web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'LoveLifeMusic' Brendan De Cruz Pamer Bakat Indie Lokal

Menerusi konsert solo pertamanya, Brendan de Cruz cuba pamerkan himpunan karya asli dalam pengalaman muzikal dan visual selama dua jam.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 2:32PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mempamerkan himpunan karya asli artis ini dalam pengalaman muzikal dan visual selama dua jam barangkali dianggap sebagai suatu usaha dan cita-cita besar untuk seorang artis tempatan yang hanya berkarya di arena tapak bebas. 

Namun, itulah yang cuba dilakukan artist folk-pop, Brendan de Cruz menerusi konsert solo pertamanya, LoveLifeMusic yang bakal diadakan di PJPAC, 1 Utama pada 12 Mac ini, jam 8.30 malam. 

Menerusi konsert selama dua jam ini, de cruz akan memulakan persembahan solo dengan rangkaian lagu yang cukup emosional dalam suasana penuh intim untuk penontonnya. 

De Cruz kemudian akan mengembangkan persembahan itu menjadi pengalaman visual dan muzikal yang benar-benar unik, dilengkapi dengan kugiran 13 artis. 

Tujuannya adalah bagi meninggalkan kesan kepada setiap penonton terhadap apresiasi dan penghargaan baharu untuk muzik tempatan yang dihidupkan sepenuhnya bakat tempatan sendiri. 

“Jumlah bakat dan dedikasi mereka terhadap seni sememangnya di luar jangkaan. Artis tempatan telah mengekalkan arena muzik Malaysia melalui cinta dan dedikasi terhadap kraf seni mereka.

“Di sebalik halangan yang dihadapi selama bertahun-tahun, saya melihat artis menghasilkan muzik mereka dengan lebih semangat berbanding sebelum ini serta berazam untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia,” katanya yang bercakap berdasarkan pengalaman.

Sejak menyertai persada muzik tempatan, de Cruz telah meraih pengiktirafan sebagai penyanyi dengan vokal halus dan bertenaga tetapi hadir dengan nyanyian penuh perasaan. Malah, dia mampu menyemai muziknya dengan keikhlasan dan emosi yang menyentuh hati.

Walaupun merupakan artis indie dengan pengikut organik semata-mata, de Cruz telah mencetuskan impak yang kuat dengan empat album yang diterbit kendiri dan telah menyokong artis indie lain melalui syarikatnya, Very Indie Events. 

Walaupun menulis terutamanya dalam bahasa Inggeris, de Cruz anak seni yang sangat menyanjung tinggi warisan negara.  

Lagu 'Murung' tentang cinta yang hilang muncul sebagai salah satu karya popular Brendan, bahkan telah dipaparkan dalam senarai main 'Pop Terkini' di Spotify.  

Dengan platform Nada Music di aplikasi ClubHouse, de Cruz juga telah membimbing dan memperkenalkan artist-artis baru yang diusahakan dengan  pengasas bersama Nada Music, Az Samad serta penyanyi terkenal, Zee Avi.

“Selain menampilkan artis tempatan, keseluruhan produksi LoveLifeMusic telah dibina sendiri ahli komuniti yang berazam untuk merealisasikan impian ini. 

LoveLifeMusic bukan hanya dicetuskan untuk konsert pertama saya semata-mata, tetapi sebagai pentas untuk mempamerkan potensi dan kecemerlangan artis Malaysia apabila diberi ruang dan sokongan untuk menyinar,” kata de Cruz lagi. 

Tiket konsert solo Brian de Cruz LoveLifeMusic telah dijual bermula pada harga RM78.  Layari Event Detail | ONETIX untuk maklumat lanjut tentang konsert ini. - Getaran, 11 Mac 2022

Gambar: Brendan de Cruz IG 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN