web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berita Muzik Indie Baharu Minggu Ini

Nampaknya, dunia muzik tempatan menjadi kian rancak dengan taruhan baharu beberapa karya pemuzik bebas tanah air.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Beza’ oleh Spooky Wet Dreams

Selepas pelancaran single 'Seru', Spooky Wet Dreams tidak membuang masa lagi untuk mempertaruhkan karya kedua mereka berjudul ‘Beza’.

Menariknya, lagu ini berkisarkan cinta antara kaum. Meskipun hubungan seperti ini sudah lama wujud dalam masyarakat kita, ia jarang diceritakan lewat muzik. Jika anda perasan, banyak hubungan ini sering tidak menjadi kerana faktor perbezaan agama, budaya atau mendapat halangan daripada keluarga sendiri.

Berdasarkan video muzik 'Beza', ia mengisahkan seorang lelaki Melayu jatuh cinta dengan gadis berbangsa Cina. Percintaan yang pada awalnya indah dan dihiasi gelak tawa mula merenggang berikutan wujud perbezaan antara mereka.

Bagaimanapun, di penghujung video ini, kita akhirnya mengetahui segala yang berlaku hanyalah angan-angan lelaki itu  sahaja.

Menurut vokalisnya, Shazwan Zulkiffli atau lebih dikenali dengan nama pentas, Ze Spooky, 'Beza' sebenarnya ditulis berdasarkan kisah cintanya pada masa lalu. 

"Ia sangat personal buat saya. Dulu, saya pernah bersama dengan seorang gadis berbeza agama dan kaum.

“Bila kami menjadi lebih serius, persoalan tentang masa depan kerap menjadi topik perbualan. Walaupun hubungan tersebut berakhir dengan perpisahan, bagi saya hubungan antara kaum adalah satu perkara yang sangat indah tapi masa sama tragis kerana kita tidak tahu apa akan berlaku. 

“Jadi, kami ingin mendedikasikan lagu ini kepada mereka yang telah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan dan berkorban demi cinta walaupun gagal," katanya. 

Single ini turut menampilkan vokalis jemputan, Celyn Chow dari kumpulan Night Skies and Visions. Pada pendapat penulis, gandingan dua suara merdu ini sememangnya sesuai dan membawa aura unik pada lagu ‘Beza’.

‘Runnin, Merindu’ oleh Shehiel ft. Airliftz dan NYK

Penyanyi pop, Shelhiel akhirnya menutup era album Superstrobe dengan lagu, ‘Runnin, Merindu’. Lagu yang dihasilkan bersama penyanyi Airliftz dan NYK ini bermula dengan petikan piano dan biola yang menenangkan serta dipadukan dengan beberapa baris rap.  

Dalam video muzik ini, Shelhiel memainkan watak Angel-527 yang bertemu dengan seorang ejen bernama Angel-528. Ejen ini ditugaskan untuk membawanya kembali ke alam interstellar setelah menyelesaikan tugas di ‘bumi-527’.

Melalui perkembangan cerita ini, kedua-duanya itu dilihat mula menyukai satu sama lain sehingga nekad melakukan apa sahaja walaupun hubungan tersebut tidak dibenarkan.

Pada pengakhiran video muzik, Angel-528 telah mengkhianati Angel-527 dengan mengantarnya pulang ke langit tanpa diketahuinya. Ini menimbulkan persoalan, adakah Angel-528 benar-benar mencintai Angel-527 atau hanya mempergunakannya dalam hubungan itu? 

Video muzik yang juga merupakan sebuah filem pendek ini diarahkan oleh pengarah muda, Cardin Phua. Untuk pengetahuan semua, salah satu filem pendek Cardin pernah dicalonkan sebagai Pemilihan Rasmi 2021 di Festival Filem Pendek Antarabangsa Busan. 

RAF F oleh F.Rider

Penyanyi Hip Hop Bawah Tanah, F.Rider kini teruja untuk berkongsi projek muzik terbaharunya berjudul RAF F yang menyajikan enam lagu.

Bagi mereka yang belum kenal namanya, F.Rider memulakan karier sebagai artis pada 2017 dan pernah menganggotai kumpulan RePerGang (RPG). Namun, dia kini bergerak sebagai pemuzik bebas. 

Pada pendapat penulis, EP ini telah menonjolkan bakat penyanyi ini dengan lebih mendalam dan karyanya patut diberi perhatian oleh semua pencinta muzik. 

“Inspirasi disebalik EP ini adalah untuk meneroka lebih banyak tema cerita sambil mengeksperimen dengan bunyi alternatif Hip Hop.

"Saya mahu hasilkan lagu-lagu yang menyeronokkan dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja. EP ini merupakan usaha kolaboratif  bersama sahabat baik saya yang juga merupakan penyanyi rap, Afiq Not Nice," katanya. 

Berkongsi tentang EP ini, F.R berkata lagu berjudul ‘BZNEZ’ bersama penyanyi rap, Nakalness dari kumpulan Forceparkbois telah berjaya meraih lebih 11,000 penstriman di Spotify dan menarik lebih ramai orang untuk mendengar muziknya.

Walaupun berdepan dengan kesukaran COVID-19 selama dua tahun, F.Rider sentiasa berusaha memperbaiki mutu muziknya malah telah mengeluarkan EP kedua berjudul ‘Left On Loop (LOL)’ tahun lepas.

Kesemua lagu ini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik seperti Spotify dan Apple Music. Selamat mendengar dan menikmati! - Getaran, 25 Februari 2022

Gambar: Spooky Wet Dreams, Shehiel dan F.Rider

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 3 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 4 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN