web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hayati Keajaiban ‘Chendering’ Versi Bihzhu

Bihzhu terpanggil untuk menghasilkan sebuah dokumentari pendek mengiringi 'Chendering' agar penonton dapat mengenali Jimmy Boyle dan karya-karyanya secara lebih mendalam.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 2:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah setahun menunggu, akhirnya kita semua dapat menikmati buah tangan berbentuk sebuah keajaiban visual oleh penyanyi tempatan, Bihzhu. 

Apa yang lebih menakjubkan, Bihzhu bukan sahaja menghadiahkan sebuah video muzik untuk lagu ‘Chendering’ malah turut melancarkan sebuah dokumentari pendek bagi menjelaskan latar belakang lagu tersebut.

“Kami mahu video muzik ini melengkapkan lagu ‘Chendering’ dengan membawa irama klasik ke dalam dunia kontemporari.

“Kami telah mengkaji gambar-gambar lama penyanyi asalnya, Jimmy Boyle, untuk memberi penghormatan kepada kumpulannya melalui gaya pakaian dan nilai estetika video itu.

“‘Chendering’ mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya. Walaupun kami terpaksa menunda penggambaran ini selama setahun dan juga mengubah konsep beberapa kali, pengalaman ini memang tidak ternilai dan tidak dapat saya lupakan. 

“Idea asal adalah untuk menjalankan penggambaran di Pantai Chendering sempena judul lagu ini tetapi selepas mempertimbangkan risiko, kami terpaksa membuat perancangan baharu demi menjaga keselamatan semua,” kata Bihzhu.

Diarahkan oleh Chris Lim, penggambaran video ini telah dijalankan di dua lokasi berbeza dan memakan masa selama dua hari. Dilihat mengenakan gaun merah anggun, video muzik berdurasi empat minit ini jelas menampilkan sisi Bihzhu yang lebih sofistikated. 

Untuk pengetahuan semua, lagu ‘Chendering’ tidak mempunyai satu interpretasi yang khas. Oleh itu Bihzhu menganggapnya sebagai satu lagu yang indah dan benar-benar jatuh cinta dengannya. 

“‘Chendering’ boleh dikatakan ‘berhantu’ dan boleh membuat pendengarnya meremang. Saya pun tidak tahu makna yang mendasari lagu itu. Tetapi, ia boleh diibaratkan begini, seorang perempuan yang terperangkap dalam waktu dan sedang menunggu kekasihnya yang tidak kunjung datang,” tambahnya lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lagu ‘Chendering’ ini sebenarnya sebuah lagu klasik ciptaan komposer legenda tempatan, Jimmy Boyle.  

“Saya akui nama Jimmy Boyle kurang dikenali oleh masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi generasi muda kerana tidak ada banyak pendedahan terhadap dirinya dan karya-karyanya. 

“Bila saya dengar lagu ‘Chendering’ buat kali pertama, saya juga tidak mengenali siapa Boyle walaupun saya anak kelahiran Pulau Pinang sepertinya,” jelasnya.

Justeru itu, Bihzhu berasa terpanggil untuk menghasilkan sebuah dokumentari pendek agar penonton dapat mengenali Boyle dan karya-karyanya secara lebih mendalam. 

Menariknya, dokumentari itu juga turut memaparkan wawancara bersama isteri dan anak Jimmy Boyle iaitu Linny Boyle dan James Boyle serta pemain bass kumpulan Runnymede Swingtette, Ee Fook Sin. 

“Semasa membantu Penang House of Music menyelidik dan mendokumentasikan dokumen-dokumen lama, saya sedar bahawa pengetahuan saya mengenai sejarah muzik tanah air masih cetak. 

“Di situ, saya menimba banyak ilmu dan memperoleh banyak informasi menarik tentang Jimmy Boyle. 

“Saya berasa terkilan kerana sumbangannya tidak pernah diajar atau diceritakan di sekolah. 

“Bagi saya ini adalah satu kekurangan buat kita kerana kita tidak tahu kekayaan sejarah dan budaya yang ada.  

“Jadi, saya bertekad untuk memahami lebih dalam tentang karya-karyanya terutamanya lagu ‘Chendering’,” ujarnya. 

Bihzhu berkata dia berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan semula lagu-lagu ciptaan Boyle kepada masyarakat.

“Saya dan kumpulan saya yang terdiri daripada Jude Macson Bensing, Nish Tham, Shakey Shakey dan Ryan Lee Bhaskaran telah bekerja keras untuk memastikan gubahan yang dihasilkan sedap didengar dan bersesuaian dengan identitinya. 

“Sebelum membuat apa-apa rakaman, kami mendapatkan persetujuan James Boyle untuk menyusun semula lagu ‘Chendering’. 

“Selesai proses rakaman, kami menghantar produk akhir kepada James untuk didengari. 

“Kami berasa lega kerana mendapat restu dan sokongan penuh daripada James, malah dia berkata ini adalah cara yang terbaik untuk memperkenalkan gubahan indah bapanya kepada generasi baharu.

“Jadi, kami berharap agar usaha kami dapat membantu meneruskan legasi komposer muzik legenda ini sekali gus menarik perhatian ramai untuk mengenalinya,” kata Bihzhu mengakhiri ucapanya. 

Video muzik ‘Chendering’ dan dokumentari pendek lagu ini boleh ditonton di YouTube. - Getaran, 4 Mac 2022

Gambar: Robin Wong

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN