web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menakutkan, Kru Video Muzik ‘Cherry Wine’ Takut Masuk Ke Set

Menampilkan lagu merinding, 'Cherry Wine', The Lounette sekali lagi membawakan muzik seram romatis lengkap dengan ritual dukun dalam videonya.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 4:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah ‘These Nights’ debut pertama mereka dalam industri muzik tanah air, kugiran The Lounette kini kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Cherry Wine’.

Apa yang menarik, single ini menampilkan sisi berbeza karya The Lounette, dengan set muzik orkestra yang lebih melankolik.

Meskipun mempunyai nuansa muzik yang seram untuk didengari, namun ia masih romantik. Pendek kata, paduan untuk single ini sangat kena dan mempersonakan.

Untuk pengetahuan semua, lagu ini telah digubah dan disusun oleh kedua-dua ahli kumpulan ini iaitu, Zurfahani Batrisya dan Aqa Aiman.

“Apabila saya mula menyusun lagu ini, Aqa memberitahu saya dia mahukan sesuatu yang ada bunyi orkestra untuk menambah kesan yang lebih syahdu. 

“Saya kemudian bereksperimen dengan banyak instrumen untuk mendapatkan acuan rentak bunyi latar yang berbeza. Justeru itu saya menambah bunyi seruling agar ia lebih sempurna dan lengkap,” kata Fahani.

Menurut Aqa, lagu ini bertemakan ‘kisah cinta yang sempurna’. Pembukaan lagu ini diiringi riff gitar yang merinding serta dipadukan dengan vokal yang lunak. 

“Saya ingin memberi sesuatu bunyi yang berbeza pada trek ini. Walaupun lagu ini menceritakan tentang kisah cinta, rentak yang pelbagai bakal membawa pendengar ke mood yang sedih,” katanya. 

Jika anda mendengar lagu ini, pasti anda tidak senang duduk. Pengakhiran lagu sangat berbeza dengan permulaannya.  

Bercakap mengenai video muzik pula, ia berkonsepkan ritual dukun yang menampilkan estetika klasik dan kesemua pelakon menyarungkan pakaian tradisional Melayu.

Konsep itu dipilih oleh pengarah kreatif, Aqa Aiman dan Afiq Mirza, agar sesuai dengan imej The Lounette sebagai entiti supernatural.

Video muzik ‘Cherry Wine’ menampilkan empat sahabat baik lakonan Seri Mizani, Hanis Zahirah, Aqa Aiman dan Zurfahani Batrisya yang mengunjungi sebuah rumah tradisional.

Keempat-empat mereka sangat akrab namun setelah memasuki rumah itu, masing-masing merasakan aura yang tidak menyenangkan. The Lounette kemudian melakukan ritual untuk mengorbankan dua sahabat mereka untuk memastikan mereka terus hidup. 

“Kami mahu menjelmakan suara Aqa dan melodi perlahan ‘Cherry Wine’ ke dalam bentuk visual. Saya merancang untuk melakukan konsep yang menyeramkan. Dengan bantuan Alep Hisham dan Dean Amir Hussain, kami dapat menghidupkan idea itu. 

“Set itu sendiri sangat berhantu, malah kru kami sendiri takut untuk memasuki set itu seorang diri. Kami dapat menyampaikan konsep yang saya percaya tiada orang lain berani buat. 

“Tambahan pula, konsep itu benar-benar sempurna dengan gaya The Lounette,” pengarah video muzik, Afiq Mirza mengakhiri temu ramah.

Kumpulan ini mula meningkat naik setelah lagu pertama mereka iaitu ‘These Nights’ menjadi tumpuan industri pemuzik. The Lounette ditubuhkan ketika kedua-dua ahli kumpulan ini sedang menuntut di universiti.

Memandang masing-masing meminati seni persembahan dan muzik, hubungan mereka menjadi akrab sehingga mewujudkan duo ini. 

Single terbaharu The Lounette berjudul ‘Cherry Wine’ boleh didengar di pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 4 Februari 2022

Semua gambar: The Lounette

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

3

TARA 3 tahun yang lalu

Wanzar Kini Tampil Dengan Koleksi Pakaian Wanita Kasual Sopan, Selesa Dan Bergaya 

4

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN