web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Act 2: The Revolution’ Mengupas Isu Kematian Banduan Dalam Tahanan

Trophy Knives rasa bertanggungjawab untuk menulis muzik yang menyentuh isu sensitif agar dapat melahirkan anak muda yang berilmu dan berani menegakkan kebenaran.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 4:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak ketinggalan dalam membincangkan isu-isu sosial mengenai penindasan terhadap golongan minoriti, kugiran Trophy Knives sekali lagi mempertaruhkan sebuah karya yang mampu mencetuskan perdebatan. 

‘Act 2: The Revolution’ merupakan single kelima daripada album Trophy Knives berjudul Look The Other Way yang bakal menemui para peminat pada bulan Ogos ini.

Jika anda teliti pada lirik dan tema lagu ini dan dua karya yang sebelumnya iaitu ‘High Houses’ dan ‘Act 1: The Acknowledgement’, ia seolah-olah sebuah trilogi dan mempunyai persamaan dari segi tema serta lirik.

“Dari segi tema, album kami Look The Other Way bercerita tentang nasib buruk kaum minoriti dan bagaimana mereka sering diabaikan oleh masyarakat. Mustahil untuk kami menyembunyikan mesej yang kami cuba sampaikan dalam lagu ini kerana ia sangatlah jelas.

“Saya menulis ‘Act 2: The Revolution’ beberapa minit selepas membaca artikel tentang satu kes kematian banduan dalam tahanan (custodial death) yang berlaku baru-baru ini. 

“Penulisan lirik hanya memakan masa 20 minit untuk disiapkan. Boleh dikatakan kes itu amat memberi kesan kepada saya lebih-lebih lagi ia melibatkan kaum India.

“Kes sebegini sering berlaku dan telah menjadi seperti satu ‘norma’ dalam negara kita. Terus terang, ia sangat membimbangkan dan bukanlah sesuatu yang membanggakan.

“Kami rasa sudah tiba masanya untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang isu ini dengan mewujudkan lebih banyak perbincangan antara satu sama lain. 

“Jadi, lagu ini seumpama satu seruan revolusi daripada kumpulan kami untuk meminta semua bersatu padu menamatkan kekejaman ini,” kata Vinesh Muniandy, selaku vokalis utama.

Berkongsi kisah mengenai video muzik ini, Vinesh berkata mereka memilih untuk menggunakan konsep persembahan secara langsung yang ringkas kerana lirik lagunya cukup jelas dan tidak perlu visual yang berat.

“Sebagai sebuah kumpulan yang terdiri daripada kaum minoriti, satu-satunya cara untuk mengajak orang ramai memahami perkara ini dengan lebih menyeluruh dan dalam adalah melalui perbincangan yang sihat. 

“Kita tidak boleh menggunakan kata-kata kesat ketika bertukar-tukar pandangan kerana ia akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan tidak ada siapa yang akan mendapat faedah daripadanya. 

“Selain itu, kita perlu bercakap tentangnya secara aktif, tak kisahlah di media sosial atau dalam perbualan bersama keluarga atau kawan-kawan. 

“Kami sedar kami bukanlah kumpulan pertama yang menghasilkan karya-karya seperti ini, tapi kami berharap kami bukan kumpulan terakhir yang berani untuk menyuarakannya. 

“Kami rasa bertanggungjawab untuk menulis muzik yang menyentuh isu sensitif agar dapat melahirkan anak muda yang berilmu dan berani menegakkan kebenaran. 

“Apatah lagi bila mesej yang kita sampaikan ini benar dan bukanlah satu cerita dongeng,” tambahnya.

Video muzik yang diarahkan oleh Azizulhakim Salleh dari Fracas Works ini juga merupakan hasil kolaborasi bersama Cendana Malaysia, Penjana dan Mycreative Ventures.

Single terbaharu Trophy Knives berjudul ‘Act 2: The Revolution’ kini boleh didengar di semua pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 18 Februari 2022

Semua gambar: Trophy Knives

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

'We Can’t Be Saved' - Kolaborasi Unik Trophy Knives Dengan Penyanyi Anti-Flag, Chris#2 Dari Amerika  

2

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Indie Terbaharu Minggu Ini!

3

Indie 4 tahun yang lalu

3 Karya Tempatan Yang Wajib Didengar Minggu Ini

4

Indie 4 tahun yang lalu

'Act 1: Acknowledgement' Cerminan Isi Hati Dan Perasaan Masyarakat

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN