Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bila Dan Bagaimana Mencuci Sarung Bantal Serta Cadar?

Sarung bantal dan cadar perlu ditukar setiap minggu kerana ia mengumpul banyak benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 2:48PM

Gambar: Sidekix Media, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya kita akan mencuci pakaian apabila bakul pakaian kotor mula melimpah ataupun sudah tiada baju yang boleh dipakai. Selain itu, ramai juga yang tidak betah membiarkan sinki atau kaunter dapur berminyak serta comot dengan percikan minyak mahupun kotoran lain. 

Begitu juga dengan lantai rumah, siapa yang boleh tahan melihat habuk di setiap sudut. Pasti cepat-cepat dibersihkan untuk memastikan rumah sentiasa kemas dan selesa. Lebih-lebih lagi pada ketika ini masing-masing banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di luar.

Namun, berapa ramai di antara anda yang mempunyai rutin menukar cadar dan sarung bantal secara kerap? Ada yang menukarnya pada setiap hari, seminggu sekali, dua minggu sekali atau mungkin sebulan sekali. Tahukah anda bila sepatutnya alas tempat beradu ditukar?  

Menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh National Sleep Foundation, 91 peratus orang menukar cadar pada setiap minggu. Walaupun ini adalah ‘peraturan’ yang sering ditetapkan oleh kebanyakan isi rumah, ia sebenarnya memang disyorkan oleh ramai pakar kesihatan. Jadi ingat, sarung bantal dan cadar perlu ditukar pada setiap minggu.

Ini kerana cadar anda boleh mengumpulkan banyak ‘barang-barang tersembunyi’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti sel kulit mati, hama, dan bakteria (walaupun ia kelihatan bersih dan tidak berbau) sehingga boleh menjejaskan sistem imun badan. 

Anda harus mencuci cadar lebih kerap jika:

  • Mempunyai alahan atau asma serta sensitif terhadap habuk
  • Mengalami jangkitan atau luka yang pasti bersentuhan dengan cadar atau bantal 
  • Berpeluh berlebihan
  • Membenarkan haiwan peliharaan tidur bersama di atas katil 
  • Gemar makan di atas katil
Gambar: Toa Heftiba, Unsplash
Gambar: Toa Heftiba, Unsplash
  • Tidur tanpa membersihkan badan
  • Tidur berbogel

 

Apa yang terjadi jika malas mencuci?

Apabila anda tidak mencuci sarung bantal dan cadar secara rutin, anda punya risiko mendapat masalah kesihatan seperti pelbagai penyakit kulit, bersin, atau gejala asma yang semakin serius. 

Jadi, jika anda tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyai asma, lebih baik amalkan rutin menukar sarung bantal dan cadar dengan kerap. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai masalah sinus. Tak mungkin anda mahu bangun tidur dengan hidung tersumbat dan bersin pada setiap pagi. Pasti menjengkelkan dan membuatkan hari anda serba tidak kena.

Bagaimana cara yang betul untuk membersihkan sarung bantal dan cadar?

  1. Baca label produk dengan teliti untuk melihat arahan penjagaan khusus.
  2. Basuh dengan menggunakan air panas (berpandukan pada label). Kain kapas biasanya mampu menangani air panas, sementara poliester dan beberapa bahan lain harus dicuci dengan air suam.
  3. Gunakan sabun atau cecair pencuci yang bersifat lembut (bebas bahan kimia berbahaya). 
  4. Sekiranya ada masalah kulit sensitif, mungkin anda perlu buat bilasan sebanyak dua kali bagi memastikan tiada sisa-sisa sabun tertinggal.
  5. Keringkan dalam mesin pengering pada suhu rendah atau sidai sehingga kering.

Oleh kerana mencuci dan mengeringkan cadar memerlukan masa yang agak panjang, adalah lebih baik jika anda memiliki beberapa set cadar untuk memudahkan kerja. Usai menanggalkan set cadar yang kotor, boleh terus memasang cadar bersih tanpa perlu menunggu. Demi tidur malam yang lena serta kesihatan optimum, janganlah terlalu berkira untuk berbelanja. Lagipun, lebih seronok kalau dapat mencipta mood berbeza setiap kali menukar set cadar. - Getaran, 17 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tentera Israel Musnahkan 60 peratus Rumah Di Semenanjung Gaza

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki