak. Terletak di tepi Sungai Kinta ia disenaraikan sebagai bandar dengan jumlah penduduk ketiga tertinggi di Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika ia mempunyai daya tarikan tersendiri.  Bermula sebagai sebuah kampung, Ipoh kemudian mencuri perhatian dan membangun sekitar tahun 1880-an berkat penemuan bijih timah di persekitarannya. Namun itu kisah dulu. Kini apa yang tinggal adalah peninggalan sejarahnya yang kaya. 

Bangunan-bangunan kolonial dari zaman penjajah  kini dipulihara dan diubahsuai menajdi tempat acara serta restoran dan kafe. Lantas, bangunan-bangunan ini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. Lebih menarik, ada sisi lain Ipoh yang menjadikannya lebih unik. Berkat permukaan semula jadinya yang kaya dengan gua dan batu kapur telah memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk mewujudkan aneka tempat percutian.

Gambar oleh Mega Caesaria, Unsplash
Gambar oleh Mega Caesaria, Unsplash

Antaranya termasuklah kawasan penginapan seperti di The Haven All Suite Resort. Menawarkan landskap yang berbeza, kawasan ini menampilkan sudut alam semula jadi yang jarang ditemui dia tempat lain. Berlatarbelakangkan kehijauan rimba, ia diserikan lagi dengan sisa batu kapur dan tasik yang kelihatan seolah-olah berada di kawasan pergunungan dan lembah di luar negara.

Sekali imbas, tasik yang menenangkan di kawasan ini mirip Teluk Ha Long di Vietnam.  Ia juga menawarkan pemandangan istimewa yang boleh diabadikan di media sosial dengan pembinaan kolam renang di sebelah tasik. Terdapat juga patung dinosaur untuk sedikit kelainan buat para pelawat.

Biarpun kelihatan seperti berada jauh di dalam hutan, namun lokasi ini sebenarnya sekitar 15 minit sahaja dari pusat bandar Ipoh. Ipoh juga mempunyai lapangan terbang yang juga tidak jauh dari kawasan ini dan memakan masa kurang dari 30 minit!

Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri

Di pusat bandar Ipoh pula terdapat banyak tempat makan yang menarik. Biarpun banyak gerai popular memaparkan hidangan asli Perak yang murah dan lazat, kadangkala para pelancong tidak tahu ada juga tempat-tempat lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri. 

Antara yang harus diberi perhatian adalah sajian Melayu yang dihidangkan di Kelab Gold Diraja Perak (Royal Perak Golf Club – RPGC). Mungkin ramai yang menyangka restoran di RPGC hanya terbuka kepada ahli kelab sahaja, tetapi sebenarnya ia juga dibuka kepada orang awam. Malah makanannya juga diletakkan dengan harga yang sangat berpatutan untuk sebuah kelab.

Buat pengetahuan umum, restoran di kelab ini terkenal dengan masakan Melayunya dan yang paling istimewa adalah Kari Ikan Bawal khas olahan tukang masak mereka, Encik Shafie Ibrahim. Selain itu, menu lain yang turt mendapat perhatian adalah Nasi Ikan Talapia goreng dan sambal penyet serta ulam-ulaman. Berupa tahu dan tempe goreng, Nasi Lemak Daun Pandan, dan juga Kambing panggang mereka. Kesemuanya memang disyorkan dan lazat-lazat belaka.

Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri

Untuk sedikit kelainan jangan lupa juga untuk menjamah aneka Dim Sum halal di Canning Dim Sum yang terletak di Taman Canning atau Canning Garden. Restoran ini memang terkenal di Ipoh kerana menyajikan masakan cina yang halal, iaitu Dim Sum. Biarpun buka di waktu siang sahaja dan tutup setiap hari Rabu, namun ia memang menjadi destinasi pilihan para penduduk Ipoh dan juga mereka yang datang dari luar kota.

Jelas ternyata, Ipoh mempunyai banyak sisi lain yang tidak diketahui semua orang, jadi jika berkunjung ke Ipoh jangan lepaskan peluang untuk meneroka sudut-sudut lain kota yang penuh dengan keistimewaan ini! - Getaran, 28 Januari 2021

Gambar oleh Shah Shamshiri
Gambar oleh Shah Shamshiri

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran