Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Konten Indie Rakita Untuk Belia Kini Boleh Diakses Di SYOK 

Segmen bual bicara bakat-bakat muda, dokumentari khas peminat komuniti indie serta siri podcast bicarawara agenda belia dan pilihan lagu sub-genre Indie adalah antara kontennya. 

Indie Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 9:33AM

Rakita yang bersiaran di frekuensi 107.9 dikenali dalam kalangan peminat-peminat indie sebagai sebuah platform media yang menyokong dan menerajui industri indie. - Gambar ihsan Rakita 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kandungan-kandungan berjiwa muda khusus untuk golongan belia dan peminat muzik Indie atau bebas kini boleh diakses menerusi saluran Radio dan Podcast Rakita di aplikasi SYOK.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Astro Radio untuk memperluaskan lagi kandungan tersebut menerusi kerjasama yang dicapai dengan Rakita (Radio Kita Sdn Bhd). 

Mula dimuatkan dan bersiaran sejak April 2022 di aplikasi SYOK, pelbagai variasi kandungan-kandungan Radio dan Podcast Rakita yang memfokuskan belia dapat didengar. 

Misalnya seperti segmen bual bicara dengan bakat-bakat muda, dokumentari khas untuk peminat komuniti indie serta siri podcast bicarawara agenda-agenda belia. 

Bahkan, pilihan lagu-lagu dengan genre unik seperti muzik indie yang terdiri daripada beberapa sub-genre pop, ballad, rock, hip hop,metal, punk dan macam-macam lagi. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rakita, Ahmed Faris Amir berkata, Rakita ingin menjadi suara golongan belia Malaysia yang kurang mendapat perhatian dengan berkongsi bakat, pemikiran serta pendapat mereka.

“Seterusnya meningkatkan kesedaran orang ramai dan minat mereka ke arah gaya hidup progresif dengan penyampaian gaya belia. 

“Sebab itu kami sentiasa mencari ruang untuk meluaskan akses dan menambah saluran bagi memudahkan orang ramai menikmati variasi kandungan-kandungan unik berpaksikan komuniti indie yang ditonjolkan di Rakita,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong pula berkata, mereka amat teruja dengan kerjasama strategik yang terjalin bersama Rakita.

“Menerusi kolaborasi ini, kami dapat menjangkau komuniti kecil (niche community) iaitu para peminat indie di Malaysia.

“Pendengar SYOK dan belia di Malaysia, yang merangkumi sebahagian daripada 17.1 juta pendengar mingguan kami, kini dapat menikmati variasi kandungan segar dari Rakita seperti pilihan genre muzik dan podcast-podcast yang pelbagai, menarik dan unik di aplikasi SYOK sekarang,” katanya. 

Rakita 107.9 #MuzikPalingLit (bersiaran dalam Bahasa Melayu) amat dikenali dalam kalangan peminat-peminat indie khususnya komuniti muzik indie sebagai sebuah platform media yang menyokong dan menerajui industri indie.

Sejak Rakita tampil dengan carta lagu indie yang diberi nama ‘Carta Indie Kita’ dan juga carta lagu Inggeris tempatan yang dipanggil ‘Lokalah Chart Show’, jenama media tersebut terus menjadi tumpuan para peminat muzik indie tanah air.

Pada tahun 2020, Rakita bersama dengan rakan-rakan strategik yang berkongsi visi yang sama dalam membangunkan industri muzik indie tanah air telah mengumumkan pelancaran Anugerah Lagu Indie (ALI) yang julung-julung kalinya dianjurkan di Malaysia.

ALI 2020 telah mencatatkan sebanyak 630 penyertaan lagu manakala ALI 2021 menunjukkan peningkatan kepada 757 penyertaan lagu.

Sambutan memberangsangkan ini telah membuktikan bahawa kelompok pemuzik bebas mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan sangat bersemangat untuk merebut peluang bagi menonjolkan bakat mereka kepada dunia. 

Untuk makluman semua, Anugerah Lagu Indie 2022 bakal menemui peminat tidak lama lagi dan peringkat awal dijangka bermula Ogos nanti.

Selain Anugerah Lagu Indie, Rakita turut menerbitkan variasi konten khusus untuk belia seperti Suara Lit, iaitu sebuah segmen bual bicara inspirasi bersama bakat-bakat belia dalam sukan, hiburan, perniagaan, pendidikan dan banyak lagi. 

Bagi konten Bisnes Muda Mudi pula, ia adalah sebuah segmen temubual eksklusif bersama usahawan-usahawan belia, manakala Akar Muda adalah segmen membincangkan isu, dasar dan program-program belia. - Getaran, 22 Julai 2022 




 

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 13 minit yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 7 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 23 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran