Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Enge Port' Juara Anugerah Lagu Indie 2021!

Pusingan akhir Anugerah Lagu Indie tahun ini lebih sengit berbanding tahun lalu dengan adanya barisan pemuzik yang hebat dan berbakat. Syabas, Arunboii dan lagunya, 'Enge Port' di atas kemenangannya!

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 11:49AM

Pemenang ALI2021, Arunboii

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jawapan siapakah yang bergelar juara Anugerah Lagu Indie 2021 akhirnya terjawab dalam pentas akhir ALI2021 yang berlangsung pada hujung Disember lalu.

Single ‘Enge Port’, ciptaan Arunboii dan Black Yoda telah dinobatkan sebagai juara ALI2021 kali ini dan menewaskan 11 orang finalis lain dalam acara kemuncak itu.

Meskipun dinyanyikan dalam Bahasa Tamil, lagu bernuansa hip hop dan rock ini mempunyai ciri yang segar dan mampu menarik perhatian sesiapa yang mendengar. 

Seperti mana yang kita tahu, Anugerah Lagu Indie bukanlah anugerah lagu berdasarkan populariti, sebaliknya kualiti adalah kriteria utama yang dinilai. 

“Saya akui, ini adalah antara proses penjurian yang paling sengit yang pernah saya hadapi, lebih-lebih lagi dengan sekumpulan peserta finalis yang betul-betul berbakat.

“Namun begitu, kami boleh katakan bahawa lagu ‘Enge Port’ berjaya menambat hati semua juri dengan iramanya yang asli dan berkualiti. Oleh itu, ia layak tampil sebagai juara pada musim ini. 

“Setelah melihat dan mendengar karya-karya yang dibawakan oleh semua peserta, kami yakin barisan artis ini berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam industri muzik tempatan mahupun antarabangsa.

“Kami percaya terdapat banyak lagi bakat baharu yang belum diteroka di luar sana. Justeru, diharapkan acara ini dapat memberi inspirasi sekali gus menarik minat mereka untuk mengetengahkan bakat mereka dalam industri seni tanah air,” ulas ketua juri, Jennifer Thompson.

Untuk pengetahuan semua, daripada 30 buah lagu yang disenaraipendekkan dalam pusingan separuh akhir, namun hanya 12 buah lagu sahaja yang layak ke pusingan akhir ini. 

Jadi sudah tentu nilai kreativiti dalam susunan muzik, lirik dan melodi telah menonjolkan bakat dan kemampuan 12 kumpulan ini berbanding yang lain.

Pentas Akhir ALI2021 turut dihadiri oleh Ahmed Faris Amir (Ketua Pegawai Eksekutif Rakita), Muhammad Fadzli Rahim (Naib Presiden Operasi dan Pembangunan Esports Integrated), Roshinan Annuar (Ketua Media Mulia TV), Melvin Wong daripada Believe dan TuneCore (Rakan Bunyi). 

Selain itu, ALI2021 turut membariskan para juri profesional dalam industri muzik tanah air, antaranya Jennifer Thompson, Amy Search, Rudy Nastia, SXPH, Gjie Arlis, Irena Taib, Efry Arwis, Luca Sickta, Michael Christian Simon, Imran Ajmain dan JD Wong. 

Para juri ALI2021
Para juri ALI2021

Apa yang lebih menarik, acara kali ini tampil sedikit berbeza dengan yang sebelumnya kerana merupakan kolaborasi antara dua industri iaitu muzik dan e-sukan.

Sepanjang acara tahun ini, kita menyaksikan finalis-finalis ALI2021 menyerlahkan bakat ‘gaming’ mereka menerusi permainan dalam talian, Street Fighter.

Kesemua 12 finalis ALI2021 ini telah berentap di gelanggang dalam talian ‘ESI Challenge Edisi Khas ALI2021’ di Facebook rasmi Esports Integrated.

Dalam pusingan akhir permainan ini, kumpulan RUNS berjaya memegang gelaran juara ESI Challenge Edisi Khas ALI2021 setelah menentang kumpulan Margasatwa.

Kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang ALI2021 atas kejayaan besar ini. Kami yakin bahawa semua kumpulan mampu melebarkan sayap mereka dan mengharumkan nama Malaysia dalam dunia seni secara global.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Anugerah Lagu Indie, sila layari laman web rasmi Anugerah Lagu Indie.

Jika anda ingin menonton klip-klip persembahan acara ini, jenguklah laman YouTube rasmi mereka.

Berikut adalah senarai lengkap pemenang Anugerah Lagu Indie tahun 2021:

Juara #ALI2021 – ‘Enge Port’ oleh Arunboii

Tempat Kedua #ALI2021  – ‘Jauh’ oleh Nusarasa

Tempat Ketiga #ALI2021 – ‘Tentang Siang, Malam dan Romantis’ oleh Ainina Hasnul  ft Eidi Teman Lelaki

Lagu Popular #ALI2021 – ‘Tentang Siang, Malam dan Romantis’ oleh Ainina Hasnul  ft Eidi Teman Lelaki

CIK Lagu Terpaling Platinum  - ‘Fun Lust Love’ oleh Late Night Frequency

Juara ESI Challenge - RUNS

TuneCore Choice Award - Arunboii

TuneCore Choice Award: Tempat Kedua – Banyak Bunyik Republic

TuneCore Choice Award: Tempat Ketiga – Dewataraya

- Getaran, 1 Januari 2022

Gambar: Anugerah Lagu Indie (Rakita, Kamar Seni Studio, Hashtag Media dan Angkasa Space)

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 2 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 17 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Selebriti 1 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Menerusi temubual bersama radio Suria FM, Datuk Red tidak malu untuk akui bahawa dia pernah menjadi 'scammer' satu masa dahulu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 5 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN