web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Daripada Bidang Akaun Terjun Kepada Muzik: Kenali Shilky

Meskipun dunia seni dan kerjayanya seperti dua alam yang berbeza tapi ia memberi keseimbangan kepada kehidupannya.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 11:47AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerjaya sebagai seorang pegawai perbankan tidak menghalang minat Shilky untuk mengejar impian menjadi seorang pemuzik. Pasti ramai tertanya-tanya mengapa Shilky memilih bidang yang sangat bertentangan dengan kerjaya tetapnya. 

Danish Azmi atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Shilky mula bertapak dalam kancah muzik lima tahun lalu selepas mendapat dorongan daripada rakan-rakan muziknya seperti Wuzgut, Ameeusement (Attune), Deezay (Deedy) dan lain-lain. 

“Sebenarnya, saya terjun dalam bidang ini secara spontan dan masa itu tak fikir banyak tentangnya. Tak sangka pula, satu sesi lepak bersama Wuzgud membawa saya ke sini. 

“Ia bermula ketika Wuzgud memberi mikrofon kepada saya dan menyuruh saya menyanyi. Dari situ terhasilah sebuah ‘lagu kilat’ selepas sejam.

“Dulu saya hanya melihat muzik sebagai hobi namun kini muzik menjadi sebahagian besar hidup saya. Ia bukan sahaja memberi perasaan yang puas tapi kebahagian yang tak terkata,” katanya.

Namun, dalam kesibukan kerjayanya, Shilky tetap mencari masa untuk menghasilkan muzik.

“Meskipun dunia seni dan kerjaya saya adalah seperti dua alam yang berbeza tapi ia memberi keseimbangan kepada hidup saya. Proses pembikinan muzik pula memang terapeutik malah menjadi pelengkap yang selama ini saya mencari,” tambahnya.

Nampaknya, tahun ini terlihat lebih bersinar bagi penyanyi ini kerana berjaya menghasilkan sebuah album berjudul Tempat Gelap. 

Album ini bakal memuatkan 10 buah lagu yang mempunyai tema berbeza dan dikeluarkan secara berperingkat. 

“Album ini bertemakan kehidupan dan pengajaran yang saya pelajari selama saya hidup. Ada sesetengah lagu dalam album ini berkait rapat antara satu sama lain tapi ada juga yang mempunyai kisah tersendiri.

“Saya banyak mengambil inspirasi daripada nama-nama besar hip hop seperti Young Thug dan Kanye. Dari segi penulisan lirik, saya melihat kepada kugiran tempatan seperti Exists dan Wings,” jelasnya. 

Menurut Shilky, album Tempat Gelap memakan masa lebih enam bulan untuk dihasilkan dan banyak melatihnya untuk kuat menghadapi pandemik ini.

“Kehidupan ini ibarat roda yang berputar, terkadang di atas dan terkadang di bawah. Ia mengajar kita untuk memahami hakikat dengan lebih ikhlas.

Mindset ini telah menerapkan sifat tidak putus asa dalam diri saya dan membuatkan saya lebih mengenali kelebihan diri sendiri. Pada masa yang sama, saya mula mempelajari benda-benda yang sebelum ini tak pernah ambil tahu seperti cara adunan muzik dan rakaman yang betul di rumah.

“Perkembangan teknologi juga membenarkan saya berinteraksi dan berkarya bersama rakan-rakan muzik secara dalam talian melalui platform Discord. Jadi saya tidaklah rasa sunyi sepanjang masa,” ujarnya.

Sebagai pembuka tirai, Shilky menyajikan single ‘Kau M4ne’ yang menceritakan sisinya yang lebih vulnerable.

‘Kau M4ne’ mengambil inspirasi daripada pemerhatian Shilky tentang konsep cinta, termasuklah semua perihal suka dan duka yang berlaku dalam perhubungan. Shilky berkata perspektifnya terhadap cinta sudah berubah daripada apa yang dia percaya dahulu. 

“Lagu ini berdasarkan kisah lalu saya yang telah meninggalkan kesan luka. Bagi saya pengajaran yang boleh dirumuskan dari sini adalah kita tak usahlah menaruh harapan sepenuhnya pada sesuatu. Ya, bukan semua kita mahukan boleh kita miliki lebih-lebih lagi bila takdir tidak menyebelahi kita. 

“Hubungan yang kekal dan paling panjang adalah dengan diri sendiri, keluarga dan hubungan bersama Tuhan.  Hidup ini merupakan satu perjalanan yang penuh dengan pengajaran dan dugaan. Amatilah setiap detik supaya kita tidak terlepas peluang yang ada di depan mata kita,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, single ini juga merupakan sebuah kolaborasi muzik bersama penyanyi rap, Gard dan proses mastering telah mendapat sentuhan Wuzgut.

“Dengan taruhan terbaharu ini, saya berharap agar lebih ramai menerima seni bercerita saya dan menghargai karya-karya keluaran pemuzik tanah air.

“Saya juga berharap agar dapat berkolaborasi dengan pemuzik seperti Exists, Budak Slatan dan Young Thug pada masa yang akan datang,” katanya mengakhiri temu bual.

Bagi penulis, keindahan lagu ini terletak pada lapisan bunyi dan kepandaian mereka mengadunkan pelbagai genre. Selain itu, liriknya yang ringkas dan dipadukan dengan nuansa tenang memberi aura yang aman. Ia seakan membawa pendengar melayang ke angkasa. 

Single terbaharu Shilky berjudul ‘Kau M4ne’ kini boleh didengar di pelantar penstriman Spotify. - Getaran, 25 Mac 2022

Semua gambar: Tongtong Asia

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

TARA 3 tahun yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Naratif Sebenar 16 Baris, Lebih Besar Daripada Hip Hop Itu Sendiri - Joe Flizzow 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Wanzar Kini Tampil Dengan Koleksi Pakaian Wanita Kasual Sopan, Selesa Dan Bergaya 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN