Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenali Kugiran Cactus Cactus Dari Kota Singa

Mengambil inspirasi daripada beberapa pemuzik legenda, Cactus Cactus berjaya mencipta kombinasi muzik yang unik dan kompleks.

Indie Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ternyata pandemik ini telah melihatkan kebangkitan banyak kugiran indie baharu. Minggu ini kami memperkenalkan sebuah kugiran Singapura yang mungkin ramai belum kenali. 

Meskipun masih ‘hijau’, kugiran Cactus Cactus membuktikan bahawa mereka bukanlah sebuah kumpulan yang biasa dan perlu diberi perhatian oleh para penggemar muzik.

Membawa nuansa segar dan kompleks menerusi gabungan alunan rock, psychedelic dan punk, kumpulan ini sangat berpotensi untuk menjadi bintang besar tidak lama lagi. Kini, kugiran ini mempertaruhkan buah tangan terbaharu mereka berjudul ‘Wake Work Sleep’.

“Kami berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk bekerja dan pada masa yang sama mengejar impian kami.

“Namun kadangkala, kami berasa sungguh terharu dengan gaya hidup ini. Menulis ‘Wake Work Sleep’ membantu kami mengubah dan menempuh kesemua kekeliruan serta kekecewaan yang timbul dalam fikiran kami. 

“Ia seperti satu medium untuk mengeluarkan emosi yang terpendam selama ini sekali gus menjadi suara buat mereka yang menghadapi situasi yang sama,” kata Isaac Chiew atau lebih dikenali sebagai King Aloe, mewakili Cactus Cactus.

Dianggotai oleh empat anggota iaitu Isaac Chiew (King Aloe), John Paul Kwan (Duke Diso), Daniel Seah (Emperor Saguaro) dan Julian Stewart (Bitch Echino), kumpulan ini mengambil inspirasi daripada beberapa pemuzik legenda untuk mencipta kombinasi muzik yang eksperimental.

Untuk pengetahuan semua, Cactus Cactus juga pernah membuat persembahan di beberapa festival muzik seperti ‘LASALLE's Rock & Indie Festival 2021’ dan ‘Festival TONES School of The Arts’. Bukan itu sahaja, ‘Vans Musicians Wanted’ juga menamakan Cactus Cactus sebagai kumpulan kelima terbaik Singapura pada 2021.

Cactus Cactus juga sempat berkongsi tentang EP 'Shoutout Water' mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dalam temu ramah secara dalam talian bersama Getaran baru-baru ini.

Apakah yang boleh peminat jangkakan daripada EP 'Shoutout Water'?

EP ini bukanlah sebuah EP berkonsep atau mempunyai cerita yang saling berkaitan.

Boleh dikatakan setiap lagu mewakili masa yang sangat spesifik dalam hidup kami. Ini termasuklah perasaan kami ketika melangkah ke alam dewasa setelah dua tahun berada dalam isolasi akibat COVID-19.

Ia mempunyai elemen rock psychedelic, rock indie, alternatif dan ada juga bahagian ‘autotune’ yang diinspirasikan daripada karya-karya penyanyi rap seperti Kanye West dan Kid Cudi.

Kenapa Cactus Cactus mengeluarkan ‘Wake Work Sleep’ sebagai single pertama EP ini?

Kami rasa single ini menggambarkan identiti dan artistry kami sebagai sebuah band dengan cukup ringkas tanpa perlu menjelaskan secara berlebihan. Kami bebas, ‘rebellious’ dan penuh dengan tenaga. 

Selain itu, lagu ini ditulis khas untuk menceritakan tentang budaya ‘hustle demi hasil’ yang mungkin boleh difahami ramai generasi muda dan pernah melaluinya. Sesuatu yang sangat dekat dengan kami.

Apakah mesej yang ingin Cactus Cactus sampaikan dalam EP ini kepada para pendengar?

Kami berharap agar para pendengar dapat merasai tenaga serta suasana positif daripada karya-karya kami. Dengan itu mereka dapat mencari makna sendiri dalam penulisan lirik dan menyesuaikannya dengan situasi mereka. 

Single terbaharu Cactus Cactus berjudul ‘Wake Work Sleep’ kini boleh didengar di semua pelantar penstriman. – Getaran, 13 Mei 2022


 

Semua gambar: Cactus Cactus

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

TPM Ahmad Zahid Serah Kepada MCMC Dan PDRM Siasat Pelawak Persenda Tragedi MH370

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Sahkan 1 Kes Tempatan Cacar Monyet

3

Indie 1 tahun yang lalu

It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Muzik - Antara Impian Dan Suka Suka

Sorotan

1

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

2

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

3

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

4

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

5

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

6

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 20 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran