web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Runner’s Dilemma’ Cara Widi Asmoro Berkongsi Kesedihan

Menghadapi masalah dengan kesihatan mental membuat Widi Asmoro belajar untuk menerima dan berdamai dengan keadaan.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 3:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir sedekad mendiamkan diri dalam dunia muzik, penyanyi dan pemuzik Widi Asmoro akhirnya muncul kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul ‘Runner’s Dilemma’.

Dengan warna muzik pop dan sentuhan klasik new-age, Widi berbagi cerita mengenai gangguan mental yang dialami dirinya sepanjang pandemik COVID-19.

Lelah dengan rutin seharian ‘9 to 5’ serta kehidupan dalam lockdown, ia seolah-olah membuat Widi keliru dengan keadaan kesihatan mindanya.

Widi berkongsi bahawa masalah kesihatan mental adalah sesuatu yang masih baharu buatnya. 

“Tahun 2021 penuh dengan ketidakpastian. Saya sendiri berdepan dengan situasi di mana saya tidak tahu untuk terus melangkah ataupun menyerah diri.

“Isu kesihatan mental adalah sesuatu yang sangat dekat dengan saya. Tidak banyak orang yang sedia menerima kalau mereka mempunyai masalah kesehatan mental termasuk saya dahulu. 

“Mungkin sebab ia dilihat sebagai satu perkara yang tabu dan dipandang remeh oleh masyarakat Asia. Jadi saya tidak pernah memandang serius tentangnya sebelum ini. 

“Ketika membesar, kita diajar ‘boys don’t cry,’ padahal menangis itu perkara normal. Ia adalah satu cara mengekpresi diri dan kesedihan yang dirasai,” katanya.

Widi juga sempat berkongsi bahawa kehidupan dalam norma baharu terutamanya bekerja dari rumah juga tidak membantu memulihkan keadaan mentalnya. 

“Saya berasa pekerjaan seperti tidak pernah habis. Rasanya waktu bergerak dengan sangat pantas. Belum selesai pekerjaan pada pagi hari tiba-tiba sudah tengah hari dan tanpa sedar, sudah malam. 

“Dengan adanya pandemik ini, ia seakan-akan kami sedang berlumba dengan masa dan bekerja tanpa henti.

“Selain itu, pergerakan terbatas akibat lockdown juga membuat hubungan sosial terhad. Tidak ada lagi peluang untuk keluar bersama rakan-rakan atau keluar secara fizikal untuk berborak dan berkongsi cerita. 

“Bagi saya, pertemuan secara virtual tidak memuaskan dan membuatkan saya rasa kosong kerana kurang berinteraksi sesama manusia,” tambah Widi.

Menghadapi masalah dengan kesihatan mental membuat Widi belajar untuk menerima keadaan dan ketentuan Tuhan. Widi berkata, dia menulis lagu ini ketika berada dalam proses berdamai dengan diri sendiri. 

“Walaupun perubatan medikal sudah dilakukan tetapi kesembuhan tidak kunjung tiba. Lalu saya putuskan untuk bertemu dengan kaunselor psikologi di Singapura. Alhamdulillah, sesi-sesi konsultasi ini membuat kondisi kesihatan saya beransur pulih.

“Kata-kata yang diungkapkan dalam lagu ini adalah seperti mantra personal dan cara berkomunikasi dengan diri sendiri. 

“Saya berada dalam fasa hidup di mana saya tidak mengejar karier dan populariti sebagai penyanyi tapi menggunakan platform ini untuk meluahkan isi hati dan emosi yang terperangkap dalam diri saya.

“Saya bukanlah orang yang gemar untuk mengekspresi diri dan berkomunikasi tentang perasaan saya, jadi ini adalah medium yang terbaik untuk berkongsi tentang emosi dengan sejujurnya,” ujarnya lagi. 

Untuk pengetahuan semua, lagu ini merupakan hasil kerjasama antara tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura. 

Sesi vokal dikerjakan di Singapura bersama Ong Jean Wei sebagai pengarah suara manakala mixing-mastering dijalankan di SCIFI Studio, Malaysia. 

Selain itu, ia juga turut melibatkan kerjasama Yudhi Arfani yang merupakan gitaris kumpulan Everybody Loves Irene. 

Single berjudul ‘Runner’s Dilemma’ boleh didengar di pelantar penstriman Apple Music, Spotify dan Deezer. - Getaran, 7 Disember 2022

Gambar: Widi Asmoro

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN