web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pandemik Dan Pengalaman ‘Astral’ Dangerdisko

Proses pembikinan ‘Astral’ banyak mengubah pandangan Dangerdisko terhadap cara pembikinan muzik.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 2:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Betul apa orang kata, cara kita meluahkan perasaan terhadap seseorang semestinya lebih romantis melalui sebuah lagu. 

Apatah lagi jika kita dapat berkongsi kata-kata yang tidak mampu untuk dilafazkan melalui percakapan. 

Begitulah ‘Astral’ karya terbaharu Dangerdisko. Meskipun bukan satu lagu cinta, ia berjaya menyampaikan perasaan ini kepada para pendengar. 

Sudah berkecimpung dalam dunia muzik lebih sedekad, duo ini sekali lagi mempertaruhkan sebuah lagu yang mampu pergi jauh.

Terdiri daripada Farez Khan (Robotron 5000) dan Shaheed Naz (Shah), duo ini berkongsi bahawa ‘Astral’ adalah sebuah lagu yang diilhamkan oleh isu-isu berkaitan vaksinasi. 

Shaheed Naz (Shah) dan Farez Khan (Robotron 5000)
Shaheed Naz (Shah) dan Farez Khan (Robotron 5000)

“Lagu ini menceritakan tentang pilihan dan kesan yang menghantui masyarakat kita. Sejujurnya kami berbangga dengan hasil kerja kami ini kerana ia bukan sahaja diterbitkan secara bebas tapi ia juga diadun dan master oleh kami sendiri. 

“Kami mahu para pendengar memahami dan menghayati mesej yang kami cuba sampaikan. Apa yang menarik lagi, lagu ini mempunyai sebuah muzik video animasi yang diterbitkan oleh pereka visual tempatan, Metakaji & Hyfy.

“Proses animasi video muzik ini juga telah lebih mengambil masa hampir empat bulan untuk disiapkan,” kata Farez.

Untuk pengetahuan semua, ‘Astral’ turut menampilkan suara latar Irena Taib dari kumpulan The Impatient Sisters. 

Irena Taib dari kumpulan The Impatient Sisters
Irena Taib dari kumpulan The Impatient Sisters

Berkongsi mengenai proses pembikinan ‘Astral’, Farez berkata perintah kawalan pergerakan banyak mengubah pandangan mereka terhadap cara pembikinan muzik. 

“Sebelum virus COVID-19 mula merebak di Malaysia, Shah telah memulakan perniagaan perladangan di Tanjung Malim, Perak. Jadi apabila kerajaan mengambil keputusan untuk melancarkan sekatan pergerakan antara negeri, ia secara tidak langsung memberi impak kepada kami. 

“Pada masa itu, kami tidak berjumpa hampir lebih setahun dan sebagai seorang kreatif, pembatasan itu menjadi satu cabaran. 

“Bukan sahaja itu, kami juga tidak dapat membuat apa-apa persembahan secara fizikal. Jadi, bagi mengekalkan momentum kami sebagai pemuzik, saya sarankan Shah untuk sentiasa membawa komputer riba dan peralatan muziknya setiap kali dia ke ladang. Dengan fikiran yang lebih tenang, kami cuba cara baharu untuk menulis muzik,” jelas Farez.

Menurut Shah pula, PKP juga telah menghalangnya untuk pulang ke Kuala Lumpur dan terpaksa tinggal di Perak. 

“Disebabkan jadual yang sibuk, kami cuma dapat buat panggilan Zoom sebulan sekali sahaja. Dulu, kami sering berbual tentang hal keluarga dan kerja sahaja lewat panggilan telefon, sekarang semua itu berubah. 

“Kami terpaksa memikirkan suatu strategi baharu yang dapat memudahkan jalan kerja kami agar dapat terus berkarya dan menghasilkan muzik buat para peminat,” katanya.

Berbekalkan kemudahan internet, ternyata eksperimen berkarya secara norma baharu itu berkesan dan membawa tuah kepada Dangerdisko.  

Mereka berjaya menulis beberapa lagu yang baharu 100 peratus secara dalam talian malah sempat mengeluarkan sebuah single di bawah sebuah naungan syarikat muzik synthwave, TW1 Records di United Kingdom pada pertengahan tahun 2021. 

“Menarik juga berkarya begini. Ia mengingatkan saya memori zaman persekolahan dahulu di mana pantas selepas waktu sekolah, saya akan terus meluru ke rumah Shah untuk berkongsi hasil ciptaan lagu saya. 

“Ketika itu saya baharu sahaja berjinak bermain gitar dan menyanyi, lucu sungguh,” tambah Farez lagi. 

Kini, tema lagu Dangerdisko juga sudah mula menunjukkan tanda-tanda kedewasaan. Mereka kini lebih selesa menulis tentang isu-isu kehidupan harian, kerohanian dan kesihatan mental. 

“Muzik elektronik ini adalah sebuah kanvas kosong yang boleh digunakan untuk menceritakan aneka cerita.

“Tidak semestinya lagu elektronik cuma menceritakan hal-hal yang tidak berakal. Kami sentiasa cuba menyelitkan sebuah cerita yang mempunyai pengajaran hidup di dalam lagu-lagu kami,” jelas Farez.

Video Muzik single terbaharu Dangerdisko berjudul ‘Astral’ bakal ditayangkan di YouTube rasmi mereka pada 22 Februari ini. - Getaran, 18 Februari 2022

Gambar: Dangerdisko

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN