web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Seru’ Kisah Perih Hidup Kota Versi Spooky Wet Dreams

‘Seru’ ibarat seperti satu cerpen yang disulam muzik latar. Lagunya tidak konvensional namun relevan.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 9:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah mempertaruhkan album tentang kerakusan kuasa, rasuah dalam politik Malaysia dan kebebasan bersuara, Spooky Wet Dreams kembali membawa single terbaharu berjudul ‘Seru’ sebagai pembuka tirai album, Dewa Kotaraya.

Setelah setahun berehat, mereka mengambil langkah untuk kembali ke persada industri muzik dengan hala tuju muzik baharu. 

“Bagi kami, lagu ini sangat sesuai untuk memulakan kempen ini walaupun pada hakikatnya kami mahu memilih lagu lain. 

“‘Seru’ bukanlah lagu pop, malah ia tidak mengandungi korus. Ia seperti seni bercerita yang asli dan bukanlah pilihan yang konvensional. Tapi, kami percaya lagu ini sangat relevan dengan keadaan sekarang.

“Kita dapat lihat ekonomi menjadi tidak menentu dek pandemik dan ramai yang bertungkus-lumus mencari rezeki demi sesuap nasi buat diri sendiri dan keluarga,” kata Shazwan Zulkiffli (Ze) selaku vokalis kumpulan Spooky Wet Dreams.

Menurut Ze lagi, lagu ini menggambarkan kehidupan rakyat marhaen di ‘hutan konkrit’ (kota raya) yang selalu memenjara perasaan dan akal fikiran sendiri. 

Ia meneroka kisah seorang yang penat mencari rezeki tetapi terpaksa terus bekerja demi kelangsungan hidup. ‘Seru’ juga merupakan doa protagonis kepada kuasa yang lebih tinggi untuk memberinya kekuatan bagi melakukan apa yang dia perlu untuk terus hidup.

Vokalis Spooky Wet Dreams, Shazwan Zulkiffli (Ze)
Vokalis Spooky Wet Dreams, Shazwan Zulkiffli (Ze)

“Pembikinan sebuah karya pada asasnya adalah umpama bercerita tentang apa sahaja yang kita mahukan. Ia seperti satu cerpen singkat yang ditambah dengan adunan muzik latar belakang. 

“Lagu ini ditulis dua tahun lepas, ketika saya sendiri melalui saat getir dalam kehidupan dan terpaksa bekerja tiga pekerjaan untuk menampung diri sendiri dan keluarga.

“Saya sering kali berjaga pada tengah malam memikirkan masalah yang dihadapi dan cara untuk menghadapinya pada hari seterusnya. 

“Saya tahu bukan saya seorang yang melalui fasa ini, terutamanya dalam keadaan pandemik ini.

“Jadi, kami ingin menghasilkan sebuah tembang yang mampu menggerakkan hati para pendengar. Hidup ini terlalu singkat untuk kita simpan dan pendam semua emosi bersendirian,” kata Ze.

Bagi Ze, perkataan ‘seru’ yang digunakan adalah sangat sinonim dengan konsep album Dewa Kotaraya dan tema perjuangan yang diusung kumpulannya.

“‘Seru’ merujuk kepada sesiapa yang kita ingin seru pada lewat malam selepas bekerja sepanjang hari. Tak kiralah, Tuhan ataupun kekuatan dalaman sendiri untuk terus berjuang dalam apa jua benda yang ingin diusahakan,” tambahnya.

Jika mendengarkan lagu ini, ia dimulakan dengan muzik perlahan dan vokal Ze seolah-olah bercerita. Kemudian menyusup rancak di korus dan diakhiri kembali dengan muzik perlahan.

Mengintai hantaran Twitter Lizzie Zany, salah seorang artis yang menghasilkan rekaan grafik single ini berkata, “‘Seru’ adalah untuk kita semua yang berusaha keras untuk kehidupan yang lebih baik mengharapkan kestabilan diri dan juga buat mimpi diri yang semakin lama semakin jauh dari genggaman.

“Kami mengambil berat tentang konsep visual kami. Jadi buat album ini kami berbincang secara terperinci dan menyeluruh dengan rakan kerja kreatif kami, Kekabumi.

“Visi kami adalah untuk campurkan visi masa depan dalam nuansa masa lampau. Konsep kami retro futurism, seperti mana orang dahulu membayangkan situasi Wawasan 2020,” jelas Ze.

Sebelum mengakhiri temu ramah bersama Getaran, Ze berkongsi bahawa album yang akan datang pada pertengahan tahun ini bakal menyajikan senarai lagu yang mempunyai pelbagai genre yang berlainan. 

“Lagu yang seterusnya adalah seperti langit dan bumi berbandingkan lagu ‘Seru’. Kalau nak digambarkan, ‘Seru’ itu secawan kopi hitam dan lagu yang seterusnya adalah seperti nasi campur. Ia pertembungan budaya dan pelbagai adunan genre.  

“Jadi kami berharap album ini dapat menjadi peneman kepada para pendengar. Konsep lirik dan penceritaan kami juga tidak konvensional kerana ingin menceritakan tentang isu yang tidak sering dibualkan. 

Single terbaharu Spooky Wet Dreams berjudul ‘Seru’ kini boleh didengar di semua pelantar penstriman. Jika anda berminat, anda juga boleh membuat pesanan merchandise kumpulan ini di sini. - Getaran, 28 Januari 2022

Semua gambar: Spooky Wet Dreams

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

2

Semasa 3 tahun yang lalu

CEO Disyaki ‘Orang Tengah’ Agih Projek RM92.5 Bilion Ketika Pandemik COVID-19 Ditahan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2022: Malaysia Selangkah Menuju Fasa Endemik COVID-19

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kereta Zon Paling Selamat Buat Alvin Chong Sewaktu 2 Tahun Dunia Dilanda Pandemik COVID-19

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN