Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Atas Angin Melangkah Ke Hadapan Dengan Pelan 2022 Hebat!

Atas Angin terus meraikan komuniti muzik tempatan dengan lebih banyak acara serta pelancaran laman web rasmi mereka.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 2:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Atas Angin kini kembali dengan semangat dan visi yang baharu buat tahun 2022.

Dalam menyambut keadaan endemik yang semakin diterima sebagai norma baharu, Atas Angin bakal menyajikan beberapa acara menarik buat para peminat muzik indie, seperti ‘Hari Atas Angin 2022’ dan ‘Atas Angin Rock Show!’ tahun ini.

"2022 merupakan tahun 'keramat' buat industri muzik independent. Inilah masa untuk kita, tak kiralah pemuzik, pemilik ruang persembahan, penganjur, untuk 'merampas' kembali dua tahun yang telah hilang akibat COVID-19.

“‘Hari Atas Angin’ adalah hari terunggul buat kami sebab itulah acara utama dan menjadi kemuncak bulan Februari setiap tahun. 

“‘Hari Atas Angin 2022’ merupakan kesinambungan ‘Hari Atas Angin 2020’. Namun, ia bakal diadakan dalam skala besar dan konsep yang lebih menarik. Acara kali ini akan menampilkan 14 kugiran hebat dan berjalan selama dua hari berturut-turut. 

“Kami memilih lokasi di luar Lembah Klang iaitu di Warisan Hall, Sijangkang kerana ingin membuka peta konsert dan festival indie di Malaysia. Dengan ini, kami berharap agar semua peminat indie dapat berpeluang untuk menghadiri dan menikmati acara-acara kami. 

“InsyaAllah dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, termasuk pengunjung gig, kami berharap agar dapat menjayakan acara ini dalam norma baharu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” kata Arif Bam pengasas Atas Angin. 

Tambahan pula,  Atas Angin juga berkongsi bahawa mereka bakal mengadakan acara ‘Atas Angin Rock Show!’ khas buat peminat muzik rock di luar sana. 

“Acara ini dijadualkan berlangsung setiap bulan dengan persembahan berbeza agar dapat mendekatkan lagi artis dan peminat mereka. Kesemua ‘Atas Angin Rock Show!’ akan diadakan di Angkasa Event Space, Cheras,” tambah Bam. 

Bagi menyemarakkan dan menghidupkan lagi industri muzik tempatan, Atas Angin juga turut memperkenalkan laman web rasmi mereka dan beberapa sistem baharu bagi memudahkan urusan semua pihak.  

“Ini kali pertama Atas Angin mengambil 10 langkah ke hadapan untuk memperkenalkan beberapa kemudahan yang boleh memberi manfaat kepada komuniti indie.

“Pertama sekali, dengan adanya yuran keahlian berharga RM15 setahun, pengunjung gig boleh membeli tiket dan merchandise dengan harga diskaun dan lebih murah. Malah, mereka boleh berjimat sebanyak RM600 jika ingin membeli tiket untuk semua acara sepanjang tahun 2022.

Pengasas Atas Angin, Arif Imran (Bam) dan pengarah pemasaran Atas Angin, Rashdan Mustafadin (Ras)
Pengasas Atas Angin, Arif Imran (Bam) dan pengarah pemasaran Atas Angin, Rashdan Mustafadin (Ras)

“Selain itu, dengan adanya pembelian secara dalam talian di laman web, kami mempunyai data dan informasi mengenai setiap pengunjung gig.

“Jika ada timbulnya isu seperti gangguan seksual, kami boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan mengenal pasti pemangsa melalui kod bar yang ada pada tiket. Dengan itu, kami boleh melarang mereka daripada menghadiri apa-apa gig yang akan datang. 

“Terakhir sekali, dengan pelancaran kalendar bersepadu di laman web ini juga, penggemar gig dan pemuzik boleh melihat semua acara yang akan diadakan sepanjang tahun agar dapat membuat perancangan awal.

“Tambahan pula, kami berharap agar platform ini dapat menjadi titik permulaan untuk lebih banyak kerjasama antara pihak-pihak penganjur konsert dalam memudahkan gerak kerja industri muzik independent,” kata Rashdan Mustafadin (Ras), pengarah pemasaran Atas Angin.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ‘Hari Atas Angin 2022’, ‘Atas Angin Rock Show!’ serta gig yang lain, anda boleh layari laman web rasmi mereka atau media sosial di Instagram atau Twitter. - Getaran, 21 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Operasi Pangea XVI 2023: 1,675 Pautan Jual Produk Farmaseutikal Terlarang Disekat 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Laman Web Pra-Jualan Tiket Coldplay Tak Dapat Diakses

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Laman Sesawang Imigresen Digodam, Akses Ditutup Sementara Waktu

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 23 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 3 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar